Heritage Valley Kl Perkenal Ramadhan Feast Buffet Bertema Kampung Bersama Lomak Salai Tampin
Heritage Valley Kl Perkenal Ramadhan Feast Buffet Bertema Kampung Bersama Lomak Salai Tampin

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, jenama masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan keaslian rasa dan warisan kulinari, menawarkan pengalaman berbuka puasa unik dengan harga bermula daripada RM44.


Mengangkat nostalgia juadah Ramadhan dalam sentuhan moden, buffet ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana penuh kemeriahan, dihiasi dekorasi berinspirasikan suasana kampung, persembahan muzik busking serta ruang makan yang mesra keluarga. Kolaborasi strategik ini menyatukan kepakaran kulinari autentik Negeri Sembilan dengan fasiliti premium Heritage Valley, menjadikan Ramadhan Feast Buffet antara acara berbuka paling dinanti-nantikan tahun ini.

Menu Utama dan Tarikan Kulinari
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk sajian masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, dengan pilihan seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak. Aroma tradisi salai menambah lapisan rasa pada kuah santan berlemak dan pedas, sementara tekstur siput sedut yang unik memberi pengalaman makan yang menyeronokkan. Kedua-duanya dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikan ia antara sajian warisan yang pasti memikat selera pengunjung bandar.




Selain itu, dengan puluhan pilihan hidangan setiap malam, pengalaman buffet Ramadhan di sini dijamin kaya dengan pelbagai rasa. Antara juadah tradisional yang boleh dinikmati termasuk:
- Ayam kampung
- Satey
- Aneka kuih kampung
- Pilihan antarabangsa seperti aneka pasta Itali
- Soto Betawi dan bakso Indonesia
- Hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop


Info Ramadhan Feast Buffet
- Tempoh Buffet: 20 Februari - 18 Mac 2026
- Waktu Operasi: 6.00 petang - 10.00 malam setiap hari
- Harga: RM88 (Dewasa) | RM44 (Kanak-kanak)




Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa, dengan kemudahan mesra pengunjung seperti parkir percuma, ruang solat yang luas dan selesa, serta persekitaran berbuka yang mesra keluarga. Untuk menambah kemeriahan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan.
Aktiviti Menjelang Syawal
Menjelang Syawal, Heritage Valley turut merancakkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya:
- Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest
- Program kacau dodol
- Aktiviti menganyam ketupat
- Elemen kampung di tengah kota
Kesemua inisiatif ini diadakan bagi menghidupkan kembali semangat Ramadhan dan Raya yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya, sekaligus melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Heritage Valley.
Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar berkata, "Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah-olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley akan menjadi destinasi utama berbuka puasa di Kuala Lumpur".
Ramadhan Feast Buffet ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di ibu negara.

Tempahan dan Pertanyaan
Tempahan untuk Ramadhan Feast Buffet kini dibuka. Tetamu boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://luxeacre.onpay.my/order/form/1, dan juga boleh menghubungi nombor 018-7617688 / 018-761 8688 untuk sebarang pertanyaan.