Terkini | New

Samsung Memperkenalkan Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G, Membawakan Ciri-Ciri Tahap Pro pada Harga Hebat

Samsung Memperkenalkan Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G, Membawakan Ciri-Ciri Tahap Pro pada Harga Hebat

Galaxy A57 5G dan A37 5G menampilkan reka bentuk yang ramping, keupayaan kamera yang dipertingkatkan, dan "Awesome Intelligence" yang diperkaya, berserta sokongan jangka panjang untuk ketenangan minda.


SEOUL, Korea – 25 Mac 2026 Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G baharu, peranti siri Galaxy A terbaharu yang membawakan inovasi mudah alih terbaharu Samsung – termasuk Awesome Intelligence yang diperkaya – kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Siri Galaxy A terbaharu ini mencerminkan komitmen Samsung untuk memperluaskan keupayaan AI ke lebih banyak peranti, bagi memperkasakan lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan kuasa AI intuitif yang memudahkan tugas seharian. Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G mengukuhkan pengalaman yang diharapkan oleh pengguna setiap hari dengan peningkatan pada prestasi, kamera, dan paparan, di samping ciri ketahanan dan keselamatan. Dengan sehingga enam generasi naik taraf OS dan sokongan keselamatan jangka panjang, siri Galaxy A baharu ini dibina untuk bertahan lama. Mengetuai barisan ini ialah Galaxy A57 5G, yang menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan halus serta keupayaan dikuasakan AI yang dipertingkatkan, menjadikannya peranti siri Galaxy A yang paling berkuasa setakat ini.

​"Siri Galaxy A baharu mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap pendemokrasian AI dengan membawakan inovasi terbaharu kepada lebih ramai pengguna Galaxy," kata TM Roh, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden, dan Ketua Bahagian Pengalaman Peranti (DX) di Samsung Electronics. "Dengan gabungan keupayaan asas Samsung dan Awesome Intelligence yang diperkaya, Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G akan memberikan prestasi harian yang boleh dipercayai kepada pengguna di seluruh dunia dan memacu pengembangan AI yang pantas."

Awesome Intelligence yang Diperkaya, Direka untuk Kehidupan Seharian

​Melalui One UI 8.5 terbaharu, Galaxy A57 5G dan A37 5G membawakan inovasi AI terbaharu Samsung kepada lebih ramai pengguna, dengan Awesome Intelligence yang membantu orang ramai menyelesaikan lebih banyak perkara dengan mudah sambil membuka cara baharu untuk mencipta dan kekal produktif.

Voice Transcription (Transkripsi Suara) adalah ciri baharu dalam aplikasi Voice Recorder, memudahkan pengguna untuk menyemak butiran penting daripada mesyuarat, kuliah, atau panggilan dengan menukar rakaman suara atau mel suara kepada teks dengan pantas, serta kebolehan menterjemahkannya. AI Select kini lebih mudah diakses dengan menekan lama pada Edge Panel, memaparkan tindakan relevan secara terus pada skrin untuk mengekstrak teks atau mencipta kandungan tanpa perlu memilih item secara manual. AI Select juga menyokong fungsi Drag & Drop dalam susun atur Multi-Window, membolehkan pengguna memindahkan imej ke dalam Samsung Notes atau Photo Editor dengan mudah untuk penyuntingan yang lebih pantas dan produktiviti yang lebih baik.

Awesome Intelligence menjadikan penyuntingan foto harian lebih mudah berbanding sebelum ini. Object Eraser kini memberikan hasil yang lebih semula jadi apabila membuang gangguan yang tidak diingini, seperti orang yang lalu-lalang di latar belakang atau barang yang bersepah di kafe. Pada Galaxy A57 5G, ciri Best Face menyokong lebih banyak foto dan penggambaran berterusan, memudahkan rakaman foto kumpulan yang sempurna di mana semua orang kelihatan terbaik. Alatan kegemaran ramai seperti Filters dan Edit Suggestions membantu pengguna menambah baik dan berkongsi detik dengan pantas tanpa usaha tambahan, manakala Galaxy A57 5G juga menampilkan Auto Trim untuk penyuntingan video yang lebih mudah.

Circle to Search with Google menambah pengecaman berbilang objek supaya pengguna boleh meneroka pelbagai item dalam satu imej secara serentak – daripada pakaian sehinggalah aksesori di sekeliling – semuanya dalam satu carian.

​Siri Galaxy A baharu ini memperluaskan pengalaman Awesome Intelligence dengan pilihan ejen yang direka untuk memudahkan tugas seharian daripada carian hinggalah mengatur rancangan atau melaraskan tetapan dengan mudah. Sebagai ejen peranti perbualan, Bixby yang telah dipertingkatkan membolehkan pengguna mengawal tetapan dan ciri Galaxy secara intuitif menggunakan bahasa semula jadi, manakala Gemini mengendalikan tugas yang kompleks merentasi aplikasi asli Galaxy dan aplikasi pihak ketiga terpilih untuk menyokong interaksi yang lebih pantas dan intuitif.

Kamera Hebat untuk Merakam Foto dan Video yang Lebih Jelas, Siang atau Malam

​Apabila AI menjadi semakin bersepadu dalam pengalaman mudah alih, prestasi kamera kekal penting untuk memberikan kebolehgunaan harian dan kepuasan yang diharapkan oleh pengguna.

​Galaxy A57 5G dan A37 5G memberikan visual yang lebih cerah dan jelas dikuasakan oleh perkakasan kamera yang dipertingkatkan dan Pemproses Isyarat Imej (ISP) yang ditambah baik. Peranti ini menampilkan sistem tiga kamera yang serba boleh, diterajui oleh sensor utama 50MP, memberikan imej yang tajam dan terperinci dalam pelbagai keadaan pencahayaan tanpa memerlukan pelarasan manual.

​Apabila cahaya berkurangan, kamera Galaxy A57 5G dan A37 5G menyesuaikan diri dengan lancar melalui ciri Nightography yang dipertingkatkan, merakam foto dan video yang jelas serta nampak nyata walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

​Galaxy A57 5G melangkah lebih jauh dalam fotografi dengan pemprosesan imej dipertingkatkan yang menajamkan perincian dan mengurangkan hingar (noise) untuk hasil yang lebih jelas dan bertenaga. Video HDR memberikan kontras yang kaya dan warna yang seimbang walaupun dalam cahaya yang mencabar, manakala dengan kelajuan pengatup (shutter) yang lebih pantas, pengguna boleh merakam detik-detik spontan dengan kelajuan dan kejelasan yang lebih baik.

​Galaxy A57 5G dan A37 5G juga mendapat manfaat daripada pengecaman subjek berasaskan AI dan pengoptimuman pemandangan untuk mengimbangi foto potret, mengekalkan tona kulit semula jadi, dan mencipta pemisahan latar belakang yang lebih jelas. Apabila keadaan memerlukan perspektif yang lebih luas, kanta ultra-lebar merakam lebih banyak dalam setiap foto kumpulan atau pemandangan landskap, manakala kamera makro 5MP mendedahkan perincian halus dari jarak dekat untuk fleksibiliti kreatif tambahan.

Prestasi untuk Penstriman dan Kerja Pelbagai Tugas

​Galaxy A57 5G memberikan reka bentuk dan prestasi terbaik, menggabungkan CPU, GPU, dan NPU yang dipertingkatkan, memberikan prestasi yang lebih baik dengan bentuk yang paling ramping dan ringan setakat ini. Dibina untuk penstriman, skrol, dan penciptaan kandungan yang lancar, reka bentuknya yang halus menampilkan kemasan berkilat dan pulau tiga kamera yang tersendiri untuk penampilan moden yang menonjol dan terasa selesa di tangan.

​Walaupun dengan profil yang lebih nipis, Galaxy A57 5G membawakan prestasi yang hebat. Bateri 5,000mAh menyokong penggunaan sehingga dua hari – menjana segalanya daripada penggambaran dan penyuntingan hinggalah tontonan semasa dalam perjalanan. Super Fast Charging 2.0 mencapai sehingga 60% dalam masa sekitar 30 minit untuk pengecasan pantas sebelum keluar, manakala vapor chamber yang 13% lebih besar membantu mengekalkan prestasi semasa permainan peranti atau rakaman yang panjang. Bezel yang lebih nipis dan paparan Super AMOLED+ yang terang dengan Vision Booster pada kedua-dua model memastikan pengalaman tontonan yang imersif dan jelas di dalam serta di luar rumah.

​Dibina untuk kegunaan harian, Galaxy A57 5G dan A37 5G dinilai IP68 untuk rintangan air dan debu, menambah ketahanan dalam persekitaran dunia sebenar dan menawarkan ketenangan minda kepada pengguna apabila berlaku kemalangan.

Sokongan Jangka Panjang dan Keselamatan Asas

​Galaxy A57 5G dan A37 5G mengukuhkan komitmen Samsung terhadap jangka hayat peranti, menawarkan sehingga enam generasi peningkatan Android OS dan One UI, berserta sehingga enam tahun kemas kini keselamatan – memberikan keyakinan kepada pengguna untuk bergantung pada peranti mereka selama bertahun-tahun akan datang.

​Samsung menyediakan lapisan keselamatan peranti yang diperkukuh, ketelusan, dan pilihan pengguna dengan Knox Vault, penyelesaian keselamatan berasaskan perkakasan yang tahan usik. Pengguna siri Galaxy A ditawarkan perlindungan holistik melalui ciri keselamatan dan privasi inovatif termasuk Security & Privacy Dashboard, Auto Blocker, Private Sharing, Theft Protection serta Private Album baharu, iaitu ciri Galeri yang membolehkan pengguna mengunci media peribadi dengan cepat dan mudah. Berbeza dengan perlindungan tradisional, peranti siri A terbaharu ini juga secara proaktif memberitahu pengguna tentang potensi risiko dengan Privacy Alerts, iaitu pemberitahuan pintar yang menawarkan kawalan dan pandangan lebih jelas tentang kebenaran lokasi atau pemantauan data sensitif yang mencurigakan. Secara keseluruhan, penambahbaikan ini menjadikan keselamatan terasa intuitif, menjadikan perlindungan peranti lebih mudah berbanding sebelum ini untuk semua orang.

Harga dan Ketersediaan

​Anda boleh melihat Galaxy A57 5G dan A37 5G terbaharu bermula 25 Mac dan seterusnya! Galaxy A57 5G akan ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G hadir dalam warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, dan Awesome Graygreen.

The Launch Rebate promo will run from the 25th March 2026 – 31st Dec 2026 and the Bank/Shopee PayLater Rebate will run from the 25th March 2026 – 29th April 2026. 

Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme

Galaxy A37 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a37-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a376blvuxme

Untuk ketenangan minda tambahan, Samsung Care+ menawarkan perlindungan menyeluruh yang dioptimumkan mengikut keperluan peranti pengguna, termasuk faedah khusus yang melindungi nilai peranti tersebut.

​Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G, sila layari: Samsung Newsroom, SamsungMobilePress.com atau Samsung.com.