Terkini | New

Mengapa Masa Depan Mudah Alih Asia Tenggara dan Oceania Menuntut Revolusi Pintar

Mengapa Masa Depan Mudah Alih Asia Tenggara dan Oceania Menuntut Revolusi Pintar

Oleh CU Kim, Presiden & CEO, Samsung Electronics Asia Tenggara & Oceania


​Inovasi sering kali diukur melalui apa yang boleh kita lihat – skrin yang lebih besar, bingkai yang lebih nipis, atau paparan yang lebih bertenaga. Walau bagaimanapun, peralihan yang paling mendalam berlaku apabila teknologi itu sendiri mula "menghilang".

​Kita sedang melangkah ke satu era di mana teknologi sepatutnya dirasakan seperti lanjutan daripada niat kita, dan bukannya sebuah alatan yang mesti kita pelajari dan uruskan. Ringkasnya, kita sedang beralih daripada kerumitan digital menuju ke arah kemudahan harian.

​Selama lebih sedekad, pengalaman telefon pintar telah ditakrifkan oleh navigasi berasaskan sentuhan. Masyarakat di seluruh dunia telah terbiasa mengetuk skrin dan menguruskan aplikasi yang terpisah-pisah untuk menyelesaikan tugasan mudah. Untuk era ini berakhir, pengalaman mudah alih mestilah menjadi lebih proaktif dan adaptif, memahami konteks serta memberikan bantuan pada saat ia diperlukan.

​Dengan siri Galaxy S26 yang serba baharu, lembaran seterusnya bermula di sini. Jalan ke hadapan bukanlah tentang menambah lebih banyak aplikasi, sebaliknya tentang mewujudkan seni bina tidak kelihatan yang membolehkan kehidupan harian menjadi lebih mudah.

​SEAO Bersedia untuk Revolusi AI

​Asia Tenggara dan Oceania (SEAO) mewakili salah satu ekonomi digital berorientasikan mudah alih yang paling dinamik di dunia. Laporan e-Conomy SEA 2025 terbaru daripada Google mengetengahkan asas yang kukuh iaitu 200 juta pengguna baharu yang telah mula menggunakan talian sepanjang dekad yang lalu di seluruh Asia Tenggara. Dengan tiga daripada lima orang kini membeli-belah secara dalam talian, dan lebih 60% daripada semua pembayaran dibuat secara digital, kefasihan digital rantau ini telah mendorong lonjakan minat terhadap kecerdasan buatan (AI) pada kadar tiga kali ganda berbanding purata global.

​Momentum ini juga dirasai secara mendalam di seluruh Oceania, di mana AI telah bergerak pantas daripada sekadar konsep kepada pemacu teras perniagaan. Di New Zealand, sebanyak 91% perniagaan melaporkan peningkatan kecekapan hasil daripada AI, dengan separuh daripadanya turut menyatakan impak kewangan yang positif. Perniagaan di Australia juga mencerminkan peralihan ini; dengan 40% PKS kini mengguna pakai AI dan bersetuju bahawa AI menawarkan kelebihan kompetitif serta kes penggunaan menarik yang mampu mengubah operasi mereka.

​Pelancaran siri Galaxy S24 dua tahun lalu menandakan transisi daripada telefon pintar kepada era baharu telefon AI. Hari ini, bagi jutaan orang di seluruh rantau SEAO yang pelbagai — daripada hab bandar yang sangat terhubung sehinggalah ke sempadan teknologi yang sedang pesat membangun — telefon telah menjadi lebih daripada sekadar alat, sebaliknya ia merupakan platform utama untuk melayari kehidupan.

​Sambil rantau kita memacu penggunaan AI, kemajuan sebenar dicapai apabila penggunaan harian dikuasakan oleh jangkaan keperluan yang lancar. Sebagai contoh, Galaxy S26 Ultra menampilkan pengalaman AI Samsung yang paling intuitif dan mesra pengguna setakat ini. Ciri-ciri seperti Now Nudge memberikan cadangan yang proaktif dan relevan mengikut konteks, manakala Now Brief memaparkan peringatan tepat pada masanya untuk acara penting. Penyampaian pengalaman yang boleh dipercayai ini memerlukan asas perkakasan yang disesuaikan, seperti Snapdragon® 8 Elite Gen 5, yang direka untuk prestasi berkelajuan tinggi pada peranti bagi Galaxy S26 Ultra. Beroperasi secara senyap di sebalik antaramuka, perkakasan ini mengatur bagaimana kecerdasan memahami konteks untuk membolehkan aliran kerja yang intuitif.

​Kuasa Kecerdasan Terbuka

​Untuk memanfaatkan kemajuan ini tanpa memaksa orang ramai mempelajari antaramuka yang sepenuhnya baharu, teknologi menuntut pendekatan yang sangat bersepadu. Kami memahami bahawa pelanggan lebih gemar mempunyai pilihan dalam alatan yang mereka gunakan, jadi Galaxy S26 Ultra juga hadir dengan pilihan ejen untuk membantu pengguna menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah melalui satu tekanan butang atau arahan suara. Pada pandangan kami, masa depan terletak pada ekosistem terbuka ciri-ciri berkuasa AI yang boleh diterima oleh pengguna dengan penuh keyakinan — mengetahui data peribadi mereka adalah selamat sambil menikmati faedah pengalaman pelbagai ejen yang disokong oleh komitmen Samsung terhadap perlindungan kolaboratif.

​Paling penting, transformasi AI ini tidak boleh dikhaskan untuk segelintir pihak sahaja. Kami komited kepada demokratisasi AI mudah alih, dengan sasaran pengembangan kepada lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia pada tahun 2026. Kemajuan sebenar hanya dicapai apabila keupayaan canggih sampai kepada orang ramai, memastikan ketersediaan yang luas untuk semua.

​Kepercayaan sebagai Asas

​Dengan kuasa yang semakin meningkat, keperluan untuk kepercayaan juga semakin tinggi. Memandangkan pengguna dan organisasi meningkatkan skala penggunaan AI mereka, pendekatan pelbagai ejen mestilah dibina atas prinsip bahawa akses kepada maklumat peribadi dihadkan secara ketat kepada tugasan spesifik yang sedang dijalankan. Pengalaman AI pada Galaxy dilindungi di setiap peringkat, dengan pemperibadian, ketelusan, dan pilihan pengguna membimbing setiap langkah.

​Keselamatan bukan sekadar satu ciri, tetapi merupakan elemen asas infrastruktur AI kami yang boleh disesuaikan oleh pengguna melalui tetapan privasi yang terperinci, ciri keselamatan pilih-masuk (opt-in), dan papan pemuka intuitif yang direka untuk membolehkan kawalan dan ketelusan sebenar. Sebagai contoh, Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra memperkenalkan bentuk perlindungan peribadi yang baharu. Diintegrasikan terus ke dalam perkakasan paparan, ia mengawal bagaimana piksel skrin menyebarkan cahaya, mengehadkan penglihatan dari sudut sisi, atas, dan bawah apabila diaktifkan supaya pengguna dapat mengekalkan privasi apabila diperlukan.

​Sementara itu, Samsung Knox memastikan data peribadi kekal dilindungi pada peranti dan dikongsi hanya apabila diperlukan. Pada siri Galaxy S26, Personal Data Engine (PDE) membolehkan pengalaman AI yang peka konteks dengan memproses data secara tempatan. Untuk memastikan proses ini selamat, Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) menyulitkan data bagi setiap aplikasi. Tambahan pula, Knox Vault menambah lapisan perlindungan fizikal dengan mengasingkan data sensitif di dalam perkakasan selamatnya yang tersendiri. Pendekatan sistem secara menyeluruh ini menggabungkan perkakasan dan perisian untuk memastikan maklumat peribadi sentiasa dilindungi.

​Dengan melengkapkan peranti utama kami dengan sehingga tujuh generasi peningkatan OS Android dan One UI, bersama dengan tujuh tahun kemas kini keselamatan, kami memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa pelaburan perkakasan mereka akan kekal selamat dari masa ke semasa.

​Rangka Tindakan untuk Masa Depan yang Pintar

​Ekonomi digital yang pelbagai dan berkembang pesat di rantau SEAO telah mewujudkan persekitaran yang ideal untuk penggunaan dan pertumbuhan AI. Pelancaran barisan peranti utama terbaru kami adalah lebih daripada sekadar kemas kini perkakasan berulang; ia merupakan penyebaran infrastruktur mudah alih yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan saat ini.

​Dengan mengimbangi perkakasan khusus dengan falsafah perisian kolaboratif, kami sedang meletakkan asas bagi masa depan di mana pengalaman digital menjadi lebih mudah dan lebih intuitif, yang secara fundamental menjadikan kehidupan lebih baik untuk setiap pengguna di rantau ini.