Terkini | New

Miliki Malam Anda dengan Galaxy A57 5G Di Mana Setiap Perincian Menjadi terang

Miliki Malam Anda dengan Galaxy A57 5G Di Mana Setiap Perincian Menjadi terang

​Apabila lampu dipadamkan, itulah masanya detik-detik sebenar bermula. Daripada sesi lepak dan mencari makan lewat malam ke kafe yang malap dan sambutan tengah malam ini adalah detik-detik yang anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk merakamnya.

Dengan Galaxy A57 5G, anda tidak perlu lagi risau tentang pencahayaan buruk yang merosakkan suasana. Dibina untuk menjadi peneraju dalam kelasnya, Galaxy A57 5G membawakan Nightography tahap seterusnya yang memberikan gambar lebih cerah, jelas, dan lebih terperinci walaupun pencahayaan memang tak ngam.

Malam Lebih Cerah, Confirm Boleh Nampak

​Cahaya rendah selalunya bermaksud gambar yang kusam dan kurang pendedahan cahaya — tetapi bukan di sini. Dengan sensor kamera 200% lebih besar, Galaxy A57 5G menangkap lebih banyak cahaya, menghasilkan video dan foto malam yang jauh lebih cerah dengan penglihatan yang dipertingkatkan.

​Inilah yang akan anda perhatikan:

  • ​Pemandangan malap tiba-tiba kelihatan lebih hidup dengan pendedahan cahaya yang lebih baik.

  • ​Perincian latar belakang lebih kelihatan (bukan hanya subjek anda).

  • ​Lampu kelihatan semula jadi, tidak terlalu terang (overexposed).

  • ​Daripada lampu pasar malam ke pemandangan garis langit bandar – semuanya jadi ngam.

Tajam Walaupun Pencahayaan Tak Cukup

​Anda tahu gambar yang hasilnya kabur dan berbintik (grainy)? Ya... sangat menjengkelkan. Bagaimanapun, Galaxy A57 5G membetulkan perkara itu dengan pemprosesan imej sehingga 400% lebih pantas, jadi walaupun dalam cahaya rendah, foto anda tetap:

  • ​Tajam dan jelas.

  • ​Kurang hingar (noise), lebih kemas.

  • ​Warna tetap padu, tidak pudar.

​Sama ada anda merakam di dalam bilik yang malap atau di luar rumah pada waktu malam, anda mendapat visual yang cerah dan bersih secara konsisten — tidak perlu penyuntingan yang berat.

Fokus AI yang Sangat Memahami

​Gambar malam yang hebat bukan hanya tentang kecerahan — ia adalah tentang fokus. Kadang-kadang, ia memang satu perjuangan. Tetapi sistem potret berkuasa AI pada Galaxy A57 5G mengesan dan mempertingkatkan subjek anda dengan bijak, memastikan:

  • ​Perincian wajah dan tepi yang tajam.

  • ​Pemisahan kedalaman yang lebih baik dari latar belakang.

  • ​Potret yang jelas dan ditentukan — walaupun dalam cahaya rendah.

  • ​Tiada lagi gambar yang lembut atau terlepas fokus.

​Hanya halakan dan rakam – telefon akan selesaikan yang selebihnya.



Dibina untuk Nightography Kehidupan Sebenar, Bukan Sekadar Tayangan

​Galaxy A57 5G tidak dibuat untuk pencahayaan studio yang sempurna — ia dibina untuk senario dunia sebenar. Sama ada anda:

  • ​Berada dalam suasana dalaman yang malap semasa meluangkan masa.

  • ​Merakam pemandangan malam di luar atau memandu pada waktu malam.

  • ​Merakam detik-detik spontan semasa dalam perjalanan.

​Ia memberikan prestasi yang boleh dipercayai dalam semua keadaan, mengekalkan kejelasan tanpa hingar yang berat dan menghasilkan output berkualiti tinggi yang konsisten cerah. Ia memang menjadi, senang cerita.

Apa kata pencipta kandungan kami:

  • @izzataidilsukeri: “Testing nightography in low light nature area… ingatkan scene gelap je, sekali bila tengok hasil gambar, detail semua keluar, warna pun still hidup.”

  • @jufrijamal: “Owning the night, in my own way. Didn’t expect a mid-range phone to go this hard.”

  • @setokentangan: “These days, you don’t need an expensive phone to get stunning OOTD shots. Even with the mid-range phone, the Samsung Galaxy A57 5G, even low-light photos turn out super clear. Tak perlu extra light, cukup low light dia sangat puas hati!”

​Kerana dalam kehidupan sebenar, pencahayaan tidak sentiasa sempurna — tetapi foto anda tetap boleh menjadi sempurna.

Jangan Lepaskan Apa yang Paling Penting

​Mari kita berpijak di bumi nyata – beberapa kenangan terbaik berlaku pada waktu malam. Dengan Galaxy A57 5G, anda mendapat Nightography unggul yang berfungsi apabila ia paling diperlukan — supaya setiap kenangan dipelihara sama seperti yang anda lihat. Jelas, tajam dan penuh vibe.

​Temui Galaxy A57 5G — dibuat untuk merakam apa yang tidak dapat dilihat oleh mata anda secara jelas dan tanpa usaha.

Galaxy A57 5G Baharu

​Untuk meraikan pelancaran baru-baru ini di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif di Kedai Dalam Talian Samsung, Kedai Pengalaman Samsung, peruncit sah dan platform e-dagang yang mengambil bahagian. Anda boleh melihat Galaxy A57 5G dan A37 5G terbaharu bermula 25 Mac dan seterusnya!

​Galaxy A57 5G akan ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G hadir dalam warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, Awesome Graygreen.

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G

  • Tempoh Promo Rebat Pelancaran: 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026.

  • Tempoh Rebat Bank/Shopee PayLater: 25 Mac 2026 – 29 April 2026.

Program Ekosistem MBO Telefon Pintar Samsung Galaxy A57/A37 (25 Mac – 10 Mei 2026)

​Pelanggan yang membeli mana-mana model yang mengambil bahagian layak untuk membeli maksimum satu (1) unit model MBO pada harga diskaun dalam satu transaksi: