TEAZEN, Jenama Kombucha No. 1 di Korea, Dilancarkan Secara Eksklusif di Watsons Malaysia
TEAZEN, Jenama Kombucha No. 1 di Korea, Dilancarkan Secara Eksklusif di Watsons Malaysia

Jenama kombucha No.1 di Korea, TEAZEN, telah membuat kemunculan sulungnya secara rasmi di pasaran Malaysia. Pelancaran ini dilakukan secara eksklusif di Watsons Malaysia sempena penganjuran *Watsons K-Beauty Festa 2026.
Untuk melabuhkan nama dan juga saingan di pasaran Kombucha di Malaysia, TEAZEN memperkenalkan dua rangkaian produk inovatif yang direka khas untuk menyokong gaya hidup moden yang sibuk: Kombucha dan Cuka Epal (Apple Cider Vinegar). Kedua-dua jenis produk ini menawarkan posisi sebagai minuman kesihatan yang ringkas, berfungsi, dan menyeronokkan.
Selain itu, Rangkaian Kombucha TEAZEN tersedia dalam dua rasa menyegarkan, Shine Muscat dan Sicily Lemon, menawarkan alternatif minuman ringan, berbuih dan mesra usus untuk penggunaan harian.

Direka untuk kemudahan, kombucha ini juga hadir dalam format serbuk sachet yang larut dengan mudah dalam air, walaupun air sejuk, dalam masa hanya tiga saat, menjadikannya penyelesaian on-the-go yang ideal untuk pengguna yang sibuk pada hari ini. Sebagai alternatif yang lebih sihat berbanding minuman soda bergula, ia bebas gula dan mengandungi sifar alkohol, sambil memberikan manfaat fungsi melalui formulasinya yang mengandungi 12 jenis lactobacillus dan ekstrak teh yang ditapai yang menyokong kesihatan pencernaan dan sistem imun. Dengan hanya 15 kalori setiap stick, ia memberikan keenakan tanpa rasa bersalah yang tidak menjejaskan rasa atau keberkesanan.
Diiktiraf secara global sebagai jenama kombucha No. 1 Korea, TEAZEN telah mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih 400 juta stick terjual di seluruh dunia, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju minuman kesihatan yang dipercayai dalam kategori minuman kesihatan.
Melengkapkan rangkaian kombucha adalah Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) TEAZEN, tafsiran moden minuman kesihatan berasaskan cuka tradisional yang direka untuk penggunaan harian. Setiap paket saiz hidangan tunggal yang mudah mengandungi 1,500mg serbuk cuka epal sider, bersamaan dengan 1,800mg asid organik, menawarkan cara praktikal dan berkesan untuk memasukkan sokongan pencernaan ke dalam rutin harian.
Kandungan formulanya bebas gula, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk menyokong kedua-dua sistem penghadaman dan penghidratan, dan dipertingkatkan dengan probiotik generasi ke-4 untuk terus mempromosikan kesihatan usus. Diperbuat daripada epal hijau Korea yang berkualiti tinggi, yang mengandungi dua kali ganda polifenol berbanding epal merah, produk ini memberikan nilai pemakanan yang unggul sambil mengekalkan rasa sitrus yang menyegarkan, menghilangkan rasa masam keras yang biasanya dikaitkan dengan cuka cecair.
Semua produk TEAZEN diperakui Halal, memastikan ia memenuhi keperluan pemakanan pengguna Malaysia sambil menekankan komitmen jenama terhadap kualiti dan keterangkuman untuk pengguna Muslim di negara ini.
Jinju Shin, Ketua Pegawai Eksekutif **TEAZEN Inc**, berkata bahawa falsafah jenama ini berlabuh pada "Passion For Good Tea," di mana setiap langkah proses, dari pembangunan produk hingga penghantaran akhir, dipandu oleh kepakaran dan penghargaan yang tinggi terhadap kualiti the yang digunakan. Beliau menambah bahawa melalui "Origin Source from Nature," TEAZEN bermula dengan teh hijau organik yang ditanam di kawasan bersih Haenam dan mendapatkan lebih daripada 300 ramuan teh secara global, termasuk teh hijau, hitam, herba, dan campuran, untuk mencipta produk yang bertindak balas terhadap keutamaan pengguna dan keperluan kesihatan yang berkembang.
Pelancaran ini dihadiri dan disaksikan oleh Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, mencerminkan kerjasama yang kukuh dalam memperkenalkan penyelesaian kesihatan Korea yang inovatif ke pasaran Malaysia. Dengan penampilan sulung rasminya, TEAZEN Kombucha dan Cuka Epal Sider kini tersedia secara eksklusif di kedai Watsons di seluruh negara dan dalam talian, menawarkan rakyat Malaysia cara yang mudah dan menyeronokkan untuk mencapai kesihatan usus yang lebih baik sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Semua produk TEAZEN dijual pada harga runcit disyorkan RM32.90.
Sempena Watsons K-Beauty Festa 2026, pembeli boleh menikmati harga promosi istimewa hanya RM20, bersama-sama dengan hadiah eksklusif dengan pembelian. Pelanggan yang membeli mana-mana produk TEAZEN akan menerima Botol Air TEAZEN percuma, manakala mereka yang membeli mana-mana dua produk TEAZEN akan menerima Kad Foto Twice percuma, menjadikannya pengenalan jenama TEAZEN yang menarik dan bermakna.