Terkini | New

Prestasi Yang Sentiasa Relevan: Prestasi Hebat, Sepanjang Hari

Prestasi Yang Sentiasa Relevan: Prestasi Hebat, Sepanjang Hari


​Galaxy A57 5G membawakan Prestasi Hebat yang kekal pantas, sejuk, dan sentiasa bersedia… daripada tugasan harian yang pelbagai (multitasking) sehinggalah kepada sesi permainan video tanpa henti.

​Daripada mesyuarat yang berturut-turut hinggalah ke sesi permainan lewat malam, hari anda tidak pernah perlahan — begitu juga dengan telefon pintar anda. Dengan siri Galaxy A yang terbaharu, Prestasi Hebat bukan sekadar satu ciri, ia adalah asasnya. Dibina untuk mengendalikan segala perkara yang anda berikan, Galaxy A57 5G direka untuk sentiasa seiring dengan anda — kerana sejujurnya, apa-apa yang kurang daripada itu? Aye, tak ngam.

Prestasi Yang Bergerak Mengikut Rentak Anda

​Di jantungnya terdapat pemproses yang telah dipertingkatkan, membawakan kelajuan lebih pantas dan pengalaman yang lebih responsif secara menyeluruh. Tindakan harian terasa lebih lancar serta-merta — sama ada anda bertukar antara aplikasi, menyunting kandungan secara pantas, atau mengimbangi kerja dan kehidupan sosial sekaligus.

​Ia adalah prestasi yang berfungsi dengan mudah, jadi anda tidak akan tersangkut menunggu – lagipun, siapa yang ada masa untuk itu?! Secara ringkasnya, segalanya berfungsi dengan lebih baik dan terasa lebih lancar, tanpa anda perlu memikirkannya.

​Dan apabila melibatkan pengalaman yang lebih pintar, Galaxy A57 5G membawanya lebih jauh lagi. Terima kasih kepada lonjakan besar dalam kuasa AI dan kelajuan memori (kita bercakap tentang prestasi NPU sehingga 167% lebih pantas dan memori sehingga 75% lebih pantas), ia dapat mengendalikan perkara dengan lebih cepat di sebalik tabir — seperti menambah baik foto anda secara automatik atau membantu aplikasi berjalan dengan lebih lancar.

​Hasil akhirnya? Segalanya berfungsi dengan lebih baik dan terasa lebih lancar, tanpa anda perlu memikirkannya.

​Tiada sekat-sekat (lag). Tiada drama. Aye Tetap Ngam.

Apabila Kehidupan Sebenar Menjadi Berat, Ia Tidak Memperlambatkan Anda

​Sudah tentu, prestasi yang hebat bukan hanya tentang kelajuan — ia adalah tentang ketekalan. Itulah sebabnya Galaxy A57 5G dilengkapi dengan sistem penyejukan canggih, menampilkan kebuk wap (vapor chamber) yang besar yang membantu mengawal haba walaupun semasa penggunaan intensif. Sama ada anda berada di tengah-tengah perlawanan permainan video yang sengit, melakukan penstriman berjam-jam, atau melakukan pelbagai tugasan sepanjang hari, peranti ini kekal sejuk dan stabil supaya prestasi kekal berkuasa, tanpa penurunan atau kelembapan.

​Ya, walaupun keadaan menjadi sedikit "panas".

Kuasa Yang Bertahan Melampaui Detik Itu

​Yang menggerakkan segalanya adalah bateri tahan lama yang mengikut rutin anda. Dengan hayat bateri sehingga dua hari, anda boleh kekal berhubung, produktif, dan terhibur lebih lama tanpa perlu sentiasa menyemak peratusan bateri atau berkepit berhampiran palam dinding.

​Dengan Galaxy A57 5G, segalanya bergabung untuk memberikan pengalaman telefon pintar yang pantas, lancar, dan dibina untuk bertahan lama. Kerana apabila hari anda menuntut lebih, anda memerlukan peranti yang boleh mengimbangi anda — dan inilah Prestasi Hebat, dicipta untuk kehidupan sebenar.

Aye Tetap Ngam, setiap masa.

Harga dan Ketersediaan

​Anda boleh mendapatkan Galaxy A57 5G dan A37 5G yang terbaharu bermula 25 Mac dan seterusnya! Galaxy A57 5G akan ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G hadir dengan warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, Awesome Graygreen.

​Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif di seluruh Kedai Dalam Talian Samsung, Kedai Pengalaman Samsung, pengedar sah, dan platform e-dagang yang mengambil bahagian:

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G

Promosi Rebate Pelancaran akan berjalan dari 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026 dan Rebate Bank/Shopee PayLater akan berjalan dari 25 Mac 2026 – 31 Mei 2026.

​Selain itu, pembelian boleh dibuat melalui Shopee PayLater dengan faedah 0% selama 12 bulan, menawarkan pilihan pembiayaan yang mudah dan kos-efektif, terpakai untuk Kedai Dalam Talian Samsung (https://www.samsung.com/my) dan Aplikasi Samsung Shop.