Terkini | New

Samsung Melancarkan Beta One UI 9 untuk Pengguna Siri Galaxy S26

Samsung Melancarkan Beta One UI 9 untuk Pengguna Siri Galaxy S26

Beta One UI 9 menawarkan pengalaman mudah alih yang lebih intuitif dan diperibadikan dengan penambahbaikan merentasi kreativiti, kebolehaksesan dan keselamatan.

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan program beta One UI 9, yang dilancarkan pada minggu ini bermula dengan siri Galaxy S26. Dibina berasaskan Android 17 baharu, beta One UI 9 memberikan alatan kreatif yang diperluas, pilihan penyesuaian, pengalaman mudah alih yang lebih mudah diakses serta perlindungan yang lebih kukuh terhadap potensi ancaman keselamatan.

​Pengalaman penuh One UI 9 akan diperkenalkan bersama peranti (flagship) Galaxy yang akan datang pada tahun ini, yang akan merangkumi ciri-ciri AI canggih bagi menjadikan interaksi mudah alih lebih mudah dan tanpa usaha.

Apa yang Baharu dalam Beta One UI 9

​Beta One UI 9 memperkenalkan beberapa kemas kini merentasi bidang utama pengalaman mudah alih.

Samsung Notes mendapat alatan kreatif baharu, termasuk pita hiasan (decorative tapes) dan kepelbagaian gaya garisan pen yang lebih meluas. Sementara itu, aplikasi Contacts (Kenalan) kini menawarkan akses terus ke Creative Studio untuk menghasilkan kad profil yang diperibadikan tanpa perlu bertukar antara aplikasi.

Quick Panel yang dikemas kini memberikan pengguna kawalan yang lebih besar terhadap susun aturnya. Kecerahan (brightness), bunyi, dan pemain media masing-masing boleh dilaraskan secara bebas, dengan lebih banyak pilihan saiz untuk memenuhi kegemaran individu.

Kemudahan akses ditingkatkan dengan ketara melalui kelajuan Mouse Key yang boleh dilaraskan bagi membolehkan kawalan kursor yang lebih lancar, serta pakej TalkBack gabungan yang menyatukan ciri-ciri yang sebelum ini ditawarkan secara berasingan oleh Google dan Samsung. Ciri Text Spotlight baharu — yang memaparkan teks terpilih dengan lebih besar atau lebih jelas dalam tetingkap terapung — juga telah ditambah untuk memudahkan pembacaan.

​One UI 9 juga memperkenalkan perlindungan dipertingkat terhadap aplikasi mencurigakan dan potensi ancaman: apabila aplikasi berisiko tinggi baharu dikesan, ia kini akan memberi amaran kepada pengguna, menyekat pelaksanaan dan pemasangan, serta mengesyorkan pemadaman melalui kemas kini dasar keselamatan.

Ketersediaan

​Program beta One UI 9 akan tersedia kepada pengguna siri Galaxy S26 di pasaran terpilih, termasuk Jerman, India, Korea, Poland, United Kingdom dan Amerika Syarikat bermula minggu ini. Pengguna siri Galaxy S26 boleh memohon untuk menyertai program beta melalui aplikasi Samsung Members.