Terkini | New

Vivo Malaysia Lancar Vivo X300 Ultra: Telefon Pintar Pengimejan Terunggul Dengan Teknologi Zeiss

Vivo Malaysia Lancar Vivo X300 Ultra Telefon Pintar Pengimejan Terunggul Dengan Teknologi Zeiss


​vivo Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan peranti flagship terbaharu, vivo X300 Ultra, yang membawakan evolusi besar dalam sinematografi mudah alih melalui kerjasama strategik bersama ZEISS.

​Dirancang untuk pencipta kandungan profesional, peranti ini memperkenalkan ZEISS Master Lenses Collection dengan sensor utama 200MP serta keupayaan zum melampau melalui Telephoto Extender 400mm. Antara ciri utama yang ditonjolkan termasuk.

​Sistem Video Sinematik: Sokongan rakaman 4K 120fps 10-bit Log pada semua lensa belakang untuk hasil gred filem.

​Prestasi Gergasi: Dikuasakan oleh cip Snapdragon® 8 Elite Gen 5 dengan memori 32GB RAM dan storan sehingga 1TB.

​Ketahanan & Kuasa: Bateri 6600 mAh dengan pengecasan pantas 100W FlashCharge serta penarafan kalis air IP68/IP69.

​Paparan Premium: Skrin 2K ZEISS Master Color dengan kecerahan sehingga 4500 nits.

Harga & Ketersediaan

vivo X300 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM5,899. Pra-tempah kini dibuka sehingga 22 Mei 2026 dengan tawaran eksklusif termasuk:

​Rebat tunai sebanyak RM900.
​Hadiah percuma Tripod Fotografi Aluminium COMAN (bernilai RM299).
​Pakej vivo Care (lanjutan jaminan 1 tahun & perlindungan skrin retak 180 hari).

​Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web vivo Malaysia.