Terkini | New

AIGNER Meraikan Ikon Dato' Khadijah Ibrahim Di Butik AIGNER IOI City Mall

AIGNER Meraikan Ikon Dato' Khadijah Ibrahim Di Butik AIGNER IOI City Mall


Butik barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, mengalu-alukan penyanyi kesayangan Malaysia, Dato' Khadijah Ibrahim, ke butik AIGNER di IOI City Mall dalam satu acara penghargaan pelanggan yang eksklusif bagi meraikan nilai-nilai berkekalan seperti ketukangan, kesenian dan keanggunan abadi.



Sepanjang sejarah penubuhannya, AIGNER sentiasa menghargai individu yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk menyempurnakan kemahiran dan hasil seni masing-masing. Seperti para artisan yang teliti di sebalik setiap ciptaan AIGNER, jenama ini amat menghormati para penggiat seni yang melalui semangat, keaslian dan komitmen terhadap kecemerlangan telah meninggalkan legasi budaya yang berkekalan.



Tidak ramai yang mencerminkan nilai-nilai ini sebaik Dato' Khadijah Ibrahim. Dengan kerjaya yang menjangkau lebih empat dekad, beliau kekal sebagai antara artis paling disegani di Malaysia, bukan sahaja kerana bakat seninya yang luar biasa, malah kerana keanggunan, keaslian serta komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan. Perjalanan seni beliau mencerminkan prinsip yang menjadi tunjang AIGNER sejak penubuhannya penghargaan terhadap warisan, kualiti yang berkekalan serta ketukangan yang merentas generasi.





Majlis istimewa ini memberi peluang kepada para tetamu untuk bertemu secara lebih dekat dengan penyanyi tersohor tersebut sambil meneroka koleksi terbaharu AIGNER, yang terus menampilkan ketukangan kulit yang menjadi identiti jenama serta rekaan kontemporari yang menghormati warisannya yang kaya. 



Turut serta beberapa tetamu kehormat dan kenalan turut serta bersama memeriahkan majlis. Dato' Khadijah Ibrahim turut menyampaikan beberapa lagu yang cukup popular bersama tetamu yang hadir.



Dengan meraikan ikon seperti Dato' Khadijah Ibrahim, AIGNER bukan sahaja mengiktiraf seni di sebalik setiap ciptaannya, malah turut menghargai individu yang hasil kerja sepanjang hayat mereka melambangkan semangat, kecemerlangan dan daya tarikan yang tidak lapuk dek zaman.