Terkini | New

Daripada Kemudahan Digital kepada Kehidupan Pintar: Bagaimana AI Diterapkan dalam Kehidupan Seharian

Daripada Kemudahan Digital kepada Kehidupan Pintar: Bagaimana AI Diterapkan dalam Kehidupan Seharian


​Oleh CU Kim, Presiden & CEO, Samsung Electronics Asia Tenggara & Oceania

​Di seluruh Asia Tenggara dan Oceania, pengguna telah dengan pantas menerima teknologi yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah. Daripada perdagangan digital dan pembayaran mudah alih sehinggalah kepada aplikasi super (super apps) serta perkhidmatan terhubung, pengalaman digital kini telah menjadi sebahagian penting daripada cara orang ramai membeli-belah, berkomunikasi, bekerja, dan menguruskan kehidupan seharian.

​Jangkaan yang sama turut mencorak cara orang ramai mendekati kecerdasan buatan (AI). Tatkala dunia memperingati Hari Penghargaan AI pada Julai ini, anjakan yang berlaku amatlah jelas: AI kini beralih daripada fasa eksperimen kepada penggunaan harian. Di Asia Tenggara dan Oceania, orang ramai mula mengharapkan AI untuk membantu mereka bekerja, berkomunikasi, membuat keputusan, dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah.

​Semakin AI diterapkan ke dalam kehidupan kita, semakin nilainya akan diukur berdasarkan sejauh mana ia meningkatkan pengalaman harian secara bermakna. Fasa AI yang seterusnya, yang akan kami perkenalkan di Unpacked pada 22 Julai di London, tidak akan ditakrifkan oleh keupayaan teknikal semata-mata, tetapi oleh bagaimana ia bersesuaian secara semula jadi dengan gaya hidup yang berbeza, memahami keperluan individu, dan mengurangkan hambatan dalam rutin harian.

Daripada Alatan AI kepada Pengalaman Terhubung

​Selama bertahun-tahun, teknologi berkembang mengikut peranti demi peranti. Setiap peranti memainkan peranan yang khusus: telefon bimbit untuk komunikasi dan produktiviti, peranti boleh pakai (wearables) untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti, televisyen untuk hiburan, dan peralatan rumah untuk rutin domestik.

​Setiap peranti hanya menyokong satu bahagian daripada hari pengguna. Namun, apabila dihubungkan melalui AI, peranti-peranti ini boleh bekerjasama dalam cara yang lebih responsif terhadap konteks serta lebih mudah untuk diambil tindakan.

​SmartThings menjadi tunjang utama bagi merealisasikan perkara ini. Dengan menyatukan peranti, perkhidmatan, dan rakan kongsi ke dalam satu ekosistem terhubung, ia membantu mengubah kecerdasan yang ditawarkan oleh ciri individu menjadi pengalaman lancar yang lebih semula jadi dan relevan dalam senario dunia sebenar.

​Bayangkan seorang profesional muda yang menguruskan hari yang sibuk, di mana keputusan-keputusan kecil sekalipun boleh menambah beban mental. Dengan AI Vision, Bespoke AI Refrigerator Family Hub kami dapat membantu menjejaki produk segar dan barangan berbungkus, memberi amaran kepada pengguna apabila barangan yang kerap digunakan semakin berkurangan, dan memudahkan perancangan barangan dapur.

​Sokongan yang sama turut merangkumi aspek kesejahteraan diri. SmartThings berintegrasi dengan Samsung Health untuk memberikan maklumat tentang persekitaran tidur melalui peranti Galaxy seperti Galaxy Ring, manakala ciri Galaxy Watch seperti Running Coach boleh menganalisis data prestasi larian serta menyesuaikan program latihan untuk pengguna yang sedang berusaha mencapai matlamat kecergasan mereka. Apabila pengguna berehat selepas hari yang panjang dengan menonton rancangan kegemaran mereka di TV, Samsung Vision AI meluaskan kecerdasan tersebut ke skrin, membantu TV menyesuaikan diri dengan pilihan penonton dan menjadikan hiburan lebih mudah ditemui, diperibadikan, dan dinikmati.

​Secara keseluruhannya, pengalaman ini menunjukkan janji AI yang lebih luas: memudahkan kehidupan seharian bukan melalui satu peranti yang bertindak sendirian, tetapi melalui ekosistem yang memahami konteks dan mampu menawarkan respons yang diperibadikan mengikut keperluan orang ramai.

Mudah Alih sebagai Gerbang Utama

​Walaupun AI kini menghubungkan lebih banyak peranti dalam kehidupan seharian, peranti mudah alih tetap menjadi gerbang utama. Telefon bimbit menghubungkan orang ramai kepada perkhidmatan, kandungan, peranti, dan hubungan yang mereka harapkan setiap hari.

​Di sinilah AI ejen (agentic AI) menjadi sangat penting. Memandangkan kecerdasan menjadi lebih mengikut konteks, peranti mudah alih berkembang daripada sekadar alat yang digunakan orang ramai untuk mencari, menghantar mesej, dan melayari internet, kepada satu antara muka (interface) yang membantu mereka memahami perkara yang penting, mencadangkan langkah seterusnya, dan menyelesaikan tindakan harian dengan kurang usaha.

​Galaxy AI direka untuk fasa AI mudah alih yang seterusnya ini. Daripada meminta pengguna menguruskan setiap tugas secara manual, ia memaparkan cadangan untuk langkah yang seterusnya. AI mudah alih menjadi paling berguna apabila kecerdasannya dibina secara langsung ke dalam pengalaman peranti itu sendiri.

​Pengguna di Asia Tenggara dan Oceania mengalu-alukan manfaat serta mengiktiraf potensi AI, namun kepercayaan mereka perlu diraih. Untuk menerapkan AI secara mendalam ke dalam kehidupan seharian, pengguna mesti diberi jaminan bahawa data mereka kekal selamat dan mereka memegang kawalan. Galaxy AI direka untuk melindungi maklumat peribadi dengan memastikan data sensitif kekal rapat dengan pengguna, sambil memberikan kejelasan dan pilihan kepada pengguna tentang cara data mereka digunakan untuk memacu pengalaman AI. Seiring dengan peluasan AI merentasi ekosistem terhubung, Samsung juga telah meluaskan Knox Matrix, iaitu platform keselamatan merentas peranti miliknya, untuk menyediakan lapisan perlindungan bersatu merentasi peralatan rumah, peranti mudah alih, dan TV.

​Kita masih berada di peringkat awal transformasi ini. Dengan AI yang semakin meluas dalam kehidupan seharian, faktor bentuk (form factors) baharu akan mencorak cara orang ramai melihat, menggunakan, dan bertindak ke atas maklumat. Peranti boleh lipat (foldables) merupakan bahagian penting dalam masa depan tersebut. Skrin yang boleh dilentur dan dibuka memberikan AI fleksibiliti yang lebih besar untuk menyokong pelbagai tugas, kandungan yang lebih kaya, dan lebih banyak pengalaman mengikut konteks secara serentak.

​Di Galaxy Unpacked yang akan datang, kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai bagaimana visi ini disatukan.

​Bab AI yang seterusnya tidak akan ditakrifkan oleh berapa banyak lagi teknologi yang mesti diuruskan oleh manusia. Ia akan ditakrifkan oleh bagaimana kecerdasan tersebut diterapkan secara semula jadi ke dalam kehidupan seharian, membantu orang ramai hidup, bekerja, dan berhubung dengan lebih mudah.

Daftar minat anda untuk Galaxy Unpacked hari ini!

​Galaxy Unpacked: 22 Julai 2026 pada jam 9:00 PM MYT. Siaran langsung di [samsung.com/my](https://samsung.com/my).

​Ikuti perkembangan dan daftar minat anda di sini untuk Peranti Galaxy Seterusnya dari 8 hingga 22 Julai 2026, untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM62,944 dan dapatkan e-baucar tambahan bernilai RM120 apabila anda melengkapkan pendaftaran anda.

​Dari 8 hingga 24 Julai 2026, pelanggan juga boleh membayar RM50 untuk mendapatkan Baucar Samsung Reservation+ bernilai RM250 untuk digunakan pada peranti Galaxy Boleh Lipat (Galaxy Foldable) mereka yang seterusnya. Layari tapak web rasmi Samsung Malaysia untuk mendapatkan baucar anda hari ini.