Terkini | New

Konsert Kelate Ke KL 2026 Bawa Fenomena Hiburan Kelantan Ke Ibu Kota

Konsert Kelate Ke KL 2026 Bawa Fenomena Hiburan Kelantan Ke Ibu Kota

​Fenomena hiburan Pantai Timur bakal mengambil alih ibu kota menerusi konsert mega Konsert Kelate Ke KL 2026 yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

​Mengangkat tema "Suaro Kito, Jiwo Kito - 100% Ori Kelate", acara ini menghimpunkan barisan artis popular dan kebanggaan Kelantan dalam satu malam penuh warna, muzik, dan semangat anak Kelantan yang pastinya menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat.

​Bukan 'kaleng-kaleng', Konsert Kelate Ke KL 2026 membariskan bintang terkenal 'sek kito jange pecoh' yang terdiri daripada Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali, dan Aris Kapilla. Pemilihan para pesohor Kelantan ini disifatkan mampu menyemarakkan dan menghidupkan identiti seni dan budaya negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

​Menurut Pengarah Projek Konsert Kelate Ke KL 2026, Ayob Abd Majid, Kelate Ke KL 2026 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah platform untuk meraikan identiti, seni, dan budaya Kelantan serta menghimpunkan anak-anak Kelantan dan peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam satu acara berprestij.

​"Penganjuran Konsert Kelate Ke KL 2026 ini bukan bersifat kenegerian tetapi lebih kepada meraikan identiti, seni dan budaya Kelantan yang telah menyumbang kepada industri seperti hiburan dan pelancongan dengan cara tersendiri.

​"Selain memiliki barisan penyanyi Kelantan yang sudah komersial seperti Datuk Nora atau Misha Omar, negeri ini juga mempunyai pejuang penyanyi dengan dialek lokal yang selalu dekat di hati peminat.

​"Maka kami di Natriya Enterprise, Irama Entertainment dan Ikarl Project mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Kelate Ke KL 2026 dengan membawa Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Kapilla sebagai sek kito yang tak pernah pecoh ke ibu kota khas buat anak rantau Kelantan dan peminat muzik amnya.

​"Konsert Kelate ke KL 2026 juga bukan hanya untuk orang Kelantan atau sebuah konsert tetapi ia adalah pesta untuk semua peminat merayakan keberagaman seni Malaysia terutama kesenian Kelantan yang cukup unik sebenarnya," ujar Pengarah Projek Konsert Kelate Ke KL 2026 dan penganjur, Ayob Abd Majid.


​Bercakap mengenai pemilihan Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali, dan Aris Kapilla sebagai penghibur di Kelate Ke KL 2026, Ayob menyifatkan kerana mereka cukup signifikan dan menjadi barisan generasi kini yang sentiasa memastikan seni warisan Kelantan kekal hidup.

​Selain itu, pihak penganjur juga menjanjikan beberapa khabar baik dan menarik termasuk penampilan khas, pengisian budaya, dan kejutan eksklusif yang akan diumumkan dalam fasa seterusnya menjelang penganjuran konsert.

​Tiket akan mula dijual pada 4 Julai 2026, Sabtu jam 1:00 petang. Tiket rasmi dijual secara eksklusif menerusi ilassotickets.com dan tempahan awal boleh dibuat melalui WhatsApp (talian) di +6011-13297822.

​Oleh itu, jangan sampai terlepas tarikh keramat iaitu 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur untuk meraikan bersama Konsert Kelate Ke KL 2026 yang akan diisi dengan kesenian dan kebudayaan Kelantan yang beragam dan unik.

​Orang ramai disarankan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini, pengumuman tarikh jualan tiket, serta pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

​INFORMASI KONSERT KELATE KE KL 2026

  • Acara: Konsert Kelate Ke KL 2026
  • Barisan Artis: Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali, Aris Kapilla
  • Tarikh: 29 Ogos 2026
  • Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
  • Dianjurkan Oleh Penganjur: Natriya Enterprise
  • Penganjur Bersama: Ikarl Project
  • Dengan Sokongan: Irama Entertainment
  • Rakan Strategik Konsert: Sony Music & Sentuhan Records
  • Hotel Rasmi: St Giles Boulevard Kuala Lumpur
  • Radio Rasmi: Molek FM

Untuk perkembangan terkini, bahan promosi, pengumuman artis, dan maklumat rasmi Kelate Ke KL 2026, sila ikuti akaun media sosial rasmi Kelate ke KL:

  • TikTok: @KelateKL
  • Instagram: @KelateKL