P&G dan Watsons Lancar Kempen "Buy Good. Do Good. Play It Forward."
P&G dan Watsons Lancar Kempen "Buy Good. Do Good. Play It Forward."Bagi Menyokong Pertubuhan Nicol David Demi Memperkasakan Kanak-Kanak yang Lebih Sihat dan Aktif.
Setiap pembelian membantu kanak-kanak bergerak, bermain dan berkembang maju menerusi program +Play Pertubuhan Nicol David.

P&G Malaysia dan Watsons Malaysia telah menggabungkan tenaga bersama Pertubuhan Nicol David (Nicol David Organisation - NDO) untuk melancarkan kempen Buy Good. Do Good. Play It Forward., sebuah inisiatif yang mengubah aktiviti membeli-belah harian menjadi tindakan yang bermakna dengan menyokong kesihatan, kesejahteraan, dan gaya hidup aktif kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Berlangsung di cawangan Watsons yang mengambil bahagian, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat perbezaan menerusi setiap pembelian barangan P&G terpilih yang layak. Hasil daripada kempen ini akan menyokong program +Play oleh Pertubuhan Nicol David, sekali gus membantu lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada aktiviti fizikal yang berkualiti, psikologi positif, dan kemahiran hidup yang membina keyakinan, daya tahan, serta masa depan yang lebih sihat.
Pada ketika kadar kurang aktif dalam kalangan kanak-kanak, kesejahteraan mental yang lemah, dan tabiat gaya hidup tidak sihat semakin meningkat, kerjasasama ini mempertegaskan kepentingan mewujudkan persekitaran positif di mana kanak-kanak boleh berkembang dari segi fizikal, emosi, dan sosial melalui aktiviti bermain.

"Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar dengan sihat, berkeyakinan, dan penuh harapan," kata Datuk Nicol David, Pengasas Pertubuhan Nicol David. "Kami amat bersyukur dapat bekerjasama dengan P&G dan Watsons menerusi kempen yang bermakna ini. Bersama-sama, kami memberikan rakyat Malaysia cara yang mudah tetapi berkesan untuk melabur bagi generasi akan datang. Setiap pembelian menjadi peluang untuk membantu kanak-kanak bermain, bergerak, dan mencungkil potensi mereka."
Program +Play oleh Pertubuhan Nicol David menggabungkan pergerakan, sukan, dan psikologi positif berasaskan bukti untuk membantu kanak-kanak membina tabiat sihat, meningkatkan kesejahteraan emosi, serta mengembangkan keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju di sekolah, rumah, dan dalam komuniti mereka. Sejak penubuhannya, program ini telah menjangkau ribuan kanak-kanak, guru, dan keluarga di seluruh Malaysia, seterusnya mewujudkan impak mampan dengan memperkasakan pendidik dan komuniti untuk memperjuangkan gaya hidup aktif dan positif.
“Di Watsons, mengambil berat tentang pelanggan kami bermakna memberi impak positif kepada komuniti yang kami khidmati. Menerusi cawangan Watsons yang mudah diakses di seluruh negara, pelanggan boleh membeli produk P&G dengan mudah sambil menyumbang kepada usaha yang bermakna ini. Bersama P&G dan Pertubuhan Nicol David, setiap pembelian akan bertukar menjadi sumbangan bermakna untuk menyokong masa depan kanak-kanak serta mewujudkan peluang untuk mereka bermain dan membesar dengan penuh keyakinan,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, dan Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International.

"Di P&G, meningkatkan taraf hidup adalah teras kepada segala yang kami lakukan. Menerusi kerjasama dengan Watsons dan Pertubuhan Nicol David ini, kami berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana pembelian harian mereka boleh menyumbang ke arah mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk kanak-kanak. P&G bangga dapat bekerjasama dalam memperkasakan kanak-kanak Malaysia melalui saluran sukan dan pendidikan – menyemai disiplin, semangat kerja berpasukan, dan keyakinan diri. Bersama-sama, kami percaya kepada usaha playing it forward dan memupuk masa depan yang benar-benar lebih cerah untuk generasi seterusnya,” kata Rajadurai Dhanasekharan Navin, Naib Presiden, Pengurus Negara Operasi Pasaran Malaysia dan Singapura serta Pentadbiran Jualan.

“Buy Good. Do Good. Play It Forward.” ialah inisiatif merangkumi seluruh negara oleh P&G, Watsons, dan Pertubuhan Nicol David (NDO) yang menggalakkan rakyat Malaysia mengubah pembelian harian mereka kepada sumbangan yang bermakna. Inisiatif ini akan berlangsung dari 23 Julai hingga 26 Ogos 2026 di Semenanjung Malaysia dan dari 30 Julai hingga 2 September 2026 di Sabah & Sarawak. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menyokong usaha ini dengan membeli produk P&G yang mengambil bahagian di cawangan Watsons seluruh negara.
RM1 daripada setiap pembelian yang layak akan didermakan kepada NDO untuk menyokong pembangunan belia. Program ini bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang lebih sihat dan aktif yang lebih bersedia untuk mencapai kejayaan. P&G, Watsons, dan NDO percaya bahawa perpaduan komuniti di sekeliling matlamat bersama membolehkan tindakan harian yang kecil menghasilkan perbezaan serta perubahan positif yang berpanjangan untuk generasi akan datang.