Tempat Budaya Bertemu Inovasi: Perjalanan Galaxy Unpacked Merentasi Bandar-Bandar Global
Tempat Budaya Bertemu Inovasi: Perjalanan Galaxy Unpacked Merentasi Bandar-Bandar Global

Setiap musim panas, Galaxy Unpacked acara pelancaran peranti mudah alih Samsung Electronics mendedahkan lembaran seterusnya bagi inovasi Galaxy di bandar yang berbeza di seluruh dunia. Menyusuli Seoul pada tahun 2023, acara ini diteruskan ke Paris pada tahun 2024, Brooklyn pada tahun 2025 dan kini mendarat di London.
Setiap destinasi telah memberikan identiti yang tersendiri kepada Galaxy Unpacked. Daripada kempen imersif di seluruh bandar hinggalah ke tempat acara yang diilhamkan oleh warisan tempatan, setiap acara telah mencerminkan semangat bandar tuan rumahnya sambil memamerkan inovasi Galaxy yang terkini. Sebelum tumpuan beralih ke London, Samsung Newsroom mengimbas kembali bandar-bandar yang telah mentakrifkan perjalanan Galaxy Unpacked.
GALAXY UNPACKED
- TARIKH: 07.26.23 | DESTINASI: SEOUL | PENERBANGAN: Z FOLD/FLIP5 | CATATAN: TELAH TIBA
- TARIKH: 07.10.24 | DESTINASI: PARIS | PENERBANGAN: Z FOLD/FLIP6 | CATATAN: TELAH TIBA
- TARIKH: 07.09.25 | DESTINASI: BROOKLYN | PENERBANGAN: Z FOLD/FLIP7 | CATATAN: TELAH TIBA
- TARIKH: 07.22.26 | DESTINASI: LONDON | PENERBANGAN: ? | CATATAN: SEDANG NAIK PESAWAT (BOARDING)
Galaxy Unpacked di Seluruh Dunia
Seoul, Paris, Brooklyn dan kini London.
PA pas masuk (BOARDING PASS) / JEMPUTAN
2023 - SEOUL
Jantung Budaya-K (The Heart of K-Culture)
- Seoul, Korea — Rumah bagi inovasi Samsung dan hab budaya global yang bertenaga.
- Galaxy Z Flip5 memperkenalkan FlexWindow, meluaskan pengalaman peranti boleh lipat.
- Nota Foto: Galaxy Unpacked 2023 / N Seoul Tower × Galaxy Unpacked.
- Sertai sisi lipat (Join the flip side).
PA pas masuk (BOARDING PASS) / JEMPUTAN
2024 - PARIS
Tempat Sukan Global Bertemu Inovasi
- Paris, Perancis — Tempat dunia bersatu melalui sukan.
- Samsung mendedahkan Galaxy AI yang dioptimumkan untuk peranti boleh lipat di samping peranti boleh pakai seraru baharu, Galaxy Ring.
- Nota Foto: Pusat Pengalaman Samsung (Samsung Experience Center) di Champs-Élysées / Galaxy Unpacked 2024.
- Galaxy AI kini di sini (Galaxy AI is here).
PA pas masuk (BOARDING PASS) / JEMPUTAN
2025 - BROOKLYN
Hab Kreativiti dan Keperibadian
- Brooklyn, NY — Kanvas yang bertenaga untuk budaya pop dan ekspresi diri.
- Galaxy Z Fold yang paling nipis dan paling ringan setakat ini, Galaxy Z Fold7 mempersembahkan pengalaman 'Ultra' yang imersif dan intuitif.
- Nota Foto: Galaxy Unpacked 2025 / Pusat Pengalaman Galaxy (Galaxy Experience Center).
- Buka Lipatan Ultra (Unfold Ultra).
Selepas Seoul, Paris dan Brooklyn, Galaxy Unpacked menuju ke London.
PA pas masuk (BOARDING PASS) / JEMPUTAN
2026 - LONDON
Hab Budaya Seterusnya
- London, U.K. — Tempat warisan dan inovasi wujud bersama.
- Apakah yang akan didedahkan oleh Samsung seterusnya?
- Jemputan: Galaxy Unpacked CLICK! (2026.07.22 BST).
Sebuah Bentuk Baharu Terbuka (A New Shape Unfolds)
Acara ini akan distrim secara langsung di Samsung.com, Samsung Newsroom dan saluran YouTube Samsung bermula pada 22 Julai, jam 9 malam Waktu Malaysia.