Terkini | New

Blossom Rally Pickleball 2026: Gelanggang Besar Menghimpunkan Suami Isteri, Komuniti Dan Selebriti

Blossom Rally Pickleball 2026: Gelanggang Besar Menghimpunkan Suami Isteri, Komuniti Dan Selebriti


Sukan pickleball semakin menjadi trend terkini masyarakat dengan Blossom Rally Pickleball 2026 berjaya menepati gaya hidup sihat itu apabila menghimpunkan lebih 500 peserta dalam lima kategori pertandingan.


Pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM50,000 berupa wang tunai dan barangan penaja di Tomaz Pickleball Club itu mendapat sambutan hebat khususnya wanita yang mewakili 70 peserta apatah lagi terdapat kategori Berpasukan dan Suami Isteri.

Blossom Rally Pickleball 2026 ini turut menampilkan revolusi yang mengubah wajah sukan tanah air kerana para pesertanya terdiri daripada atlet profesional dan selebriti hingga orang awam sekali gus menjadi acara yang paling gempak dan dinanti-nantikan sepanjang tahun ini.


Acara anjuran Akademi Sang Putra (ASP) yang Penaungnya, Datuk Mirnawan Nawawi bekas kapten hoki negara juga pemain aktif pickleball ini mengangkat tema ‘Platform Sukan Untuk Komuniti’. Tiga lagi kategori yang dipertandingkan dari pagi hingga malam ini ialah Beregu Lelaki, Beregu Wanita, Selebriti dan Penaja. 



Hadiah keseluruhan buat pemenang tiga tempat teratas turut menjadi motivasi besar kepada setiap peserta untuk memberikan aksi yang terbaik dan menonjolkan bakat mereka di gelanggang.



Barisan selebriti dan atlet profesional sukan lain yang hadir memeriahkannya ialah Elfira Loy, Datuk AC Mizal, Cik Manggis, Zahril Adzim, Harris Annuar, Dayah Bakar, Dahlia Rizal, Ayie Floor88, Fify Azmi, Imran Aqil, Atita Haris, Dr. Ahmad Idham, Sharif Zero, Aishah Azman dan Safiq Rahim.


Pengarah Program Blossom Rally Pickleball 2026, Ahmad Zaim Ahmad Taufek berkata, ini kali pertama kami melangsungkannya dan Ahamdulillah, melibatkan lebih 40 selebriti juga satu petanda industri pickleball semakin meluas. Suami Isteri satu kategori yang menarik dengan disertai 40 pasangan atau 80 pemain. Kategori Berpasukan melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki yang menggambarkan wanita lebih giat dalam pickleball. Ada juga kategori gabungan umur 100 tahun, remaja bawah 18 tahun, bawah 35 tahun dan ke atas,” katanya. 



"Ekoran sambutan tersebut, Blossom Rally Pickleball 2.0 pula kata Zaim, mungkin dapat dianjurkan pada hujung tahun ini atau tahun depan. Sejak bertapak di Sarawak pada 2023, pickleball sudah berkembang sehingga angka pemainnya turut bertambah. Tidak seperti bola sepak atau futsal yang satu ketika dulu diminati ramai, pickleball bukan hanya lebih disertai satu jantina lelaki,” katanya. 

Zaim yakin dalam sedikit masa lagi pickleball mampu menembusi peringkat Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma) memandangkan sokongan dan inisiatif pihak sekolah kepada pembabitan para pelajar sekarang. 



KEPUTUSAN JUARA BLOSSOM RALLY PICKLEBALL 2026

Beregu Wanita: Pickle Pulse  (Jaymaine/Sammi Yap)
Selebriti & Penaja (Beregu Campuran): Rahimie-Maisarah (Rahimie Affandie Roslan/Nur Maisarah Mazlan)
Suami & Isteri (Beregu): Dinkasaurs (Lim Xin Yu/Jason Wee Kim Teong)