Terkini | New

Lima cara Emirates membantu pelanggan melancong dengan keyakinan yang lebih tinggi

Lima cara Emirates membantu pelanggan melancong dengan keyakinan yang lebih tinggi

Sorotan Berita:

  • ​Pelanggan yang terbang ke Dubai kini boleh mengubah tarikh perjalanan mereka tanpa had secara percuma bagi sebahagian besar penerbangan Kelas Ekonomi dan Perniagaan.

  • ​Yuran pemulangan wang (refund) untuk penerbangan ke Dubai telah dikurangkan sehingga serendah US$25 untuk penerbangan Flex yang layak.

  • ​Emirates kini menawarkan insurans perjalanan yang merangkumi perbelanjaan perubatan, kecemasan, pembatalan perjalanan, isu bagasi dan perlindungan tambahan berkaitan konflik.

  • ​Sehingga 31 Ogos 2026, ahli Skywards boleh menikmati pengurangan 20% bagi keperluan Batu Status (Tier Miles), 20% bonus Batu Status dan penjimatan Tunai+Batu (Cash+Miles) yang dipertingkatkan.

Daripada pertukaran tarikh percuma hingga insurans perjalanan komprehensif yang pertama dalam industri, Emirates terus memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan, serta keupayaan untuk menyesuaikan pelan perjalanan mereka demi ketenangan fikiran yang lebih mendalam, dari saat tempahan hingga mereka tiba di destinasi.

​Berikut adalah langkah-langkah terkini secara sepintas lalu:

1. Pertukaran tarikh tanpa had secara percuma ke Dubai

Bermula 10 Ogos 2026, pelanggan yang melancong ke Dubai boleh mengubah tarikh perjalanan mereka seberapa banyak kali yang diperlukan, secara percuma, untuk setiap jenis tambang. Pertukaran tanpa had dan percuma ini terpakai daripada tambang Saver hingga ke tambang Flex dalam Kelas Ekonomi, dan untuk tambang Special, Saver serta Flex dalam Kelas Perniagaan.*

Tambang Economy Flex Plus, Premium Economy, Business Flex Plus dan First Class kekal fleksibel sepenuhnya.

2. Pemulangan wang, pada sebahagian kecil kos

Emirates juga telah mengurangkan yuran pemulangan wang secara ketara untuk penerbangan ke Dubai kepada US50 bagi tambang Saver dan US25 bagi tambang Flex dalam Kelas Ekonomi. Dalam Kelas Perniagaan, yuran pemulangan wang adalah US50 untuk tambang Special dan Saver serta US25 untuk tambang Flex.** Bersama-sama dengan pertukaran tarikh percuma tanpa had ke Dubai, langkah terkini ini bermakna pelanggan boleh menyesuaikan atau membatalkan tempahan dengan penalti yang minima, apa jua keadaan mereka.

3. Satu pertukaran tarikh percuma di mana-mana sahaja di seluruh rangkaian

Pelanggan yang melancong ke mana-mana sahaja di dalam rangkaian Emirates menerima satu pertukaran tarikh percuma untuk tiket yang ditempah dari 2 April 2026, termasuk perjalanan yang mempunyai penerbangan sambungan melalui Dubai. Pelanggan juga boleh memegang tambang selama 24 jam tanpa sebarang caj sementara memuktamadkan pelan mereka.*

4. Perlindungan Perjalanan Komprehensif

Perlindungan Perjalanan Komprehensif Emirates ialah produk insurans pertama dalam industri yang merangkumi pelbagai senario, termasuk perlindungan konflik tambahan dengan pembayaran balik perbelanjaan perubatan sehingga US$25,000 dan lanjutan perjalanan percuma sehingga 30 hari. Perlindungan ini tidak terhad oleh nasihat perjalanan pihak kerajaan. Pelanggan juga dilindungi untuk pembatalan perjalanan, kelewatan dan kehilangan bagasi, di samping perbelanjaan perubatan seluruh dunia tanpa had serta pemindahan kecemasan.

​Boleh didapati pada premium yang berpatutan dan di 27 buah negara, perlindungan ini boleh dibeli semasa membuat tempahan di emirates.com atau ditambah pada tempahan sedia ada melalui 'Urus Tempahan' (Manage Booking).

​Sekiranya penerbangan terganggu, Emirates akan menyokong pelanggan yang terjejas secara terus dengan menyediakan penginapan. Di mana penerbangan sambungan seterusnya pada syarikat penerbangan lain terjejas, atau perkhidmatan Emirates tidak tersedia, pelanggan akan ditempah semula ke destinasi mereka tanpa sebarang kos tambahan, termasuk di mana pembatalan disebabkan oleh gangguan ruang udara.

5. Lebih fleksibiliti dan penjimatan untuk ahli Emirates Skywards

Ahli Emirates Skywards boleh mendapat lebih nilai daripada perjalanan mereka, dengan fleksibiliti yang lebih tinggi, lebih banyak peluang untuk meningkatkan status tahap (tier) mereka dan penjimatan tambahan apabila menggunakan Batu (Miles) mereka.

​Sehingga 31 Ogos 2026, ahli boleh mendapat manfaat daripada:

  • ​Pengurangan 20% Batu Status yang diperlukan untuk mencapai status Silver, Gold dan Platinum.

  • ​20% bonus Batu Status bagi penerbangan Emirates dan flydubai.

  • ​Lebih banyak penjimatan dengan Tunai+Batu (Cash+Miles), dengan kadar khas 2,000 Batu = USD30, berbanding kadar biasa USD15, apabila menggunakan Batu untuk penerbangan Emirates atau flydubai, lebihan bagasi, akses ruang legar (lounge) dan pemilhan tempat duduk.

​Untuk maklumat lanjut, layari www.emirates.com.