Rasa Taiwan 3.0 Kembali ke Kuala Lumpur Memperkenalkan Taiwan Taste Lab
Pengembaraan 4 Hari Menelusuri Cita Rasa, Reka Bentuk dan Budaya Kehidupan Seharian Taiwan
Taiwan Taste Lab kembali ke eslite spectrum Kuala Lumpur, menghimpunkan lapan jenama terkenal Taiwan. Bermula dari 28 hingga 31 Ogos 2026 anda akan menikmati pengalaman kebudayaan serta kolaborasi kulinari eksklusif yang mengajak pengunjung meneroka cita rasa, kreativiti dan gaya hidup seharian Taiwan tanpa terbang ke Taiwan.
Dianjurkan oleh Administration of Commerce, Ministry of Economic Affairs (MOEA) Taiwan, dilaksanakan oleh China Productivity Center (CPC) dan dengan kerjasama eslite spectrum Kuala Lumpur, edisi ketiga Taiwan Taste Lab tampil melangkaui konsep pameran produk konvensional.
Tahun ini, pengunjung berpeluang meneroka Taiwan menerusi Taiwan Brand Discovery yang interaktif, menikmati pengalaman minum petang eksklusif Taiwan-Malaysia, mencuba sajian kolaborasi bersama chef edisi terhad di eslite Dining Table, serta menyertai sesi perkongsian kreatif antara pereka dari Taiwan dan Malaysia, semuanya dalam satu acara.

Pengalaman Berbeza Setiap Hari
Berbeza daripada pameran konvensional, Taiwan Taste Lab menawarkan empat pengalaman dengan tema tersendiri sepanjang empat hari.
Jumaat, 28 Ogos (11 pagi) | Pelancaran Media
Kenali individu di sebalik beberapa jenama gaya hidup paling menarik dari Taiwan apabila pengasas dan wakil jenama berkongsi kisah bagaimana bahan-bahan tempatan, kemahiran pertukangan dan budaya membentuk produk yang menerima sambutan hebat di dalam dan luar Taiwan.

Sabtu, 29 Ogos (2 petang) | Taiwan Bertemu Malaysia dalam Sajian Minum Petang Menampilkan jenama seperti jammm, Chosen Tea, Chyuan Fa Honey, Milk17, Pineapple Hill dan UNCLE BEING Grilled Corn, pengalaman ini meneroka bagaimana ramuan dari Taiwan boleh mencetuskan inspirasi baharu dalam sajian minum petang menerusi padanan bahan tempatan dan kolaborasi kreatif.
Ahad, 30 Ogos (1 petang) | Lapan Jenama Taiwan. Satu Menu Eksklusif.
eslite Dining Table mempersembahkan kolaborasi istimewa chef yang dihasilkan oleh seorang chef persendirian dari Malaysia menggunakan produk daripada kesemua lapan jenama Taiwan yang mengambil bahagian. Daripada minuman dan pembuka selera hinggalah hidangan utama dan pencuci mulut, menu istimewa ini menampilkan olahan baharu bahan-bahan Taiwan melalui kreativiti kulinari Malaysia, menawarkan pengalaman menjamu selera merentasi budaya yang unik.
Isnin, 31 Ogos (2 petang) | Bolehkah Budaya Dijadikan Cenderamata?
Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia, jenama gaya hidup Taiwan LAI HAO akan bergabung bersama jenama kreatif Malaysia dalam satu sesi perbincangan mengenai bagaimana memori tempatan, warisan dan budaya kehidupan seharian boleh diterjemahkan menjadi reka bentuk yang bermakna.
Menerusi contoh reka bentuk khusus dari Taiwan dan Malaysia, sesi ini meneroka bagaimana cenderamata boleh menjadi sesuatu yang jauh lebih bernilai, iaitu medium untuk mengekalkan kisah dan identiti sesebuah bandar.
Lapan Jenama, Lapan Cara Menikmati Pengalaman Taiwan
Barisan jenama tahun ini merangkumi makanan, minuman, reka bentuk gaya hidup dan kesejahteraan semula jadi, sekali gus menampilkan kepelbagaian jenama Taiwan moden.
Jenama yang diketengahkan termasuk:
Pineapple Hill - Jenama kek nanas ikonik Taiwan yang terkenal kerana mengolah nanas tempatan menjadi buah tangan premium melalui amalan pertanian mampan dan reka bentuk yang teliti.
Chosen Tea - Jenama teh moden yang memperkenalkan teh Taiwan kepada generasi baharu. Menampilkan koleksi Cat Blessing Tea yang popular serta teh Taiwan yang pernah memenangi anugerah.
LAI HAO Taiwan Gift Shop - Dimulakan pada 2014, jenama ini bekerjasama dengan lebih 100 pereka dan jenama Taiwan untuk membawa budaya kreatif Taiwan ke dalam kehidupan seharian.
jammm - Pemenang Pingat Emas di World Marmalade Awards pada 2025 dan 2026, membawa hasil sitrus premium Taiwan ke pentas global.
UNCLE BEING Grilled Corn - Antara jenama pasar malam paling popular di Taiwan, terkenal dengan jagung panggang arang dan sos istimewanya
Mom's Dry Noodles - Berasal dari Guanmiao, Tainan, dan menggunakan kaedah pengeringan tradisional di bawah cahaya matahari selama lapan jam. Pemenang World's Best Instant Noodles 2023.
Chyuan Fa Honey - Jenama madu yang mempunyai warisan lebih 100 tahun. Turut menawarkan madu hutan yang diperakui HALAL untuk pasaran Malaysia.
Milk17 - Jenama bakeri berusia 30 tahun dari Kaohsiung, terkenal dengan milk sticks istimewanya yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan dari Taiwan.
Cara Berbeza Meneroka Taiwan
Bukan sekadar mengunjungi reruai, pengunjung digalakkan mendapatkan Taiwan Brand Guide dan meneroka lapan jenama Taiwan terpilih menerusi sesi merasa, perkongsian cerita dan pengalaman.
Selepas mengunjungi kesemua lapan jenama, pengunjung boleh memperibadikan beg tote edisi terhad menggunakan pelekat heat-transfer eksklusif berinspirasikan Taiwan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.
Menu Sajian eslite Dining Table
Sesi eslite Dining Table mempersembahkan kolaborasi istimewa chef yang dihasilkan oleh seorang chef persendirian dari Malaysia menggunakan produk daripada kesemua lapan jenama Taiwan yang mengambil bahagian.

Minuman Teh Serai & Nanas sebagai pembuka selera bersama Jagung Bakar. buah tomato ceri dan keju, disempurnakan dengan limpahan jem buah JAMMM serta taburan sayuran yang memikat selera.
Mie Pedas Estetik Taiwan-Malaysia, Mi Mom’s yang diuli mesra bersama sos pedas dihidangkan timun dan daging ayam rangup.
Nasi Haruman Teh Taiwan
Nasi beraroma wangi yang diserap halus dengan keharuman teh asli Taiwan, dipadankan sempurna bersama cita rasa semulajadi.
Kek Nanas Kaya Istimewa
Kek nanas tradisional yang disalut mewah dengan kaya khas Malaysia, lalu ditabur serbuk biskut rangup untuk tekstur yang lebih memuaskan.
Kini memasuki edisi ketiga, Taiwan Taste Lab terus berkembang melangkaui sekadar platform memperkenalkan jenama kepada sebuah pengalaman kebudayaan yang imersif. Dengan menggabungkan aktiviti interaktif, kolaborasi merentasi budaya, pengalaman kulinari dan penceritaan, acara ini menawarkan perspektif baharu kepada masyarakat Malaysia tentang Taiwan.