Terkini | New

Sprite Chill Kini Eksklusif di 7-Eleven Malaysia dengan Sensasi Lemon-Limau Nipis dan Pudina yang baru

Sprite Chill Kini Eksklusif di 7-Eleven Malaysia dengan Sensasi Lemon-Limau Nipis dan Pudina yang baru

Varian baharu Sprite menggabungkan rasa lemon-limau ikonik dengan sensasi pudina yang menyejukkan untuk pengalaman minuman yang segar, berbeza dan mudah didapati di seluruh negara


Sprite memperkenalkan Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina, inovasi terbaharu yang menggabungkan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite dengan sensasi pudina yang menyegarkan. Ditawarkan secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven Malaysia seluruh negara mulai 1 Ogos 2026, varian baharu ini membawakan pengalaman rasa yang lebih dingin, lebih segar dan penuh kejutan dalam setiap tegukan.

​Bagi meraikan pelancarannya, Sprite telah mengubah 7-Eleven Flagship Store di Bandar Puteri Puchong menjadi ruang pengalaman Sprite Chill yang imersif, memberi peluang kepada ahli media, pencipta kandungan dan para tetamu untuk menjadi antara yang pertama menikmati sendiri sensasi kesegaran baharu ini. Berinspirasikan gabungan rasa yang sudah dikenali dengan sentuhan yang tidak dijangka, Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina, mengekalkan kesegaran lemon-limau nipis yang menjadi identiti jenama Sprite sambil memperkenalkan sensasi pudina yang menyejukkan untuk pengalaman yang lebih unik dan menyegarkan.

​Sepanjang acara, para tetamu berpeluang menikmati kesegaran Sprite Chill menerusi pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi mencuba produk dengan padanan makanan pedas, permainan bertemakan perisa, aktiviti bergambar menarik dan pengalaman jenama yang direka khas. Aktiviti ini menyerlahkan bagaimana sensasi pudina yang menyejukkan melengkapi rasa lemon-limau nipis Sprite, menjadikannya pilihan yang menyegarkan untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Ketersediaan eksklusif di 7-Eleven Malaysia turut memudahkan pengguna mendapatkan inovasi terbaharu Sprite di salah satu rangkaian runcit paling mudah diakses di negara ini. Kerjasama ini mencerminkan komitmen Sprite untuk terus membawakan inovasi minuman yang segar, relevan dan selari dengan gaya hidup pengguna masa kini.

Chrystian Lim, Pengarah Pemasaran, Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Myanmar:

“Kesegaran sentiasa menjadi identiti Sprite, dan Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina memberikan sentuhan baharu kepada rasa ikonik yang sudah lama digemari pengguna. Dengan menggabungkan rasa lemon-limau ikonik Sprite dengan sensasi pudina yang menyegarkan, kami menawarkan kelainan yang memberikan dimensi baharu kepada rasa Sprite yang dikenali dan digemari ramai. Melalui kerjasama eksklusif dengan 7-Eleven Malaysia, sentuhan kesegaran baharu ini kini mudah didapati di seluruh negara.”


Wee Li Ying, Ketua Pegawai Komersial, 7-Eleven Malaysia:

“Di 7-Eleven Malaysia, kami sentiasa berusaha menawarkan produk baharu yang menarik dan relevan untuk para pelanggan kami. Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina membawakan pengalaman rasa yang segar dan unik, dan kami berbesar hati menjadi rakan runcit eksklusif yang memperkenalkan inovasi ini kepada seluruh negara.”

​Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina kini boleh didapati secara eksklusif di kedai 7-Eleven Malaysia di seluruh negara, sementara stok masih ada.