Terkini | New

AS Watson Catat Pertumbuhan Kesihatan Global 10% Diterajui Oleh Lebih 3,300 Ahli Farmasi Memajukan Penjagaan Kesihatan Pencegahan di Seluruh Dunia

AS Watson Catat Pertumbuhan Kesihatan Global 10% Diterajui Oleh Lebih 3,300 Ahli Farmasi Memajukan Penjagaan Kesihatan Pencegahan di Seluruh Dunia


Sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia, AS Watson meraikan sumbangan lebih 3,300 ahli farmasi dan hampir 10,000 profesional kesihatan yang membantu pelanggan mengurus kesihatan dan kesejahteraan mereka secara proaktif setiap hari menerusi rangkaian lebih 1,770 farmasinya di seluruh dunia.

​Didorong oleh minat pelanggan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan dan penjagaan kendiri, AS Watson mencatatkan pertumbuhan sebanyak 10% dalam jualan kesihatan global berbanding tahun sebelumnya, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang menyokong kesejahteraan keseluruhan serta gaya hidup yang lebih sihat.

​Peter Macnab, Pengarah Komersial Antarabangsa AS Watson, berkata, “Memandangkan penjagaan kesihatan terus berkembang daripada rawatan kepada pencegahan, AS Watson menyokong pelanggan dengan nasihat profesional yang dipercayai, serta penyelesaian penjagaan kesihatan O+O (Luar Talian berasaskan Dalam Talian) yang dikhususkan dan inovatif. Kami dengan bangganya mengiktiraf ahli farmasi dan profesional kesihatan kami yang kepakaran serta dedikasinya membawa perubahan bermakna kepada kesihatan pelanggan dan komuniti setiap hari.”


​Watsons Malaysia memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan pencegahan, disokong oleh lebih 300 ahli farmasi dan penasihat kesihatan yang membantu pelanggan memahami kesihatan mereka, mendapatkan nasihat profesional, dan mengurus kesejahteraan mereka secara proaktif.

​Inisiatif yang dijalankan termasuk program pengurusan berat badan yang diterajui oleh ahli farmasi, ujian HbA1c di cawangan terpilih, serta ujian kolesterol dan glukosa percuma. Perkhidmatan ini menyediakan maklumat kesihatan dan bimbingan kepada pelanggan untuk menyokong kesejahteraan mereka.

​“Ahli farmasi selalunya merupakan titik rujukan pertama bagi soalan kesihatan pelanggan kami. Di Watsons Malaysia, kami berusaha untuk menjadikan interaksi harian ini lebih bermakna dengan menyokong pengurusan berat badan, memantau indikator kesihatan, dan menggalakkan langkah-langkah ke arah kesejahteraan yang lebih baik. Saya bangga dengan ahli farmasi dan penasihat kesihatan kami atas dedikasi mereka, dan kami akan terus menyediakan mereka dengan pengetahuan serta alatan yang diperlukan untuk berkhidmat kepada komuniti kami,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson, dan Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International.

​AS Watson Memperkenalkan Penyelidikan Kesihatan Global

Bagi memahami dengan lebih baik tingkah laku kesihatan pelanggan yang kian berkembang, AS Watson telah memperlihatkan dapatan daripada Penyelidikan Kesihatan Globalnya. Penyelidikan ini dijalankan oleh WISE, bahagian wawasan pengalaman pelanggannya, dalam kalangan lebih 11,000 responden di 10 pasaran sekitar Eropah dan Asia.

​Kajian tersebut mendapati bahawa masalah kesihatan (43%) merupakan pemacu utama pengambilan produk kesihatan, manakala nasihat profesional (41%) daripada pakar penjagaan kesihatan kekal menjadi pengaruh utama di samping syor daripada keluarga dan rakan-rakan (32%).

​Pelanggan semakin banyak mengguna pakai pendekatan luar talian dan dalam talian untuk membuat penyelidikan produk, iaitu menggabungkan penyelidikan dalam talian (82%), konsultasi profesional kesihatan (49%), dan penerokaan produk di dalam kedai (44%). Apabila membuat keputusan pembelian, mereka mempertimbangkan harga dan promosi (56%), kepercayaan terhadap jenama (48%), serta faedah produk (45%).

​Dapatan ini menyerlahkan peranan ahli farmasi yang semakin penting dalam penjagaan kesihatan pencegahan, membantu pelanggan membuat keputusan kesihatan yang termaklum menerusi nasihat dan bimbingan profesional yang dipercayai.

​Peter menyimpulkan, "Masa depan penjagaan kesihatan semakin tertumpu kepada pencegahan, dikhususkan mengikut individu, dan mudah dicapai. Dengan menggabungkan kepakaran yang dipercayai, penjagaan yang dikhususkan, serta inovasi O+O, AS Watson sedang membina ekosistem penjagaan kesihatan yang membantu orang ramai mengawal kesihatan mereka dengan yakin. Hasrat kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan pencegahan lebih mudah dicapai dan relevan bagi setiap pelanggan, sekali gus membantu mewujudkan kehidupan dan komuniti yang lebih sihat di seluruh dunia."


​Sumber: Penyelidikan Kesihatan Global AS Watson 2026

​