Terkini | New

Pelancaran GGR Motor X Ajak Perkukuh Rangkaian Motosikal EV GGR di Johor

Pelancaran GGR Motor X Ajak Perkukuh Rangkaian Motosikal EV GGR di Johor


Sejarah terus tercipta apabila GGR memperkukuh kehadirannya dalam pasaran motosikal elektrik di Johor menerusi pelancaran GGR Motor X Ajak di Taman Nusa Bestari, sekali gus memperluas akses masyarakat kepada model LION G1.

Pelancaran ini mengetengahkan kerjasama GGR dengan artis tempatan, Mohamad Hanaffi  Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, yang menerajui GGR Motor X Ajak, selaku Pengarah Cawangan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YB Datuk Haji Pandak Ahmad, mewakili Menteri Besar Johor.


Pengarah Urusan Kumpulan GGR, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pelancaran itu menyusuli pencapaian jualan lebih 10,000 unit LION G1 dalam tempoh sembilan bulan sejak model berkenaan dilancarkan.

“Dalam tempoh sembilan bulan, GGR telah berjaya menjual lebih 10,000 unit LION G1. Pencapaian ini mencerminkan penerimaan pengguna terhadap motosikal elektrik serta kepercayaan mereka kepada produk yang kami tawarkan,” katanya.

Menurutnya, GGR kini mempunyai 19 pengedar di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mengenali dan mendapatkan motosikal elektrik LION G1 berserta aksesori eksklusif keluaran GGR Motor. 

“Pengembangan rangkaian pengedar penting supaya pengguna mempunyai lokasi yang mudah dikunjungi untuk melihat motosikal, mendapatkan penerangan dan membuat pilihan mengikut keperluan mereka. Kerjasama bersama artis tempatan menerusi GGR MOTOR X AJAK, GGR X JOHAN dan GGR X FARID KAMIL pula membuka ruang untuk kami memperkenalkan jenama GGR kepada khalayak lebih luas. Sasaran kita selepas ini antara 20,000 hingga 30,000 dapat dijual. Menerusi cawangan sedia ada akan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapatkan motosikal elektrik Lion G1 berserta aksesori eksklusif keluaran GGR Motor," katanya. 


Muhammad Musaddiq berkata, penglibatan rakan kerjasama tempatan turut membantu menyampaikan maklumat mengenai motosikal elektrik dengan pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat.

“Kami mahu lebih ramai pengguna mengenali pilihan mobiliti elektrik dan memahami ciri produk sebelum membuat keputusan pembelian. Rangkaian pengedar menjadi penghubung penting antara GGR dengan pengguna,” katanya. 

Tambahnya lagi, GGR Motor kini menyasarkan membuka 50 cawangan baharu di seluruh negara sehingga hujung tahun ini dalam memperkukuh kehadirannya dalam pasaran motosikal elektrik (EV).

"Sasaran baharu kami adalah di Negeri Sembilan dan Sarawak iaitu negeri yang masih belum mempunyai cawangan.  Kami menyasarkan pada tahun depan juga 50 atau 100 cawangan baharu dibuka termasuk mewujudkan pengedar-pengedar baharu. Kita lihat tempat yang masih belum ada lagi kedai EV. Kita nak sasarkan keadaan selepas jualan, kalau kita jual motosikal sahaja tanpa ambil kira faktor selepas jualan, jualan dan pasaran EV selepas itu boleh merudum,” katanya.

Muhammad Musaddiq berkata. penjualan EV bermakna GGR Motor  menjual gaya hidup terutama untuk anak muda masa kini. 

"Selepas ini kami sasarkan cawangan baharu seperti di Shah Alam, Selangor dan Langkawi terutama yang mempunyai kawasan pelancongan kerana sesuai digunakan.Ia kerana EV tidak memerlukan bahan bakar, selain kos penyelenggaraan amat menjimatkan selain harganya berpatutan serta mampu milik. 

Bagi Ajak pula, penglibatannya sebagai Pengarah Cawangan GGR Motor X Ajak memberi peluang untuk beliau mendekati masyarakat Johor dalam bidang mobiliti elektrik.

“Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk memperkenalkan LION G1 dengan lebih dekat kepada orang ramai, khususnya penduduk Iskandar Puteri dan kawasan sekitarnya.

“Kami mahu orang ramai selesa datang ke bilik pameran, melihat sendiri motosikal dan bertanya mengenai ciri serta penggunaannya.  Apabila mendapat penerangan yang jelas, mereka boleh menilai kesesuaiannya dengan rutin harian,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat dan komuniti kenderaan elektrik ke GGR Motor X Ajak untuk mengenali model berkenaan.

"Harapan saya, cawangan ini dapat membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan menjadi antara lokasi rujukan masyarakat setempat untuk mengenali motosikal elektrik GGR,” katanya. 

LION G1 dilengkapi motor hab berkuasa 3,000 watt, tork 140Nm dan bateri 72V 32Ah, dengan kelajuan maksimum 70 kilometer sejam. Model ini ditawarkan pada harga atas jalan RM4,454 bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak RM5,954 termasuk cukai jalan dan insurans.

Program pelancaran yang berlangsung meriah dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang turut merangkumi lawatan ke bilik pameran, sidang media, jamuan makan tengah hari, persembahan serta sesi ramah mesra bersama komuniti EV Johor.

Turut diadakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir menerusi pembelian baju eksklusif GGR MOTOR X AJAK dan sweatshirt dengan hadiah utamanya ialah sebuah motosikal LION G1. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai GGR Motor X Ajak dengan menghubungi 012-304 8479 atau mengunjungi bilik pameran di No. 21, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 79150 Iskandar Puteri, Johor.