Terkini | New

PEMBUKAAN WATSONS TERBESAR DI MALAYSIA CAWANGAN KE-888 SERTA MERAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PEMBUKAAN WATSONS TERBESAR DI MALAYSIA CAWANGAN KE-888 SERTA MERAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

​Dengan keluasan melebihi 18,000 kaki persegi, kedai utama ini diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai Kedai Runcit Kesihatan dan Kecantikan Terbesar, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi pengalaman peruncitan melalui perkhidmatan inovatif dan destinasi gaya hidup yang melangkaui aktiviti membeli-belah.


Watsons Malaysia meraikan detik bersejarah dengan pembukaan Watsons Plus terbesar di negara ini. Terletak di Isetan Lot 10, Bukit Bintang, Watsons Plus menawarkan pengalaman membeli-belah yang paling menyeluruh. Berlokasi strategik di sepanjang Bintang Walk yang ikonik di Kuala Lumpur, kedai ini menandakan pembukaan cawangan Watsons ke-888 di Malaysia dan memperkenalkan era baharu dalam peruncitan kesihatan, kecantikan dan gaya hidup.


​Dengan keluasan lebih 18,000 kaki persegi, Watsons Plus bukan sahaja kedai Watsons terbesar di Malaysia, malah antara yang terawal di dunia memperkenalkan konsep baharu ini. Gedung utama ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Kedai Runcit Kesihatan dan Kecantikan Terbesar, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Watsons menerajui inovasi dan kecemerlangan dalam peruncitan. Direka sebagai destinasi yang melangkaui peruncitan tradisional, Watsons Plus menghimpunkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan, kategori gaya hidup eksklusif, perkhidmatan peribadi, pengalaman interaktif serta ruang mesra keluarga di bawah satu bumbung.


​“Sejak membuka cawangan pertama kami di Johor Bahru pada tahun 1994, Watsons Malaysia telah berkembang kepada 888 cawangan di seluruh negara, mencerminkan komitmen berterusan kami untuk berkembang seiring dengan perubahan keperluan dan aspirasi pelanggan. Selama lebih 32 tahun, kami terus komited untuk membantu pelanggan ‘Look Good, Do Good, Feel Great’ dengan menjadikan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan lebih mudah diakses, relevan dan menyeronokkan dalam kehidupan seharian mereka. Pembukaan Watsons Plus yang pertama di dunia menandakan satu pencapaian baharu yang mengujakan dalam perjalanan kami. Lebih daripada sekadar gedung terbesar kami di Malaysia, Watsons Plus ialah langkah berani dalam membentuk masa depan peruncitan dengan menggabungkan inovasi, pemperibadian, penerokaan serta pengalaman luar talian dan dalam talian (O+O) yang lancar, sekali gus mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih menarik, memberi inspirasi dan bermakna,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, merangkap Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International.


​Sempena ulang tahun ke-185 AS Watson Group pada tahun ini, kedai Watsons Plus ini mencerminkan usaha merealisasikan visi inovasi dan peruncitan berteraskan pelanggan di Malaysia, sambil menawarkan pengalaman baharu yang lebih istimewa untuk pelanggan meneroka, membeli-belah dan berinteraksi dengan Watsons.


​Majlis pelancaran ini menghimpunkan Dr. Malina Ngai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AS Watson Group; Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, yang juga Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International; wakil Isetan dan ZUS COFFEE; rakan niaga; Duta Watsons Ayda Jebat, Phei Yong dan Mekyun; Watsons Celebrity Friends; serta ahli Watsons Club. Para tetamu berpeluang merasai sendiri pengalaman di kedai berkonsep baharu ini dengan meneroka rangkaian produk kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup yang menyeluruh, ciri peruncitan inovatif serta pengalaman interaktif yang direka untuk mentakrifkan semula masa depan membeli-belah.

​Kedai Watsons Plus ini mentakrifkan semula pengalaman peruncitan tradisional dengan mewujudkan persekitaran yang luas dan menarik sebagai sebuah destinasi yang menggalakkan pelanggan meneroka, menemui, mencuba serta menikmati pengalaman mengikut keselesaan masing-masing. Berinspirasikan kekayaan warisan budaya Malaysia, elemen reka bentuk batik kontemporari diterapkan di seluruh ruang dalaman, mewujudkan identiti Malaysia yang tersendiri untuk menyambut pelanggan tempatan dan pengunjung antarabangsa.


​Watsons Plus menempatkan lebih 17,000 produk kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup, di samping pilihan konsep baharu yang merangkumi wangian mewah, Beauty Verse yang menampilkan trend terkini J-Beauty, K-Beauty dan C-Beauty, Luxe Skincare, Mask Library dengan pilihan pelitup muka yang meluas, Malaysian Beauty, Slow Aging, solusi Sleep & Calm, K-Health, zon Hair Health dan Hair Experts, zon khas Sustainability, serta ruang Watsons Collection yang diperluaskan.

​Melangkaui kesihatan dan kecantikan, Watsons Plus turut memperluas penawaran runcit gaya hidup dengan pilihan produk yang meraikan budaya, cita rasa dan kepelbagaian serantau Malaysia. Pengalaman Taste of Malaysia mengetengahkan koleksi snek, minuman dan makanan istimewa tempatan yang ikonik, sekali gus memberi peluang kepada pelancong dan pelanggan tempatan menikmati cita rasa autentik Malaysia. Daripada pilihan berasaskan durian dan kelapa hinggalah coklat, biskut, kerepek, aiskrim, produk tenusu, buah-buahan segar serta minuman yang menyegarkan, pengunjung boleh menemui pelbagai cita rasa kegemaran Malaysia di bawah satu bumbung.

​Melengkapkan pengalaman ini ialah destinasi Malaysia Cultural Souvenir, yang menawarkan pelbagai barangan berinspirasikan identiti tempatan, termasuk pakaian, permainan, barangan koleksi, kelengkapan kediaman, produk penjagaan haiwan peliharaan dan aksesori perjalanan. Setiap pilihan mencerminkan kekayaan warisan serta kreativiti negara. Turut ditampilkan ialah ASEAN Snacks Corner, yang memberi peluang kepada pelanggan meneroka snek dan kudapan popular dari seluruh rantau ini. Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Watsons Plus sebagai destinasi untuk penemuan, penerokaan dan pengalaman gaya hidup yang melangkaui aktiviti membeli-belah.


​Pengalaman peruncitan ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperkenalkan buat julung kalinya, termasuk Watsons Club Lounge, ruang eksklusif dengan perkhidmatan ahli yang diperibadikan; kawasan permainan kanak-kanak Fun Zone; Scalp Wash Studio oleh Number76, yang menyediakan cucian kulit kepala dan urutan; perkhidmatan profesional untuk kuku, kening dan bulu mata; imbasan kulit dan kulit kepala; serta Watsons Pharmacy yang dipertingkatkan dengan konsultasi dan perkhidmatan kesihatan. Gabungan ini menjadikannya destinasi peruncitan unik yang menghimpunkan pengalaman membeli-belah, kesejahteraan, gaya hidup dan penerokaan di bawah satu bumbung.


​Menambahkan lagi keistimewaan pengalaman ini ialah kerjasama eksklusif dengan ZUS COFFEE yang membawa konsep kafe khas ke Watsons Plus. Pelanggan boleh menikmati pilihan minuman istimewa, termasuk Iced Strawberry Blue Matcha Latté yang dirumus khas, serta menerima sarung cawan dan pek pelekat eksklusif secara percuma, yang hanya ditawarkan di Watsons Plus, Isetan Lot 10. Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman Watsons Plus di Tingkat G, Pusat Beli-belah Lot 10, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my atau ikuti Watsons Malaysia di media sosial.
​