Terkini | New

Samsung Galaxy A08 Mentakrifkan Semula Kebolehpercayaan Jangka Masa Panjang untuk Rakyat Malaysia

Samsung Galaxy A08 Mentakrifkan Semula Kebolehpercayaan Jangka Masa Panjang untuk Rakyat Malaysia

Sama ada anda sedang menonton kemas kini perlumbaan terkini pada telefon anda, menyaksikan aksi secara langsung dari rumah, atau keluar mengembara pada hujung minggu, telefon pintar anda perlu mampu menandingi gaya hidup harian anda. Samsung Galaxy A08 direka dengan prestasi praktikal, ketahanan harian, dan sokongan perisian jangka panjang untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan peranti mereka dengan lebih baik.

​Daripada debu tayar di acara sukan bermotor luar sehinggalah tumpahan kopi secara tidak sengaja pada waktu pagi yang sibuk, pengembaraan harian boleh menguji telefon pintar anda dengan pelbagai cabaran.

​Galaxy A08 dilengkapi dengan penarafan IP64 untuk ketahanan terhadap habuk dan air, menawarkan perlindungan terhadap habuk dan percikan air tanpa memerlukan sarung pelindung kasar yang tebal. Sama ada anda menonton aksi di luar, menikmati minuman di gerai tepi jalan, atau terjebak dalam gerimis ringan, ia memberikan lapisan ketenangan fikiran untuk kemalangan kecil harian. Walaupun perlindungan IP64 membantu menentang habuk dan percikan air, Galaxy A08 tidak direka untuk tenggelam di dalam air. Menjauhkannya daripada kolam renang dan pendedahan air yang banyak tetap penting.

​Kebolehpercayaan juga bermaksud memiliki telefon yang mampu mengendalikan perkara kecil yang anda lakukan setiap hari. Dikuasakan oleh RAM LPDDR5, Galaxy A08 direka untuk menyampaikan prestasi yang responsif dengan kecekapan kuasa memori yang lebih baik.

​Sama ada anda menstrim liputan perlumbaan, menyemak kemas kini langsung, membalas sembang kumpulan, atau beralih antara aplikasi, Galaxy A08 menyokong keperluan pelbagai tugas (multitasking) harian anda. Dan apabila anda memerlukan sumber memori tambahan, RAM Plus menyediakan sehingga 6GB RAM maya tambahan, bergantung pada konfigurasi peranti dan tetapan yang tersedia, membantu memastikan lebih banyak aplikasi kekal bersedia di latar belakang. Untuk mencari ciri ini, anda hanya perlu menggunakan Carian (Search) pada telefon anda dan cari RAM Plus untuk mengakses tetapan yang tersedia.

​Sebuah telefon pintar mampu milik sepatutnya menawarkan nilai melebihi hari anda membelinya. Itulah sebabnya Galaxy A08 datang dengan sokongan kemas kini sistem pengendalian (OS) dan keselamatan sehingga enam tahun, membantu melanjutkan jangka hayat kegunaannya sambil memastikan perisian dan perlindungan keseluruhannya sentiasa terkini.

​Untuk perlindungan tambahan, Samsung Knox menyediakan keselamatan disokong peranti keras (hardware-backed security) yang direka untuk membantu melindungi peranti anda dan maklumat sensitif. Sama ada anda memindahkan wang melalui aplikasi perbankan, membuat pembayaran e-dompet, atau menguruskan maklumat peribadi, ia menambah lapisan pertahanan penting terhadap ancaman digital. Sudah tentu, keselamatan yang baik juga bergantung pada amalan yang baik. Elakkan memuat turun fail APK daripada sumber yang tidak disahkan, sahkan permintaan pembayaran, dan jangan sekali-kali berkongsi maklumat sensitif dengan pihak yang mencurigakan.

​Daripada mengikuti keghairahan sukan bermotor semasa bergerak sehinggalah menguruskan tugasan harian di rumah, tempat kerja, atau di luar, Samsung Galaxy A08 menggabungkan prestasi praktikal, ketahanan terhadap habuk dan percikan air, serta sokongan perisian jangka panjang dalam satu peranti harian yang boleh diharap.

​Dibina untuk bertahan jauh, Galaxy A08 adalah pilihan praktikal untuk rakyat Malaysia yang mencari nilai berpanjangan tanpa berkompromi dengan keperluan asas.

​Bersedia untuk melihat kebolehan Galaxy A08? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini dan pelan ansuran yang fleksibel.