Recent comments

Terbaru

KOTA MALANG YANG DINGIN

Kusuma Agrowisata

Apple plantation Kusuma Agrowisata terletak di Batu Malang kini telah tarikan pelancong tempatan dan luar negara. kami boleh terus memetik epal sendiri dari pokok yang semestinya segar dari ladang. Masing-masing mengambil dua biji epal setiap orang yang pastinya kami mencari yang besar-besar. Kawasan yang sedikit sejuk ini menjadikan banyak hasil tanaman-tanaman yang berbeza dari kawasan yang lain. Ladang epal di Kota Batu dikelilingi oleh pergunungan sehingga menyajikan pemandangan yang menarik serta udara yang sejuk  dan segar. Di sini kami boleh merasakan suasana tenang sesuai bersama keluarga untuk

melepaskan penat dari kesibukan bekerja dikota. Kusuma Agrowisata Batu juga mempunyai hotel untuk anda bermalam di kawasan yang sejuk iniKalau dah kesini mesti juga melawat kilang air epal yang sangat-sangat popular di Malang. 
website : Kusuma Agrowisata






















Warung Bambu Batu

Kata orang kalau jalan-jalan  ke Kota Wisata Batu rasanya belum lengkap kalau masih belum mencuba makan di  Warung Bambu Batu. Suasananya memang menarik di kelilingi kolam ikan dan suasana pondok buluh yang jarang-jarang terdapat di Malaysia. 


















Terdapat juga kedai kecil menjual makanan dan cenderahati.


Bagi yang belum merasai "WonderfulIndonesia " silalah memilih Malang sebagai destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan nature dan makan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)