Singgahsana Trilogy Tour - 3 Malam Intim Penuh Kasih Sayang
Singgahsana Trilogy Tour - 3 Malam Intim Penuh Kasih Sayang
Suruhanjaya Senyum mempersembahkan Pot Amir's Singgahsana Trilogy Tour.

SINGGAHSANA TRILOGY YOUR merupakan siri persembahan dan minum petang intim yang membawa mesej cinta dan kasih sayang secara positif.
Acara dari cetusan idea Pot Amir, yang juga merupakan anggota kumpulan Innuendo dan Alkaline Radiostar, dan dibantu oleh Taj Innuendo sebagai pengarah projek akan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Liberal Latte, setiap petang membawa tema dan pendekatan yang berbeza.


Pada 1 Ogos , akan diadakan acara SEMOGA PC . Menggunakan pendekatan majlis kenduri dia selamat, acara persembahan dan minum petang ini akan diadakan dengan hidangan makan dalam talam bagi sambil bergembira dan berhibur bersama anak-anak yatim yang diraikan pada petang itu.


2 Ogos pula akan berlangsung acara R&B DATE NITE, sebuah acara persembahan dan makan malam bagi meraikan pasangan suami isteri dengan seleksi lagu-lagu cinta R&B dan hidangan makan malam yang enak.
Hari Terakhir Singgahsana Trilogy Tour akan diadakan acara RATU HI-TEA , sebuah acara persembahan dan minum petang untuk meraikan kaun Ibu. Ahli keluarga boleh membeli meja dan meraikan para Ibu di acara ini dengan persembahan lagu-lagu yang meraikan ibu dan wanita.
.jpg)
Persembahan lagu-lagu di setiap acara akan dinyamyika oleh Pot Amir dan rakan-rakan artis lain seperti Azan , Zain dan Sein dari kumpulan Ruffedge serta Lah Ahmad dengan kumpulan Alkaline Radiostar bertindak sebagai pemuzik pengiring.

Acara ini merupakan semua acara yang mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif dari MyCreative Ventures, Kementerian Komunikasi dan Digital. Bagi Pot Amir sendiri, acara ini adalah usaha menyemarakkan semangat kekeluargaan dan kasih sayang melalui persembahan muzik.
Tempahan untuk ketiga-tiga acara ini boleh dibuat secara dalam talian di LiberalLatte.my dan terhad kepada 90 orang setiap acara bagi memastikan keselesaan dan eksklusiviti acara.