Recent comments

Terbaru

Dapur Jendela

Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore. 

Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.

Jika menuju ke pasar malam atau Bazzar Karat JB boleh la singgah ke Dapur Jendela. Kelihatan banggunan lama yang di jadikan restoran yang unik. Dapur Jendela mempunyai menu-menu kampung dan western yang sedap.

Pintu masuk Dapur Jendela



Memandangkan ramai pelanggan kami menuju ke tinngkat atas restoran ini. Hiasan dalamannya agak sedikit hipster, unik dan penuh dengan pelbagai koleksi barang lama dan antik.







Pelbagai jenis hidangan dari menu kampung hinggakan masakan western. Jika berpeluang cubalah menu-menu mereka seperti Spaghetti Seafood Carbonara ,Spaghetti Bolognese ,Chicken Chop.Nasi Kukus Ayam Goreng,Soto,Lempeng Sambal Ikan Bilis,Bubur Nasi ,Ubi Rebus Sambal Ikan Bilis dan Roti Jala memang sedap .











Antara menu yang popular dan pilihan saya adalah lempeng dan ubi rebus.







Terima kasih menjemput kami mencuba masakan di  Dapur Jendela semoga bertambah maju dan berkembang lagi serta mantap.

DAPUR JENDELA

No 49 Jalan Tan Hiok Knee, 80000 Johor Bahru

Tel : 012-781 3227
Waktu Operasi : 11 pagi - 12 tengah malam

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)