Recent comments

Terbaru

Sand & Sandal Resort & Spa Desaru menceriakan hari anda

Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore. 

Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.

Seterusnya perjalanan kami menuju ke Sand & Sandal Resort & Spa Desaru yang bersebehan dengan pantai yang cantik yang baru beroperasi tidak sampai dua tahun. 

Resort menawarkan suasana sejuk bayu pantai Laut China Selatan dan alam sekitar yang menarik. Lokasi Sand & Sandals Resort & Spa Desaru terletak di tengah daerah Desaru dan uniknya ia mempunyai pantai pasir putih sepanjang 22km.


Sand & Sandals Resort & Spa Desaru menawarkan 208 bilik dan suite yang baru diubahsuai. Bilik berkonsep urban tropika ini mendapat sentuhan moden untuk memberi ketenangan sepanjang anda berada di sini. 
















Kami sempat merasai bilik Premium Deluxe Room with Private Garden lengkap bathtub di luar bilik dan buaian terus mengadap ke swimming pool pintu belakang.
Sand and Sandals Resort & Beach ni telah menerima anugerah World Luxuy Resort 2017 pada Disember lepas. Jadi siap sedialah dari sekarang untuk menempah bilik kesukaan anda nanti.






Memang terbaik dapat manjakan diri massage kaki di Senses Spa. Spa ini berkonsepkan urutan tradisional Bali, Indonesia. Urutan kaki kat outdoor spa yang tenang sambil baring mendengar alunan ombak laut.  Hilang lenguh badan jelajah selatan Johor bersama Borakkkita.com.  





Pelbagai kemudahan seperti gym, jacuzzi, surau, bilik permainan kanak-kanak yang boleh digunakan serta ruang untuk mengadakan mesyuarat dan tempat rehat.



Terdapat juga outdoor adventures seperti merentas denai dengan ATV, paintball , Sea sport centre bermain jet ski, banana boat dan viper.


Terdapat tujuh jenis restoren yang terdapat di sini.
Pelbagai jenis masakan dan hidangan untuk anda cuba dan nikmati. Sempat menikmati pizza besar pada petang hari di Beach Hut Bistro Western Delight Gaint Pizza.
 Memang besar dan sedap sampai habis kami makan ke semuanya.









---------------------------------------------------------------
Snuk Thai Street BBQ 
Sajian Thai 
Thai Combo Set

Tapi kali ini kita akan merasai kesedapan di Snuk Thai Street BBQ. Hidangan Thai yang ditawarkan di sini menarik dan kesemua bahan-bahan mentah seperti rempah ratus yang tiada di Malaysia untuk sesuatu hidangan itu, diimport terus dari negara Thailand. 

Pastikan anda teruja datang ke sini seperti berada di Thailand. Cuma bersebelahan dengan hotel dengan menu masakan Thai yang memang terangkat, sedap dan menawan hati. 





Hujung minggu  boleh siap-siap ke Sand  Sandals Resort & Spa Desaru Johor bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pasti berbaloi merasai dan menikmati makan malam di sini.

Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Johor
Lot 2263, jalan desaru, 81930 bandar penawar, johor
No telefon : 07-822 2222 / 07-822 2223

Facebook : Sand & Sandals Desaru Beach Resort & SpaInstagram : @sandandsandals

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)