Recent comments

Terbaru

GRAND ION DELEMAN HOTEL, GENTING HIGHLANDS DINGIN DAN SEJUK


Pengembaraan kami ke Negeri Pahang bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Genting Highlands. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Grand Ion Delemen Hotel terletak di Genting Highlands berada di kawasan tanah tinggi yang sejuk jauh dari kesibukkan kota untuk anda nikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. 












Hotel Grand Ion Delemen mempunya konsep yang menarik di mana suite-suite direka dengan seni lima elemen "Feng Shui" iaitu air, api, bumi, kayu dan logam. Ini mewujudkan keseimbangan antara persekitaran sekitar di kawasan ini.



Kawasan lobby dan tempat menunggu yang luas yang cantik sesuai untuk meminat photo bagi para instagram. Sambil itu nikmati la gambar-gambar di seliling kawasan Grand Ion Delemen Hotel ini.


Ruang Lobby dan Cafe yang besar.

Beanz Cafe



The Sompoton Spa
Urutan dan manjakan diri di sini setelah penat melakukan aktiviti lasak atau penat berjalan-jalan.


Banggunan yang besar ini memiliki 632 bilik hotel bagi menampung theme park terbaru yang akan siap tak lama lagi. Grand Ion Delemen Hotel menawarkan 4 jenis suite untuk anda. Pasti anda akan selesa menikmati kemudahan dan keindahan selama menginap di sini.


Ini adalah kolam hiasan bukan kolam mandi.

Kawasan sekitar untuk menuju ke bilik hotel agak menarik tapi tunggu dahulu hingga anda lihat kawasan swimning pool. Sedikit video bilik semasa kami menginap.












Bilik sememangnya amat cantik dan selesa dan paling menarik adalah view panorama yang gunung yang sejuk dan mendamaikan.

Kolam mandi yang cukup besar ini akan membuatkan anda teruja dengan air yang warm dan tidak terlalu sejuk memandangkan ia berada di kawasan tanah tinggi.





Anda boleh menyewa pakaian dan pelampung di sini dankawasan ini di jaga oleh guard yang turut membantu. Kawasan yang besar ini boleh menampung ramai pengunjung.




Kawasan mandi kanak-kanak yang menarik bersama pancutan air dari atas dan belah tepi. Jika kesini pastikan membawa baju mandi yang sesuai.





Tandas dan bilik persalinan.

Kami sempat dibawa tour untuk melihat suite dan kemudahan yang ada di sini. Terdapat 3 jenis suite yang berbeza suite Satu Bilik Tidur, suite dua bilik tidur dan suite tiga bilik tidur. Setiap suite dilengkapi dengan dapur kecil dan ruang makan.











Fasiliti dan kemudahan melakukan seminar dan bilik-bilik meeting yang besar dan menarik.






Kasawan sekitar yang anda boleh lakukan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga. Apa yang menarik staff di sini terbaik melakukan kerja mereka.





Bagi yang ingin berkunjung dan merasai suasana yang sejuk dan menikmati pemandangan yang menarik. Saya sarankan anda menginap di sini jika ke Genting Highlands.

Grand Ion Delemen Hotel
Alamat: Jalan Ion Delemen 1, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, 69000, Malaysia
 +603 6433 2200
https://www.facebook.com/iondelemenhotels

Pelbagai kawasan pelancongan terdapat di sana untuk anda kunjungi termasuk la Pusat membeli belah dan theme park yang hampir siap tak lama lagi.





No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)