Aeydan Icon Utama Kursus Mutawwif Membangun Mutawwif Berjiwa dan Berwibawa.
Aeydan Icon Utama Kursus Mutawwif Membangun Mutawwif Berjiwa dan Berwibawa.
Banyak kelebihannya kami pilih Aeydan jadi Ikon Mutawwif kerana kami ingin menarik lebih ramai golongan muda untuk menjadi mutawwif. Kami pilih Aeydan kerana mereka sudah biasa buat persembahan di khalayak ramai jadi percakapan mereka cukup teratur.


“Baru saja umum nak ambik Aeydan sebagai ikon mutawwif kami dah ada tempahan satu bas seramai 40 orang inginkan Aeydan sebagai mutawwif mereka. Sebanyak dua bas adalah latihan akhir untuk Aeydan dan peserta kursus lain yang akan menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah pada 6 hingga 16 November nanti.


“Kami tertarik dengan Aeydan sebab mereka muda, selain menyanyi mereka juga mempunyai aura. Macam mutawwif lain hanya bercerita mengenai sirah, sedangkan Aeydan nanti mereka boleh menyanyi, qasidah, selawat dan zikir sepanjang perjalanan,” kata Haji Nasri tenaga pengajar The Mahabbah yang turut ditemani Ust Hj Ghazali Ketua Mutawwif dan Hjh Farah Pengurus Tenaga Pengajar MMM.


Pelantikan Kumpulan Aeydan sebagai Ikon Kursus Mutawwif, Mahabbah Mutawwif Masterclass (MMM) adalah simbolik kepada usaha berterusan kami dalam melahirkan barisan mutawwif muda yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga memiliki jiwa yang mampu menyantuni dan menyentuh hati para jemaah tetamu Allah SWT.



Kursus ini tidak hanya tertumpu kepada latihan teknikal seperti pelaksanaan tawaf, saie dan rukun-rukun umrah semata-mata. Lebih daripada itu, ia memfokuskan kepada pembinaan pengisian rohani, akhlak, dan jiwa mutawwif supaya setiap pengalaman ibadah bersama mereka menjadi sesuatu yang mengubah kehidupan jemaah, bukan sekadar satu perjalanan fizikal.




Ramai yang pergi, tetapi tidak semua pulang dengan perubahan. Di sinilah letaknya peranan besar seorang mutawwif. Itinerari mungkin sama, tetapi pengisian dan sentuhan hati itu datang daripada siapa yang membimbing. Dengan kehadiran ikon muda seperti Aeydan, kami berharap dapat menyuntik semangat baru kepada generasi pelapis, memperkukuh pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan realiti jemaah masa kini, tanpa mengabaikan nilai-nilai murni tanah haram yang suci.



Cabaran mutawwif masa kini bukan hanya dari sudut logistik, tetapi lebih kepada memahami perangai dan keperluan jemaah yang pelbagai. Mutawwif yang benar-benar memahami bahawa setiap jemaah adalah tetamu Allah akan lebih berhati-hati dalam layanan, tutur kata, dan menjaga adab di tanah haram di mana setiap perbuatan membawa kesan yang besar. Kami percaya bahawa setiap insan dilahirkan dalam fitrah yang baik, dan melalui kursus ini, kami akan bimbing bukan hanya teknik, tetapi niat dan roh khidmat seorang mutawwif yang sebenar. Dengan pelantikan ini, kami yakin Aeydan dapat menjadi inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk tampil menyumbang kepada ummah, dalam bidang yang penuh barakah ini.

.jpg)
Aeydan merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada lima anak muda berbakat besar iaitu Ilham, Izwan, Farhan, Haikal dan Fardeen. Kesemua ahli Aeydan adalah anak-anak ahli kumpulan nasyid Rabbani. Aeydan adalah satu nama yang mempunyai auranya tersendiri dan dalam bahasa Greek atau latin sebutannya Eden iaitu bermaksud satu tempat yang cantik dan indah.
Vokalis utama Aeydan, Muhammad Ilham Fikri adalah anak keempat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim iaitu figura ikonik yang menjadi pelopor seni nasyid tanah air.




Aeydan baru sahaja melancarkan lagu kedua mereka berjudul “Purnama”, ciptaan Hafiz Hamidun lirik, Ito Lara, selepas kejayaan single pertama, “Bintang” , Purnama berkisarkan sebuah karya agung yang mengangkat tema cinta sejati terhadap Baginda Rasulullah SAW pula. Kami juga tengah merancang untuk menerbitkan zikir, selawat, dan lagu-lagu berunsur spiritual dengan pendekatan moden, termasuk kemungkinan menerbitkan lagu rap bertemakan mahabbah. Kami kena ikut peredaran, tetapi kekal dengan nilai. Kami masih baru dan sedang mencari identiti sendiri. Sebab itu kami belum keluarkan album penuh, tapi InsyaAllah, jika ada rezeki, ia akan datang juga.”
Aeydan yang ditubuhkan sejak tahun 2021 merupakan generasi Rabbani yang membawakan genre world music dan lagu-lagu kerohanian berharmoni. Kumpulan ini membawa nafas baharu kepada genre nasyid dengan pendekatan muzik yang moden, harmoni dan sarat dengan mesej kerohanian. Aeydan tidak hanya menonjolkan bakat vokal, tetapi juga kesungguhan untuk membawa mesej dakwah melalui seni muzik kepada generasi muda. Oleh itu tidak hairanlah kumpulan anak muda ini menjadi pilihan Mahabbah untuk menyunting mereka menjadi Ikon Mutawwif Mahabbah.


Kumpulan nasyid muda, Aeydan, meluahkan rasa syukur dan penuh haru atas pelantikan mereka sebagai Duta Kursus Mutawwif. yang juga membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni dan rohani mereka. Mereka akan menyertai misi sulung sebagai mutawwif dari 6 hingga 16 November ini, dan menjadikan pengalaman itu sebagai titik perubahan bukan sahaja dalam karier, tetapi juga kehidupan.


Setiap anggota kumpulan Aeydan turut aktif dalam perniagaan masing-masing, dan kini menyusun langkah untuk memberi lebih fokus kepada peranan sebagai mutawwif. Ini termasuk banyak berbincang dengan keluarga dan individu berpengalaman mengenai cabaran serta hikmah dalam tugas membawa jemaah umrah.
Mereka menyeru para peminat dan masyarakat untuk terus mendoakan dan menyokong usaha ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi The Mahabbah HQ 0111- 6996 3695 atau laman sosial mereka di The Mahabbah