Recent comments

Terbaru

PARAGLIDING PUNCAK GUNUNG JERAI

Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Sukan lasak dan aktiviti luncur aingin makin popular jadi tidak hairanlah aktiviti ini popular di Kedah yang mempunyai gunung yang tinggi sesuai untuk meluncur. 



Antara rakan yang sempat menikmati aktiviti paragliding ini memang sangat mengujakan dan gembira sekali.
Tidak kesemuanya berpengalaman membawa peserta cuba pelatih yang berlesen membawa penumpang sahaja yang di benarkan. peralatan yang di gunakan pun lain dari yang perseorangan.








Antara kami yang menikmati pemandangan indah sawah padi dan laut di bawah sambil berborak santai.



Nikmati video perjalanan kami yang di ambil oleh Eddy rush. Mungkin anda ke sini suatu hari nanti. 







Kami tidak berkesempatan untuk naik tapi  ingin turut serta membantu yang lain yang ingin terbang ke udara.





Pemandangan menarik dari tempat landasan paragliding juga menarik dan indah. Suasana sejuk dan angin menjadikan ia lebih nyaman. Bendang sawah padi yang tiada penghujungnya juga sejuk mata memandang. Jom ke sini!

Pakej Paragliding Gunung Jerai
Gunung Jerai Paragliding Park menawarkan pakej RM 250 termasuk Gopro untuk rakaman semasa di udara dan pengangkutan naik ke take off. anda boleh menempah dengan membayar deposit RM 100 sahaja. 

Pertanyaan dan Tempahan : 
012-8151596/ 017-5511154
 Gunung Jerai Paragliding Park Official


Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.

Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam  yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)