Recent comments

Terbaru

HOTEL DE ART USJ 21 BERWARNA-WARNI.

Hujung minggu ni bersama 
TRAVELOGUE MALAYSIA SELANGOR akan menginap di HOTEL DE ART USJ 21. Mata terus teruja melihat di sebalik pusat membeli belah ini terdapat Hotel yang di penuhi dengan lukisan berwarna-warni.



Sebelum meneruskan masuk kami anda boleh saksikan sediri video live yang sempat kami rakamkan bagi sesiapa yang ingin turut menginap di sini.


Lokasi Hotel de Art Subang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lrt USJ21 sememangnya kawasan yang menarik.

Main Place USJ pula cuma 5 minit berjalan kaki dan anda boleh bershopping sakan dan mencari makan-makanan yang menarik.





Melihat lobi hotel yang indah ini tak hairanlah ia menjadi tumpuan pengunjung dan menjadi idaman kepada mereka yang mementingkan kecantikan dan keselesaan.



Ukiran dan hiasan di lobi ini pun sudah cukup membuatkan anda bergambar dengan lebih banyak lagi. Hiasan ala-ala eropah akan membuatkan anda tenang seketika.











Pilihan Bilik dengan harga berpatutan dan
setiap dekorasi bilik berbeza antara satu sama lain bagi memberi mood unik setiap kali tetamu datang tidur dan berehat. 

Motif bunga, flora fauna tropika dan katil dan meja berciri istana klasik memberi mood tenang ketika masuk ke dalam bilik. 




Hotel de Art menyediakan kemudahan lengkap untuk tetamu seperti bilik mandi yang luas, tuala, pemanas air, sabun dan shampo rambut serta berus gigi.




Hotel de Art memang memenuhi keperluan setiap tetamu yang datang semuanya pasti kagum dengan ukiran mural dan wall deco mereka. Pasti anda juga kagum dan tak sabar untuk merasai sendiri.

Senarai Harga bilik :
Art Queen tanpa tingkap RM 118 (RM 138)
Art Twin tanpa tingkap RM 118 (RM 138)
Art Queen Deluxe RM 138 (RM 158)
Art Twin Deluxe RM 138 (RM 158)
Art Family Deluxe RM 208 (RM 228)








Apa yang menarik lagi terdapat wifi percuma, surau, tandas Oku, dapur bersama air filter, singki dan juga ketuhar yang terletak di belah bawah.





Bagi mereka yang mencari hotel unik sekitar Shah Alam atau berdekatan USJ Subang bolehlah berkunjung di sini. Pasti anda akan menikmati keindahan hotel ini.

Hotel de Art USJ 21, Subang
21, Jalan USJ21/6, USJ21, 47630 Subang Jaya, Selangor
No Telefon : +603 5888 9099
Waze: Hotel de Art @ USJ21


Anda juga boleh melawti social media mereka :
Facebook | Instagram 
www.hoteldeart.com.my


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)