Recent comments

Terbaru

OMBAK KAPAS TERENGGANU | PULAU KAPAS

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Pulau Kapas. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. 


Pulau Kapas tu di mana? 
Ia terletak di Marang, 20 kilometer dari Kuala Terengganu.
Dari Jeti Marang kami terus menuju ke Pulau Kapas. 
10 minit sahaja untuk anda ke Pulau Kapas.
Kami menginap di Ombak Kapas Island Beach Resort.
 Akan kongsikan pengalaman dan keistimewaan yg terdapat di Pulau Kapas.





Perjalanan menaiki boat laju hanya sekitar 10 minit menuju ke Pulau Kapas berbanding 1jam lebih ke Pulau Redang. Pemandangan ketika perjalanan memang menarik apatah lagi melihat boat dan telatah oarang ramai di jeti Marang.


Pelbagai pilihan pengangkutan boat ke Pulau Kapas dan pulau-pulau yang lain tapi kali ini kami bersama dengan Ombak Kapas Island Beach Resort bagi menerokai kecantikan Pulau Kapas.





Sampai sahaja kami telah mula bergambar dan merasai sendiri pantai yang jernih dan pasir putih yang cantik. Bergambar di depan pintu gerbang memang satu kemestian.






Pantai putih ini yang menjadikan nama Pulau Kapas ini terkenal dengan tarikan pantai yang putih dan bersih seperti kapas.




Kebetulan ini adalah Ombak Kapas Restaurant yang menjadi tarikan pengunjung dan selebriti viral terkenal Mat Dan mula-mula minat dan bekerja di Pulau Kapas. Sempat juga bersua muka bersama Mat Dan dan keluarganya dari luar negara, istimewanya bersama anak baru yang masih kecil.

 




pelbagai spot bergambar yang menarik untuk penginjung yang datang ke sini.



Tak sabar rasanya untuk berenang dekat pantai yang jernih dan membiru ini. Sambil rehat-rehat dengan suasana bayu ombak. kayak dan peralatan snorkeling turut di sediakan dengan sedikit bayaran.




Pada siang hari hanya aktiviti air seperti snorkling, scuba diving, berkayak dan melawat turtle park. Pengunjung juga harus berhati-hati jika berada di laut dan segala hidupan dan tanaman di dalam laut tidak dibenarkan sentuh dan di bawa balik bagi memelihara dari kepupusan.










Lihat lagi : Aktiviti candat sotong 

Sambil itu sempat kami berjalan dan menikmati laluan sekitar tepi pantai yang berbatu dan permukaan tepian pantai yang cantik.


Lihat lagi : Mendaki Bukit Singa 







Senarai harga bilik anda boleh melihat di website 


Ombak kapas island beach resort hanya menjual pakej dan bilik dengan agen-agen berdaftar. Untuk menginap di tempat mereka tanpa pakej anda perlu membeli tiket bot hanya dari rangkaian mereka:

ombak kapas / makcik gemuk / suria link / nautica pro

Selain itu kunjungi laman social media mereka.
Ombak Kapas Island Beach Resort 
Contact : +6010-9091901 
--------------------------------------------------------------------------------------------

OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT

Ombak Kapas Island Beach Resort 
Contact : +6010-9091901 

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)