Recent comments

Terbaru

SETIU WETLAND | BOARDWALK SETIU TERENGGANU

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Setiu Wetland. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. Kelainan kali ini kami menuju ke Boardwalk Setiu, Terengganu.





Boardwalk Setiu, Terengganu adalah Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di Terengganu di pantai timur Semenanjung Malaysia.




Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.


Laluan pejalan kaki yang di kelilingi hutan paya bajau yang cantik dan menarik.









Kami sempat melihat pengalaman mencari lokan di sekitar kawasan ini. Pastinya lokan yang berkuali dengan kawasan persekitarannya yang bersih.









Peta laluan menuju ke Sungai Setiu



Sambil-sambil itu kita layan video perasmian dan pelancaran BOARDWALK SETIU Pada 12 Februari 2018 oleh Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin















Suasana nyaman di kelilingi pokok bakau yang mempunyai banyak kebaikan untuk alam persekitaran selain menjadi tapisan bagi tanah dan sampah-sarap.

Banyak info yang berguna dapat di pelajari di sini.


Untuk tour package di Setiu Wetland Park, boleh hubungi +6013706923












Sempat juga kami belajar membuat bekas kraftangan menggunakan lidi daun nipah ini dan sememangnya sukar dan perlukan kemahiran yang tinggi.

Anda boleh membelinya di kedai berhampiran Setiu Wetland ini. Anda boleh hubungi Cik sarina 013-2914291






















Terdapat juga aktiviti menangkap tiram dan kelihatan agak sukar untuk mencarinya.









Memang menarik sekali dapat belajar dan melihat sendiri penghasilan kraf yang di berikan tunjuk ajar.

Anda bila lagi?... harus datang ke sini untuk membeli hasil kraftangan dan lokan yang di jual di sini semuanya segar-segar.







Antara lokan yang di jual segar-segar.




Belacan




Penyapu Lidi.







Jika berkunjung ke sini pastikan anda meneroka keindahan paya bakau dan melihat sendiri kehidupan yang ada di kawasan ini.


SETIU WETLANDS
https://www.facebook.com/Sahabatsetiu/

#SetiuWetlands #SahabatSetiu  #Setiu #BeautifulTerengganuMalaysia #Terengganu #TravelogueMalaysia 

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)