Recent comments

Terbaru

6 Tempat menarik di Terengganu yang harus anda lawati.

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Pasar Payang dan Kampung cina, Terengganu. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. 


1. Pasar Payang dan Kampung cina.

Pasar Payang dan Kampung cina Terengganu menjadi pilihan kami kerana ia menjadi tarikan pengunjung membeli belah dan mendapatkan hasil buatan asli penduduk.







Pasar Payang terkenal dengan kedai kain , batik dan suteranya yang cantik dan menawan. Pasti ada yang rambang mata melihat koleksi-koleksi yang ada.












Bahagian makanan pula memang penuh dengan juadah makanan dari tradisional hinggakan yang moden dengan harga yang berpatutan. Keropok lekor menjadi makanan kegemaran pengunjung yang hadir untuk di bawa pulang.




Memandangkan Pasar Payang bersebelahan dengan Kampung Cina kami berjalan mengelilingi kawasan perkampungan dan deretan kedai di sana. Kami di terangkan mengenai sejarah dan asal usul penempatan yang telah lama wujud. Terima kasih kepada Mr. Lawrence yang bersama kami menyingkap sejarah di sini.














Antara tinggalan dan ukiran yang cantik untuk tatapan generasi akan datang. Walaupun agak sukar menjaga hiasan atau tinggalan lama penduduk tempatan berjaya menempatkan kawasan ini sebagai pilihan hotspot pelancong yang datang.





Jika ke Terengganu jangan lupa singgah melawat dan menyelusuri perkampungan cina dan melihat sendiri ukiran dan lukisan anak-anak muda yang berbakat besar.


2. Taman Tamadun Islam, Terengganu

Taman Tamadun Islam, Terengganu menjadi pilihan kami kerana ia adalah berdekatan dengan Kuala Terengganu. Terdapat ikon unik di sana iaitu Masjid Terengganu yang tersergam indah.




Malam ini kami berpeluang menikmati makan malam di TTI River Cruise yang sememangnya pengalaman yang unik sambil menikmati suasana malam di Terengganu.















Anda juga boleh menikmati makan malam di Restoran D'benteng yang terdapat dia sekitar sini. Tambah istimewa jika anda dapat menikmati makan malam di dalam Cruise.




Pemandangan indah dan suasana malam sambil menikmati makan malam membuatkan kami kagum dengan lampu-lapu yang menghiasi di sekitar banggunan yang berwarna-warni.



Untuk informasi lanjut anda boleh mengunjungi website



3. Lata Kolam Air Deru Ecopark

Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu menjadi tempat percutian yang menarik ketika ini di Terengganu.





Lata Kolam Air Deru Ecopark telah di bangunkan pada 3 tahun lepas. Pemilik yang merupakan anak jati Kg.La tidak pernah kenal erti lelah dan jemu berusaha untuk bangunkan kawasan seluas 7 hektar ini.


Lata Kolam merupakan hutan simpan yang kedua di Malaysia diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib untuk dijaga dan diuruskan. 



Memang harus menjamu selera dengan sata dan Otak-otak, kalau ke Terengganu dan ia adalah salah satu makanan yang popular selain keropok lekor.





Antara kabin dan penginapan yang di sediakan di sini. Anda jugak boleh berkemah dan memasang hammock dengan suasana dingin di malam hari.


Bahagian dapur untuk memasak bagi yang menginap bersebelahan kabin.


Ruang bilik di kabin



Tapak perkhemahan disediakan dengan kadar sewa hanya RM5 semalam dengan kemudahan yang lengkap seperti tandas, elektrik dan paip air bersih.












Aktiviti memanah turut juga di sediakan dan Lata Kolam turut membuat kelas bagi sesiapa yang berminat.





Lata kolam terdapat 3 fasa:
Pengkalan Satu  

sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk mandi manda
 
Pengkalan Suri 
untuk dewasa kanak-kanak perlu ada pengawasan orang dewasa

Lata Kolam
untuk dewasa dan permainan water sliding di sini.




Pengunjung juga boleh menyewa basikat Mountainbike dan Atv untuk merasa pengalaman yang menarik melalui denai-denai dan laluan mencabar sekitar kawasan Lata Kolam.











Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kesejukkan air terjun yang cukup dan cantik ini. Pengunjung di sarankan agar berhati-hati ketika mandi-manda.




Selain bermandi-manda pengunjung juga dapat melakukan aktiviti air dan water sliding di sini. Tunjuk ajar dan bantuan akan di sediakan bagi tujuan keselamatan.













Air Deru Archery Combat Tag
Memang sesuatau yang baru di Malaysia dan menarik dan dapat menguji kehandalan peserta dalam acara memanah.











Hidangan malam yang menarik  ketika kami berada di sini, jangan risau terdapat kedai makan di sini yang boleh anda nikmati dan minum petang.




Pada Penggemar Kambing Golek Rakyat Kelantan Dan Terengganu. Tercari cari katering kambing golek dagingnya empuk dan lembut. Boleh lah mencuba katering ONEFENDY KAMBING GOLEK 

Untuk tempahan kambing golek.
sila whatsapp










Dikir Barat Suara Harmoni Sri Manar, Besut.
sempat kami di hiburkan dengan kumpulan dikir barat dan penduduk kampur sekitar yang sama-menikmati hidangan malam kali ini.



Suasana dingin di pagi hari dan tiba masanya untuk pulang membuatkan saya turun untuk merasakan kesejukan air di Lata Kolam.













Sebelum pulang kami sempat bergambar bersama-sama dan pastinya kenangan berada di Lata Kolam ini tak dapat dilupakan dan pasti akan kembali lagi.






Biru jernih air cantik sangat .Seronok boleh pergi bersama cuti-cuti nanti.  Tenangkan fikiran dan terima kasih kerana teruskan menjaga keindahan alam!


Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu.








LATA KOLAM ECO PARK 
No untuk di hubungi :
Kaswadi: +6013.9276998
Syahrin: +6013.9178633
Dyana: +6019.6931662






4 . Pulau Kapas.

Pulau Kapas tu di mana?  Ia terletak di Marang, 20 kilometer dari Kuala Terengganu. Dari Jeti Marang kami terus menuju ke Pulau Kapas.  10 minit sahaja untuk anda ke Pulau Kapas.


Kami menginap di Ombak Kapas Island Beach Resort.  Akan kongsikan pengalaman dan keistimewaan yg terdapat di Pulau Kapas.





Perjalanan menaiki boat laju hanya sekitar 10 minit menuju ke Pulau Kapas berbanding 1jam lebih ke Pulau Redang. Pemandangan ketika perjalanan memang menarik apatah lagi melihat boat dan telatah oarang ramai di jeti Marang.


Pelbagai pilihan pengangkutan boat ke Pulau Kapas dan pulau-pulau yang lain tapi kali ini kami bersama dengan Ombak Kapas Island Beach Resort bagi menerokai kecantikan Pulau Kapas.




Sampai sahaja kami telah mula bergambar dan merasai sendiri pantai yang jernih dan pasir putih yang cantik. Bergambar di depan pintu gerbang memang satu kemestian.






Pantai putih ini yang menjadikan nama Pulau Kapas ini terkenal dengan tarikan pantai yang putih dan bersih seperti kapas.




Kebetulan ini adalah Ombak Kapas Restaurant yang menjadi tarikan pengunjung dan selebriti viral terkenal Mat Dan mula-mula minat dan bekerja di Pulau Kapas. Sempat juga bersua muka bersama Mat Dan dan keluarganya dari luar negara, istimewanya bersama anak baru yang masih kecil.

 




pelbagai spot bergambar yang menarik untuk penginjung yang datang ke sini.



Tak sabar rasanya untuk berenang dekat pantai yang jernih dan membiru ini. Sambil rehat-rehat dengan suasana bayu ombak. kayak dan peralatan snorkeling turut di sediakan dengan sedikit bayaran.




Pada siang hari hanya aktiviti air seperti snorkling, scuba diving, berkayak dan melawat turtle park. Pengunjung juga harus berhati-hati jika berada di laut dan segala hidupan dan tanaman di dalam laut tidak dibenarkan sentuh dan di bawa balik bagi memelihara dari kepupusan.










Lihat lagi : Aktiviti candat sotong 


Sambil itu sempat kami berjalan dan menikmati laluan sekitar tepi pantai yang berbatu dan permukaan tepian pantai yang cantik.



Lihat lagi : Mendaki Bukit Singa 








Senarai harga bilik anda boleh melihat di website 


Ombak kapas island beach resort hanya menjual pakej dan bilik dengan agen-agen berdaftar. Untuk menginap di tempat mereka tanpa pakej anda perlu membeli tiket bot hanya dari rangkaian mereka:


ombak kapas / makcik gemuk / suria link / nautica pro


Selain itu kunjungi laman social media mereka.
Ombak Kapas Island Beach Resort 
Contact : +6010-9091901 
--------------------------------------------------------------------------------------------

OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT

Ombak Kapas Island Beach Resort 
Contact : +6010-9091901 




5. Mencandat Sotong.

Pulau Kapas ditutup semasa musim tengkujuh antara November hingga Februari dan masa terbaik untuk mencandat adalah dari April hingga Julai. Kali ini kami mencandat sotong bersama Ombak Kapas Resort.









Mesti ada yang tak sabar untuk turut serta dan ini adalah koleksi gambar ketika kami di atas bot dan bekal makanan kami yang di sediakan.

 

 

 

Candat Sotong  ( Squid Jigging ) memang menarik bagi menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan mendapat sotong untuk di makan. Pastikan anda memakan pil mabuk laut sewal 2 jam sebelum menaiki boat kelaut.


 

Hasil tangkapan lumayan juga bila di kira tapi memandangkan kami terpaksa pulang ke resort untuk menikmati bbq kadi kami pulang awak sedikit.










Bagi yang berminat untuk bersama mencandat sotong dan merasai sendiri bolehlah hubungi :

Ombak Kapas Island Beach Resort 
Contact : +6010-9091901 
--------------------------------------------------------------------------------------------

OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT




6. Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi

Menjadi pilihan kami kali ini adalag Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi yang terletaknya dia dalam kebun kelapa sawit. Pengalaman baru kepada kami menikmati keindahan sambil menikmati makan tengahari di sini.





Perjalanan menuju ke KELIP-KELIP PALMSTAY SERI BANDI. Siapa sangka terdapat sebuah tempat rehat di dalam kawasan kelapa sawit yang menarik untuk peminat alam semulajadi. 

Destinasi rehat terbaik di Kemaman yang hanya 5 minit dari exit LPT2, Kijal. Nak rasa masakan kampung dan percutian dalam palmstay yang terbaik memang harus ke sini. Pengalaman menaiki lori menuju ke dalam Palmstay sesuatu yang unik.






Setibanya kami di sini di sambut dengan mesra dan meriah dengan  layanan mesra. Kawasan yang di kelilingi kolam dan pokok sawit ini menjadi lokasi palmstay yang menarik dengan hiasan dan tempat rehat yang santai.




















Kepada peminat hutan dan alam semulajadi pasti suka jika dapat ke sini menikmati ketenangan yang ada, Jika berminat boleh hubungi terus fb page dan website mereka.




Bandar Seri Bandi
24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia
019-917 4012


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)