Recent comments

Terbaru

Dato’ AC Mizal bersama Pollo Mendi | Masakan authenric arabian dan italian cuisine

POLLO MENDI , USJ One City, 
Pollo Mendi mengadakan majlis mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu yang akan bertanggungjawab untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi. 

Pollo Mendi diasaskan oleh En. Mohd Fadzil Hashim yang merupakan usahawan yang terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch. Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyedía makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia. 

Photo by https://www.facebook.com/azuddin.ahmadzin

Konsep gabungan unik ini adalah bertujuan untuk memberi variasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana yang selesa dan esklusif yang telah beroperasi sejak 2015. 

Pada 2016 restoran ini telah di rasmikan oleh Y.B Dr. Siti Mariah, ahli parlimen Kota Raja pada masa itu dan turut disaksikan oleh ahli parlimen Ampang Y.B Zuraida Kamarudin.





Encik Mohd Fadzil berkata, disamping menyajikan makanan fine cuisine yang sedap dan halal, tujuan penubuhan Pollo Mendi ini adalah untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagan restoran mewah yang mampu milik. Menurutnya lagi Pollo Mendi merupakan hasil kaji selidik yang telah dilakukan keatas restoran-restoran mewah yang kebanyakkannya adalah terlalu mahal untuk dimiliki oleh golongan bumiputera.



Antara kelebihan tambahan Pollo Mendi ialah semua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh Central Kitchen sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil halal demi menjaga rasa dan kualiti makanan itu sendiri. 



Konsep ini akan memudahkan rakan niaga kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa untuk kepasar atau memasak barang mentah yang banyak. Central Kitchen' ini menggunakan teknologi 'Blast Freeze dan Blast Chill bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.


 Selain dari Restoran, Pollo Mendi juga mempunyal Food Truck' dan akan melancarkan model Kiosk untuk dikembangkan. Pollo Mendi juga kini memasarkan beberapa produk sejuk beku melalui rakan usahawan strategik. 


Dengan bantuan Dato AC Mizal yang mempunyai kekuatan dalam pemasaran dan penjenamaan, Pollo Mendi akan mampu berkembang dengan lebih baik. Dato AC Mizal kini mempunyai sebanyak 1.1 juta follower di Instagram dan mempunyal hubungan yang rapat dengan nama-nama terkenal di Malaysia.




Menurut Dato' AC Mizal, faktor utama yang membuatkan beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi ialah kerana makanannya semua sedap dan halal. Faktor kedua adalah tujuan utama Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik yang mempunyai sistem operasi yang tersusun.

 Keunikan perniagaan Pollo Mendi ini adalah pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian. lanya akan di tadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri. Sebagai Pengarah Pemasaran di Pollo Mendi tugas utama ialah bagi memastikan restoran Pollo Mendi ini akan mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun. 

Disamping itu kita juga akan melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE iaitu makanan berasakan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan. Ini adalah salah satu inisiatif kita bagi membantu masyarakat diluar sana yang ingin mencari pendapatan sampingan. 



Untuk makluman lanjut berkenaan peluang-peluang perniagaan bersama Pollo Mendi dan Eeman RTE sila hubungi Encik Fazli di talian 019-271 8445



Pollo Mendi ditubuhkan pada 2015, 
merupakan salah satu anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn. Bhd. iaitu pemilik rangkaian tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura, 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.




.POLLO MENDI RESTAURANT.
C-10-GF, Ground Floor,One City @ usj 25, Subang Jaya,Selangor.

#PolloMendiRestaurant
#PolloMendibyDAC

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)