Terkini | New

Hotel De Art ICity Shah Alam

Hari ini bersama TRAVELOGUE MALAYSIA SELANGOR 
akan menginap di Hotel De Art I-City.

Nak tengok bilik tak? Mata terus teruja melihat di sebalik kawasan Icity ini terdapat hotel yang di penuhi dengan lukisan berwarna-warni dan ceria.




Sempat buat video live ketika masuk ke hotel ini terpegun jugak dengan hasil lukisan dan hiasan di Hotel ini hampir sama cantik dengan Usj21 yang kami menginap tempohari.


Melihat lobi hotel yang indah ini tak hairanlah ia menjadi tumpuan pengunjung dan menjadi idaman kepada mereka yang mementingkan kecantikan dan keselesaan. Perabotnya pun tampak mewah sepadan dengan hisan dinding.








Ruang kafe dan tempat makan juga bergaya dan jagan kuatir anda boleh membeli makanan dan minuman di sini. Sejuk mata memandang ketika makan dengan hiasan sebegini.





Bahagian bilik pula memang sangat-sangat cantik dan teruja dengan hiasan tema yang bilik kami menginap. Kali ini tema filem Up iaitu belon dan rumah terbang. Bahagian bawah yang luas dan tempat tidur di bahagian atas menjadikan bilik ini nampak sangat luas.





Hotel de Art menyediakan kemudahan lengkap untuk tetamu seperti bilik mandi yang luas, tuala, pemanas air, sabun dan shampo rambut.











Setiap bilik di sediakan tempak masak air dan minuman Alicafe untuk anda menikmatinya. Wifi secara percuma tanpa password menyenangkan tetamu uktuk berinternet.



Antara ruang laluan yang penuh dengan lukisan yang menarik.




Hotel de Art memang memenuhi keperluan setiap tetamu yang datang semuanya pasti kagum dengan ukiran mural dan wall deco mereka. Pasti anda juga kagum dan tak sabar untuk merasai sendiri.

Selain itu terdapat surau dan dewan seminar yang boleh menempatkan ramai pengunjung. Hotel ini juga menyediakan tempat untuk seminar dan meeting. Terdapat pakej-pakej yang menarik dan anda boleh kunjungi website mereka.

Antara gambar-gambar bilik mereka :
http://icity.hoteldeart.com.my/photo-gallery/



Bagi mereka yang mencari hotel unik sekitar Shah Alam atau  bolehlah berkunjung di sini. Pasti anda akan menikmati keindahan hotel ini.

Anda juga boleh melawati social media mereka :
Facebook | Instagram 
www.hoteldeart.com.my

Hotel De Art I-City
19 Jalan Keluli 7/110, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: +603-58805588