Terkini | New

LEGO Malaysia Mempromosikan Aktiviti Menarik Sempena Pelancaran The Lego Movie 2.

LEGO MALAYSIA MEMPROMOSIKAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA PELANCARAN THE LEGO MOVIE 2.

LEGO Malaysia menganjurkan satu acara khusus untuk para peminat selama 11 hari yang menampilkan enam dunia terbaru daripada francais The LEGO Movies 2.



LEGO Malaysia meraikan pelancaran filem animasi yang paling dinanti-nantikan tahun ini, The LEGO Movie 2: The Second Part dengan menganjurkan satu acara terhebat yang pasti memukau orang ramai, berserta promosi yang menawarkan beraneka hadiah menarik lagi eksklusif dengan setiap pembelian. 



Acara yang bakal berlangsung di Mid Valley Megamall bermula pada 13 hingga 24 Februari 2019 akan menampilkan enam dunia berbeza yang mewakili enam dunia di dalam The LEGO Movie 2. Pengunjung bakal terpukau dengan kehebatan serta kepelbagaian dunia The LEGO Movie 2 di samping berpeluang untuk membina sesuatu yang menakjubkan bersama-sama dengan ahli 5 keluarga masing-masing.


Antara zon-zon yang boleh disaksikan oleh para pengunjung ialah 'Systar System di mana kanak-kanak berpeluang untuk bersaing dengan watak kegemaran mereka daripada filem tersebut di dalam pertandingan menari dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel Duplo Monster di mana mereka boleh membina makhluk penakluk angkasa DUPLO mereka sendiri! Terdapat juga zon 'Apocalypseburg' di mana anda boleh merakam filem hebat sendiri dengan menggunakan set LEG0® Movie Maker! Setiap zon mewakili satu misi yang perlu disempurnakan dan setelah keenam-enam misi berjaya diselesaikan, peserta akan 8 dianugerahkan dengan sijil pencapaian istimewa daripada LEGO Malaysia.

Selamat datang ke Apocalypseburg- di mana semuanya adalah hebat! 

Set 'Welcome to Apocalypseburg!' merupakan salah satu daripada set LEGO yang paling dinanti-nantikan tahun ini. la menampilkan salah satu daripada bahagian Statue of Liberty yang telah runtuh dikelilingi oleh struktur binaan kontena berupa kedai kopi, sel tahanan, bilik senjata, kedai gunting rambut serta ttatu, gim, gerai makan, spa dan ruang-ruang kediaman.


Boleh didapati pada harga RM1399.90, set berkenaan terdiri daripada 3,000 kepingan LEGO dan berukuran lebih 20 (52cm) tinggi, 19" (49cm) lebar dan 12" (33cm) dalam. Set binaan lanjutan ini menawarkan pengalaman bermain 360 darjah yang benar- benar epik dan pasti mencabar kemahiran pakar pembina LEGO. Para peminat LEGO pastinya akan teruja dengan 12 patung mini terbaru yang didatangkan dengan set ini iaitu: Emmet, Lucy, BatmanTM, Scribble Cop, Harley Quinn TM, Green LanternTM Where are my pants?' Guy, Larry the Barista, Chainsaw Dave, 0 Mo-Hawk, Roxxi dan Fuse, serta seekor tikus.

Bawa pulang Lenticular Emmet Mosaic yang unik 

LEGO turut menawarkan promosi istimewa sempena acara LEGO akan menghadiahkan satu Lenticular Emmet Mosaic edisi terhad dengan setiap pembelian set Welcome to Apocalypseburg. Para pongunjung yang membuat pembolian bejumlah RM179 ke atas di acara berkenaan juga akan menerima satu hadiah berbentuk hati yang sangat comel. Tawaran ini hanya terdapat di acara berkenaan yang berlangsung di Mid Valley Megamall, sementara stok masih ada. 


Setiap blok kecil LEGO melambangkan keazaman kami di dalam usaha memupuk kreativiti, menyemarakkan lagi kegembiraan seperti kanak-kanak dan mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga. Semoga acara ini dapat mencipta detik terindah yang berupaya mengeratkan lag hubungan antara adik-beradik, rakan taulan dan ahli keluarga, kerana kami percaya bahawa kita boleh mencipta sesuatu yang hebat bersama-sama,' kata Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, Victor Plange.

The LEGO Movie telah menjadi satu fenomena global sejak pelancarannya pada 2014. la telah menerima pelbagai pengiktirafan dan memungut hasil box office kira-kira AS$1 bilion di seluruh dunia. la turut dicalonkan di dalam pelbagai majlis anugerah berprestij seperti Academy Awards Golden Globes Awards dan British Academy Film Awards (BAFTA) 


Flem sekuel ini merupakan salah satu daripada filem animasi yang paling 2019. Emmet telah kembali dan dia sekali lagi berazam untuk memenuhi peranannya sebagai the special one (yang teristimewa); bagi menyelamatkan rakan-rakannya dari genggaman penakluk angkasa dan mengembalikan semula kegemilangan bandaraya Bricksburg yang dicintainya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai The LEGO Movie 2: The Second Part, serta maklumat, berita dan promosi terkini LEGO sila kunjungi LEGO Malaysia atau Facebook LEGO Malaysia.