Recent comments

Terbaru

MAJLIS PELANCARAN KALENDAR SENI BUDAYA 2019.

Jabatan Kebudayaan dan Keseniar Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Kalendar Seni Budaya 2019 yang merangkumi penyerlahan program-program utama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 



Majlis Pelancaran ini dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik ,Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.



Visi JKKN pada tahun ini adalah berhasrat untuk memupuk masyarakat Malaysia yang mempunyai jati diri tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni, serta mendukung seni untuk seni, seni budaya untuk kesejahteraan masyarakat dan seni budaya untuk penjanaan ekonomi selaras dengan hala tuju kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan dan mewujudkan model keusahawanan.




Turut memeriahkan majlis di serikan lagi dengan penerima Anugerah Media JKKN 2018 di dalam Majlis Pelancaran Kalendar Seni Budaya JKKN 2019 yang telah diadakan pada 26/02/2019 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kuala Lumpur.


1. Anugerah Artikel Terbaik
Dziyual Afnan Abdul Rahman 
Belaian Angin Timur (Harian Metro)

2. Anugerah Rencana Terbaik 
Adham Shadan 
Bakti Sukarelawan Iftar (Kosmo)

3. Anugerah Berita Online Terbaik 
Ridzuan Abdul Rahman 
Festival Teater Malaysia 2018 
“Mat Derih Kola Perlih” (Harian Metro Online)

4. Anugerah Rencana Bahasa Inggeris Terbaik 
Ninot Aziz 'Ode To Cultural Dances' (The Star)

5. Anugerah Berita Sastera Budaya Terbaik 
Wawann Mohd 
Persembahan Menora Tarik Perhatian Ramai – Mampu Jana Industri Pelancongan (Sinar Harian)

6. Anugerah Khas Media JKKN 
Kategori TV 
Haliza Mat Khasar 
Penolong Pengarah Seksyen Hal Ehwal Semasa, RTM
Program Bual Bicara Selamat Pagi Malaysia (RTM)

7. Anugerah Khas Media JKKN 
Kategori TV 
Mohamad Letfee Ahmad 
Pengurus Hal Ehwal Semasa BERNAMA News Channel 
(BERNAMA)

8. Anugerah Khas Media JKKN 
Kategori TV 
Syarida Sharif 
Penerbit Eksekutif Borak Kopitiam 
Program Bual Bicara Borak Kopitiam (MEDIA PRIMA)

9. Anugerah Khas Media JKKN – Kategori RADIO 
Razliza Abdul Razak 
Penerbit Rancangan Radio RTM (RTM)

10. Anugerah Khas Media JKKN – 
Kategori RADIO 
Mimie Nasbah 
Ketua Program BERNAMA Radio (BERNAMA)

11. Anugerah Khas Media JKKN 
Kategori Bloggers – DBoyStudio 
Dboy Ahmad Shazian Nizan 
1.Inspitari 2018 
2.Koir Kebangsaan Malaysia : Koleksi 9 
Terunggul 
3.Mek Mulong 2018 
4.Bangsawan Puteri Saadong 
5.Koleksi Tari Serumpun 2018
Blog : DBOYSTUDIO : Trevel,Food,Lifestyle

12. Anugerah Khas Media JKKN 
Kategori TV Online - SeniTv.Com Seni Budaya & Pelancongan Malaysia: 
You Tube – 453 Video 
Program JKKN : You Tube - 30 
Video 
Tahun 2017 & 2018 
Azmi Jaffri 
Iftar@Kuala Lumpur 2018 (SeniTv.Com)




Program Aktiviti pada tahun 2019 dirancang selaras dengan Dasar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang selaras dengan Misi JKKN :

-Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan seni budaya warisan bangsa.
-Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa.
-Menggalakkan penglibatan penggiat seni di dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
-Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui Program Pelancongan Budaya.
Program Utama JKKN 2019 adalah berdasarkan fungsi-fungsi berikut:

Melaksanakan Program Penyelidikan dan Pembangunan, Pendokumentasian dan Penerbitan, Bimbingan Seni Budaya, Pembangunan Modal Insan Mahir Dalam Bidang Seni Budaya, Pengembangan Seni Budaya, Pengukuhan Seni Budaya, Pembangunan Produksi dan Artistik serta Promosi Seni Budaya.

Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara Pemain Industri Seni Budaya, Agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan Penggiat Seni Budaya dari dalam dan luar negara.

Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri

Pelaksanaan program/aktiviti ini adalah berasaskan lima (5) teras program utama :
1. Asuhan dan Kemahiran Seni dan Budaya Agensi peneraju asuhan dan kemahiran seni budaya.

2. Pemuliharaan Seni dan Budaya Penyerlahan seni dan budaya warisan tidak ketara.

3. Jangkauan Seni dan Budaya (JSB) Meningkatkan kebolehancapaian masyarakat kepada seni dan budaya.

4. Pengukuhan Seni dan Budaya Pengakalan hab data, aktiviti keintektualan dan pemantapan pemain industri bidang seni dan budaya.

5.Jaring Kerjasama Kebudayaan Perluasan kerjasama bagi mewujudkan ekosistem seni budaya yang berkesan.

JKKN menetapkan bahawa program-program yang dilaksanakan hendaklah memberi impak kepada masyarakat di semua peringkat terutamanya golongan remaja, belia, kanak-kanak serta orang dewasa. Di samping itu juga, jaringan kerjasama kebudayaan dipertingkatkan menerusi pengiktirafan JKKN selaku Industry Lead Body (ILB) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta usaha penyelidikan dan pemuliharaan yang diusahakan bersama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya serta banyak lagi Usaha menyemarakkan aktiviti seni budaya ke arah pelancongan budaya diteruskan dengan sepuluh (10) Program Pelancongan Budaya di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 03-26148200 atau melalui media sosial Facebook/Twitter/Instagram: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan laman sesawang www.jkkn.gov.my 

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)