Recent comments

Terbaru

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali Restoran KFC dan Pizza Hut, menjalin kerjasama strategik bersama FatHopes Energy Sdn Bhd (FatHopes Energy)

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali
Restoran KFC dan Pizza Hut, menjalin kerjasama strategik bersama FatHopes Energy Sdn Bhd (FatHopes Energy) bagi melancar inisiatif dan mesra alam di dalam operasinya menerusi pemprosesan sisa minyak kepada bahan api industri.

Inisiatif ini merupakan sebuah usaha bagi memacu perubahan ke arah kesejahteraan sosial dan persekitaran di samping menjana bekalan bahan api bio dari Malaysia secara berterusan.

Ucapan pengacara majlis.

Penyampaian doa bagi memberkati majlis



Sebuah memorandum perjanjian (MoA) telah dimaterai menerusi pertukaran dokumen di antara Merrill Christopher Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Restoran, QSR Brands dan Vinesh Sinha, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy. lanya telah disaksikan oleh Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim, Pengerusi QSR Brands bersama Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands di dalam sebuah majlis yang berlangsung di KFC Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Dato' Eddy Leong, Ketua Pegawai Operasi FatHopes Energy.

Dato' Kamaruzzaman menyatakan bahawa kerjasama ini merupakan sebuah langkah progresif di dalam usaha kelestarian QSR Brands serta sejajar dengan matlamat perangkaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat yang telah diperbaharui, di samping mengulas manfaat inisiatif berkenaan.



 "inisiatif ini secara sosialnya disasarkan bagi menyalur hasil minyak terpakai kepada aplikasi perindustrian yang boleh dikesan, sekaligus menentang risiko penggunaan minyak kitar semula di dalam penyediaan makanan harian rakyat Malaysia. Manakala, impak positif terhadap alam sekitar dihasilkan menerusi pertukaran minyak terpakai kepada bahan api bio yang bermaksud sejumlah besar karbon* tidak lagi dibebaskan ke atmosfera. Akhir sekali, inisiatif ini turut menyumbang manfaat dalam aspek ekonomi menerusi peningkatan pendapatan daripada pertambahan kutipan isipadu pemulihan minyak masak terpakai daripada restoran KFC," kata beliau. 



Manakala, Dato' Seri Mohamed Azahari menyatakan bahawa sistem FHE iTank milikan FatHopes Energy, sebuah sistem pengumpulan minyak terpakai berinovasi yang akan dipasang di semua restoran KFC adalah direka bagi memperbaiki kecekapan operasi dapur restoran dengan menghapuskan pengendalian minyak terpakai secara langsung di samping meningkatkan hasil kutipannya secara ketara. 

"Kami amat menyokong teknologi pemulihan sisa inovatif oleh FatHopes Energy, kecekapan sasaran aplikasi mereka untuk peringkat komersial serta minat yang mendalam terhadap inisiatif kitar semula sisa kepada tenaga (waste to energy). Bersama FatHopes sebagai rakan kerjasama lestari membolehkan kami memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan teras kami, bagi menghidangkan perkhidmatan terbaik kepada jutaan pelanggan setiap bulan," beliau berkata.

Menyuarakan keyakinannya terhadap kerjasama ini, Vinesh Sinha berkata bahawa kolaborasi bersama QSR Brands menandakan sebuah lagi detik penting di dalam perjalanan FatHopes Energy serta ianya merupakan usaha yang wajar dijadikan contoh dan diterapkan di dalam industri.

"Kami sedar akan kepelbagaian sifat di dalam permasalahan iklim dan alam sekitar serta kekangan sesebuah syarikat untuk bertindak secara sendiri di dalam menangani cabaran sebegini. TetapĂ­ kami kekal memberi tumpuan dan proaktif di dalam mencari serta meneroka penyelesaian bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar, selain membawa pulangan kepada ekonomi. Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang ditunjukkan olah QSR Brands dan sedia untuk menawarkan kepakaran serta kebolehan kami dalam menyediakan penyelesaian inovatif bagi menguruskan sisa minyak dari restoran KFC menerusi kaedah yang beretika dan bertanggungjawab." ujar Vinesh. 






Inisiatif bersama FatHopes Energy ini akan dijalankan secara berperingkat bermula daripada pemasangan FHE ITank di restoran KFCseluruh Malaysia, serta turut berpotensi dikembangkan kepada operasi Singapura. Kedua-dua pihak sedang di dalam perbincangan bagi peringkat kedua kerjasama berkenaan, di mana FatHopes Energy akan mengendalikan kilang biodiesel OSR Brands di Port Klang bagi tujuan pemprosesan sisa ke bahan api bio. Menerusi kendalian FatHopes Energy, keupayaan operasi tapak sedia ada berkenaan dapat dipertingkatkan bagi memacu agenda global ke arah penyahkarbonan-sekaligus meletakkan Malaysia sebagai perintis di dalam penghasilan bahan api bio berasaskan sisa.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)