Recent comments

Terbaru

Atlas Pizzeria Dengan Adunan Pizza Terbaik Di Kuala Lumpur

Jom terjah Ke Atlas Pizzeria jika berada di sekitar Klcc dan Robinson Kuala Lumpur. Kali ini korang boleh cuba makanan Itali di di Atlas Pizzeria, level B1 Shoppes, Four Seasons Place KL. 




Nikmati pizza original yang dihasilkan sendiri daripada menguli adunan tepung sehingga kepada penghasilan sos tomato dan bahan segar di atas pizza. Boleh cuba pizza klasik yang menarik dari bahan terbaik satu dunia, dari penghasilan dough, tomato sos, marinate dengan rempah, bahan-bahan segar dan pelbagai jenis keju.








Promosi pizza 'Half and Half' anda boleh dapat dua jenis topping dalam satu pizza. Pilihan kami adalah pizza Hot White Chicks dan Killing Me Softly. Menarik nama-nama dekat sini yang menjanjikan rasa yang sedap dan lazat.



Topping white chicks dengan lima sosej ayam bersama dengan bawang, capsicums, pecorino dan mozarella cheese. Manakala, Killing Me Softly topping di atasnya adalah istimewa crispy soft shell crab yang saya pasti ramai akan terpikat.





Hot White Chicks (RM24.00) dan Killing Me Softly (RM24.00)

Pilihan 24K Truffle Magic yang penuh dengan cendawan dan juga limpahan cheese. hirisan truffle yang pasti membuatkan anda tertawan.


24K Truffle Magic - RM65.00


Salted Egg Soft Shell Crab Pasta yang terbaik. Menu signature mereka dengan ketam lembut yang digoreng bersama sos telur masin yang sedap. 



Salted Egg Soft Shell Crab Pasta - RM38.00



Smoothies Apple of my Eye (RM22.00) dan Mocktails St. Berries (RM25.00)



Ahi Tuna & Taleggio Cheese - RM39.00

Pelbagai koleksi salad segar sebagai pembuka selera. Chicken Bacon & Quinoa Salad dan juga Ahi Tuna & Taleggio Cheese. Bahan-bahan mereka semua segar dan terbaik dari seluruh negara.



Chicken Bacon & Quinoa Salad - RM28.00 




Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream - RM25

Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream yang lembut dan sedap anda perlu cuba jika datang ke sini.

Atlas Pizzeria dengan hiasan dalaman yang menarik seperti berada di luar negara dan chef memasak muslim serta masakan yang menarik untuk anda cuba. Pasti akan ke sini lagi untuk menikmati lagi menu-menu menarik.

Untuk info terkini layari :
Laman web : http://www.atlasgourmet.com.my/pizzeria.php
Facebook : https://www.facebook.com/AtlasGourmetMarket
Instagram : https://www.instagram.com/atlasgourmetmarket


#AtlasPizzeria #Atlasgourmetmarket #dboystudio
#pizzaislife #pizza #shoppesatfourseasons #kualalumpur #Pizzeria



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)