Recent comments

Terbaru

Majlis Pelancaran Program Ummah Cinta Quran

Inisiatif "Ummah Cinta Quran" ini diterajui oleh 2 individu iaitu Puan Sofia Aliza Mohd Isa (pengasas Daily Quran), Saudara Razalif Mohamad Zain (Metamorphorsis Skills Sdn Bhd) dan Azmi Jaffri dari SWA TV adalah rakan media. 

Program ini tidak meminta sumbangan orang ramai atau korporat kerana kos penganjuran program ini ditanggung oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sebagai memenuhi tanggungjawab korporatnya kepada masyarakat.






Program ini bekerjasama dengan Fahd Agensi, penerbit dan pencetak Quran Waqaf. Agensi ini menyumbang Quran Waqaf beserta terjemahan sebanyak 1500 buah naskah dan 530 buah lagi diwaqafkan oleh agensi agensi seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Muzium Negara, Kelab-kelab dari agensi kerajaan/swasta, selebriti dan ramai lagi.

Majlis dilancarkan sendiri oleh Saudara Razalif Mohd Zain yang mempunyai beberapa pengisian dalam Program Ummah Cinta Quran sepanjang Ramadan adalah seperti berikut:

- Pengedaran dan penyampaian Quran Waqaf sebanyak 2000 naskah kepada lebih kurang 100 buah masjid/surah/madrasah di seluruh Negara yang akan bermula 23 April 2019 berakhir pada 3 Mei 2019.

- Pengedaran dan Penyampaian Quran Wagaf sebanyak 30 naskah kepada 1 buah masjid dan 2 buah surau di Seoul, Korea pada 7 hingga 10 Mei 2019. 

- Penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan kepada golongan fakir miskin dan asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sepanjang jelajah penyerahan Quran Waqaf ini. 

- Saudara Razalif Zain juga menganjurkan Tadarus bersama Sahabat /Ummah Cinta Quran di masjid-masjid pilihan sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau juga akan menyumbang makanan untuk bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadan nanti.

+Program Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa di sebuah hotel terkemuka yang akan dihadiri oleh salah seorang Imam Besar Masjidil Haram, Mekah pada 25 Mei 2019.

SWA TV akan menyertai kami sepanjang pengedaran dan penyampaian quran-quran waqaf ini di Malaysia dan juga di Korea. Penyerahan Quran ini akan dimuat naik di saluran cintaquran di Swa TV


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)