Recent comments

Terbaru

Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 in Kuala Lumpur

GRAMMY® Award winner Jason Mraz  menghiburkan peminatnya semasa jelajah 'Good Vibes Tour' di Kuala Lumpur dengan menghantar mesej cinta dan tenaga positif melalui lagu-lagu dan muziknya. 






Penyanyi dan penulis lagu Jason Mraz menyanyikan lagu terkenal beliau iaitu “I'm Yours”, “Lucky” dan “I won't give up” yang cukup terkenal bertempat di Axiata Areana, Kuala Lumpur. 





Turut menghiburkan penonton pada pembukaan konsert adalah nyanyian Aizat. Semenjak tahun 2002, Jason Mraz telah terkenal dengan lagu-lagu yang menarik dan menjaya mendapat tempat di hati para peminat seluruh dunia. 









Pelbagai anugerah telah di menangi dan antaranya menerusi lagu “I’m Yours” and “I Won’t Give Up”, yang mendapat dua Grammy Awards dan prestigious Songwriter Hall of Fame Hal David Award, and sold out amphitheatres and arenas across the globe (including sell-outs at The Hollywood Bowl, Madison Square Garden, and London’s O2 Arena).





Jason Mraz pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2009, dan jelajah 'Is A Four Letter Word' pada tahun 2012. Jelajah 'The Good Vibes Tour' bermula di North America dan meneruskan jelajah ke Asia di mana Jason Mraz akan membuat persembahan di Manila, Singapore, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei pada Mei 2019. 







Jason Mraz turun menyanyikan beberapa lagu yang popular antaranya, You and I both、Let's see what the night can do、Living in the Moment、Geek in the pink、Details in the fabrics、More than friends、Unlonely、I'm Yours、Lucky、Make it mine、A beautiful mess、Be honest、Love is still the answer、93Million Miles、I won't give up、3 Things、Have it all、Might as well dance, dan Love Someone. Peminat turut sama menyanyikan lagu kegemaran mereka bersama-sama. Tahniah buat Jasin Mraz & team yang menampilkan aksi dan nyanyian bertenaga menghiburkan peminatnya di Malaysia.





Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 in Kuala Lumpur di persembahkan oleh Great Eastern Life Malaysia dengan kerjasama Aco Media Sdn Bhd dan The Rock Promotions.


# JasonMrazLiveInMalaysia


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)