Terkini | New

Sdurian World Catat Rekod Malaysia Book Of Record Pesta Durian Terbesar Dihadiri 1,188 Orang

Sdurian World Catat Rekod Malaysia Book Of Record Pesta Durian Terbesar Dihadiri 1,188 Orang


SDurian World sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mencatatkan penyertaan seramai 1,188 orang dalam acara “Pesta Durian Terbesar dengan Peserta Teramai” yang berlangsung meriah di One World Hotel, Petaling Jaya, sekaligus melayakkan syarikat tersebut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.


Acara yang penuh warna-warni ini turut mendapat sambutan luar biasa daripada peserta antarabangsa, dengan kehadiran wakil dari lebih 10 buah negara termasuk China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Australia dan banyak lagi yang hadir khusus untuk merasai keenakan raja buah tempatan – durian Musang King.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDurian World, Encik David Hew, acara ini menjadi bukti bahawa durian tempatan mampu menarik minat peminat dari seluruh dunia.



“Sambutan hari ini benar-benar luar biasa. Bukan sahaja rakyat Malaysia hadir, malah penggemar durian dari luar negara turut memeriahkan pesta ini. Kerjasama yang sangat baik daripada pihak hotel juga menjadikan acara ini lebih lancar dan bermakna,” jelas beliau.

SDurian World bukan sahaja menganjurkan acara berskala besar, malah turut membuka peluang pelaburan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk terlibat dalam industri durian berasaskan pertanian berimpak tinggi.



Dengan ladang seluas 2,000 ekar di Lojing Highlands, Gua Musang, SDurian World menanam 10,000 pokok durian Musang King, dan menyasarkan pertambahan sehingga 100,000 pokok menjelang tahun depan. Menariknya, syarikat ini tidak mempunyai sebarang hutang atau cagaran dengan pihak ketiga, menjadikan ia antara pelaburan pertanian paling kukuh dan mampan di Malaysia.

Durian dari SDurian juga sudah berjaya menembusi pasaran eksport ke China selama lebih tiga tahun, membuktikan keupayaan syarikat dalam memasarkan hasil tempatan ke pasaran global.

“Saya berharap suatu hari nanti SDurian dapat mencatat satu lagi sejarah – mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar durian Musang King dari ladang terbesar dunia,” tambah David Hew.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDurian dan peluang pelaburan, sila layari www.sdurianworld.com atau ikuti media sosial rasmi mereka.