Terbaharu | New

Pengalaman Menyusuri Biogeotrail Kubang Badak Yang Bersejarah Dan Indah Di Langkawi

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. Jom lihat pengalaman kami di Langkawi dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Langkawi. Moh kite!



Bagi peminat alam semulajadi dan ingin explore tempat baru jom kita ke Biogeotrail Kubang Badak. Perjalanan dari Jeti Kubang Badak bersama pemandangan pokok kayu bakau dan 15 bekas aktiviti pembuatan kayu arang (kebuk arang) beratus tahun dahulu oleh pendudukan siam.



Sebelum meneruskan perjalanan anda akan di berikan taklimat oleh guide dan pemandu bot tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di Biogeotrail Kubang Badak.


Anda akan bertolak dari Jeti Kubang Badak dan akan melalui pokok-pokok kayu bakau yang menjadi pemandangan dalam perjalanan anda. Sambil-sambil tu boleh lihat pemandangan flora dan fauna yang ada.





Kawasan pembuatan dan pembakaran arang yang masih dapat dilihat dengan jelas dimana kawasan ini dipenuhi dengan batu-batu tapak asal seperti kubah bagi membakar kayu-kayu bakau menjadi arang.

Selain pemandangan pokok bakau anda boleh mendengar sejarah-sejarah yang pernah berlaku di kawasan Biogeotrail Kubang Badak termasuklah kemasukan Siam dan Perang yang berlaku beratus tahun dahulu.


Antara lokasi menarik seperti Pulau Kubang Badak, Gua Pinang, Bukit Menora, Pantai Jemuruk, Sungai Siam dan Kebuk Arang untuk anda terokai jika datang berkunjung ke bot tour Biogeotrail Kubang Badak.



Pastikan anda membawa lampu suluh jika ingin memasuki gua, memakai penutup hidung dan menjaga keselamatan diri masing-masing kerana kawasan gua cukup gelap.


Kami sempat memasuki Gua Pinang yang yang diduduki oleh beratus ribu kelawar , serpihan kerang purba, dan terowong gua yang berliku panjang di mana cangkerang tiram boleh ditemui di Bukit Pinang.



Kami sempat melawat Beting Pasir, kawasan ini boleh anda singgah sekiranya air surut sahaja. Kawasan ini juga di minati oleh NGO bagi program Csr atau penanam semula anak-anak pokok bakau. Pokok bakau ini amat penting bagi memastikan ekosistem terjaga dan baik



Kami berpeluang mandi-manda di Pantai Jemuruk yang cantik. Jangan lupa membawa baju mandi sekali jika ke sini. Terdapat penginapan The Pantai Jemuruk island Resort bersebelahan kawasan kami mandi. 





Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)