Recent comments

Terbaru

Pejabat Baru KLOOK Malaysia di KL Eco City Dengan konsep Menarik.

Kali ini kami kongsikan kepada anda pejabat baru KLOOK Malaysia di KL Eco City yang menarik dan santai. KLOOK merupakan salah satu platform bagi menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan di destinasi menarik seluruh dunia. 




Klook yang telah beroperasi semenjak tahun 2017 menggabungkan fungsi utama organisasi meliputi pembangunan perniagaan, perkhidmatan korporat, pemasaran, dan pengendalian perkhidmatan di bawah satu bumbung.



Klook telah berjaya membangunkan pelbagai aktiviti, tarikan dan pelancongan tempatan  bagi menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Aquaria KLCC dan KLIA Ekspres, lawatan menjelajahi Pulau Pinang dan bersantai ke pulau-pulau di Sabah. Sehingga kini, Klook sudah menerima penyertaan lebih daripada 500 tarikan dan aktiviti menarik.




Platform Klook memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan percutian apabila anda boleh menempahnya hanya dengan dalam talian. Penempahan tiket taman tema, sewa kenderaan, internet mudah alih, makanan terbaik dan pelbagai lagi. Pengunjung boleh menempah melalui laman web dan aplikasi mudah alih (yang telah merangkul anugerah Best Year daripada Google Play dan Apple App Store secara berturut-turut.

Pejabat Baru KLOOK Malaysia ini menempatkan perkhidmatan pelanggan yang terbesar di Asia dengan lebih daripada 100 kakitangan yang fasih dalam 8 bahasa untuk melayani pelbagai pertanyaan dan permintaan dalam talian melalui pelbagai saluran siang dan malam.










Ruang pejabat baru Klook yang sangat moden dan menarik bagi memastikan pekerja dalam keadaan terbaik sentiasa. Saiz yang besar boleh menempatkan pekerja berkumpul dalam satu-satu masa.
Ruang makan yang luas, bilik mesyuarat yang berteknologi tinggi memastikan mesyuarat secara live boleh lakukan. Terdapat Rejuvenation Room untuk para pekerja berehat dan bersantai memang menarik bagi memastikan semua pekerja mendapat rehat yang cukup.












Klook sentiasa menetapkan matlamat untuk memperkasa pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang terbaik. Bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menganjurkan acara eksklusif seperti Marvel Run dan Marvel Exhibition di Malaysia.

Klook Travel Fest 2019 bakal diadakan pada 28 dan 29 September ini di MiTEC, acara hujung minggu besar-besaran ini akan menawarkan pakej pelancongan menarik buat rakyat Malaysia. Festival itu turut disertai industri pelancongan. Pengunjung bakal disajikan dengan persembahan, bengkel kembara, permainan yang menarik, serta banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.klook.com

Facebook: http://facebook.com/klookmy
Instagram: http://instagram.com/klookmy



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)