Recent comments

Terbaru

Pelancaran pembukaan Butik Telekung Siti Khadijah yang ke-32/33 di Central i-City dan Subang Parade

Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua buah butik di Central -City dan Subang Parade. Majlis Grand Opening Butik SK di Central I-City &Subang Parade ini dijalankan secara  serentak bermula 26-28 Julai 2019. Untuk Grand Opening di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd , Encik Ammar Mohd Hishamudin.




Manakala untuk Grand Opening di Central 1-City pula dihadiri oleh Yang Berbahagia. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin. 




Butik SK Central I-City dan Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam "Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu Team SkK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru SK di Subang Parade dan Central 1-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK. dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa.Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman Pengasas Telekung Siti Khadijah.





Disebabkan sokongan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka dua buah cawangan butik di Subang Parade dan Central -City, Shah Alam. Nilal pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Subang Parade dan l-City mencecah RM400,000.







Istimewa sempena pembukaan butik SK secara serentak di Subang Parade dan Central I-City, SK telah mengeluarkan koleksi telekung baru laitu TPO Nayla& Basic Kain Safaa. Harga promosi bagi TPO Nayla lalah RM239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM149. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim yang lain juga boleh didapati di butik SK dengan harga promosi sempena Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019.





Bukan sahaja keluaran rangkaian produk telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik baru ini, SK telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine & Hair Mist Rose.

Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. lanya bermula dengan produk sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan bahan kimia yang merbahaya didalam produk penjgaan diri yang dipasarkan secara komersial.











Antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis.



Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan wama maroon yang menjadi warna tema SK. Selain itu, Susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan petanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut layari :
Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
Facebook Telekung Siti Khadijah.


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)