Art of Speed Malaysia 2025
Art of Speed Malaysia 2025
_copy_1280x721.jpg)
Acara tahunan terbesar Malaysia yang meraikan budaya Kustom dan Counter Culture kini kembali! Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) akan sekali lagi berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).

Setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung sepanjang hujung minggu! MAEPS akan menganjurkan AOS 2025 pada 26 Julai 2025 dan 27 Julai 2025.

Antara tetamu khas daripada komuniti dan media antarabangsa yang bakal hadir termasuk: Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Hey Murakamii dari MOONEYES – Jepun; Brendon Vetuskey – Pereka Produk Hot Wheels, Amerika Syarikat; Darren McKeag (McKeag Art) – Amerika Syarikat; Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride – Australia; Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon – Jepun; Masa Sugihara dari Luck MC – Jepun; Ben Forster dari Benflathead – Australia; Scott Johnson dari Pipeburn – Australia; Gussan dari 2%er – Jepun; Kustomstyle – Jepun; Side Yakotani – Jepun; Banzai Racing Equipment – Jepun; StanceNation – Jepun; AmeriFest – Jepun; GokurakuDezign – Taiwan; Ken Takabayashi (Ken The Flattop) – Jepun; Choppajoop – Singapura; SixtySick Paintlab – Indonesia (kumpulan terdiri daripada 20 artis pinstripe); Fahmi Freeflow – Indonesia; Mill Art – Indonesia; Irvine Jasta – Indonesia; Bangkok Hot Rod Show – Thailand; MOONEYES Bangkok – Thailand; Kustomanila – Filipina; Borneo Kustom Show – Brunei; BBQ Ride – Indonesia; dan Wicked Wallop – Singapura.


Dari Jepun ke Malaysia, AOS akan membawakan tiga motosikal ubah suai buatan tangan yang hebat ke acara kali ini. Pertama ialah Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon dengan motosikal BMW R18 “Ground 0”, yang dibina pada tahun 2023 sempena ulang tahun ke-100 BMW. Yang kedua ialah Masa Sugihara dari Luck MC dengan custom Harley-Davidson Knucklehead chopper yang menampilkan reka bentuk aerodinamik dengan gaya minimalis yang dikenalinya. Dan buat penampilan sulungnya di Malaysia ialah Ben Forster dari Benflathead, seorang pembina kustom lagenda dari Australia, dengan motosikal Harley-Davidson Flathead hasil sentuhan khasnya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri dua jentera kustom unik dari Jepun ini di AOS 2025!


AOS memperkenalkan World of Wheels (WOW) yang dibawakan oleh MotorTakaful.com sebuah segmen istimewa Show & Shine di Hall A. AOS dengan bangganya membawakan studio fotografi kereta berkonsepkan sistem truss di kawasan luar serta studio foto dalaman untuk segmen motosikal Show & Shine, bagi memberikan pengalaman fotografi berkualiti tinggi kepada para pemilik kenderaan. Perarakan kelab kereta juga akan dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad di boulevard utama. (Nota: Fotografi profesional indoor akan disediakan oleh pasukan NoEqual.co. Studio fotografi luar tidak akan beroperasi semasa parade kelab kereta berlangsung).



AOS bakal menampilkan LIMA (5) kolaborasi baharu untuk tahun 2025!
I) Art of Speed x Hot Wheels Collection
II) Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut terbaharu
III) Art of Speed x High Cultured, jenama streetwear tempatan
IV) Art of Speed x XOCKS
dan akhir sekali, kolaborasi yang paling dinanti-nantikan:
V) Art of Speed x MOONEYES – meraikan satu dekad kecemerlangan
Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM) memperkenalkan kereta edisi konvensyen “kiri & kanan” pertama di Asia Tenggara. Dewan C tahun ini akan memperkenalkan segmen baru iaitu Collectible Alley — lokasi pameran dan jualan baru yang akan memperkenalkan pelbagai jualan diecast dan barangan koleksi kenangan.



Satu kolaborasi bersama negara jiran turut bakal berlangsung dengan kehadiran kereta dari sana, bersama program “BEETLE BATTLE” anjuran Volkswagen Beetle Club Indonesia satu acara pengenalan yang mengetengahkan semangat persahabatan antara Malaysia dan Indonesia, diterajui oleh Denny Kusumah.
The Car Club Gathering akan mengisi Laman Tiba (kawasan luar) dan kawasan parkir berhampiran Dewan A. Gerbang Masuk ikonik AOS juga akan diberi nafas baharu tahun ini!

Edisi ke-3 Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) akan kembali berlangsung di Dewan C, menghimpunkan peminat Hot Wheels dari seluruh negara. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk Zon Aktivasi Hot Wheels, Pameran Rare & Koleksi Hot Wheels, Swap Buy & Sell, sesi perkongsian kolektor, dan Pertandingan Kustom Hot Wheels. Sebagai acara kemuncak, AOS akan menganjurkan majlis makan malam rasmi untuk vendor HWCCM di BoraOmbak Marina, Putrajaya.
Setiap tetamu akan menerima sepasang Kereta Konvensyen Hot Wheels Edisi Terhad (Kiri & Kanan), satu Kotak Pembentangan, satu Baju-T Acara, satu Pin Makan Malam HWCCM 2025, satu Beg Woven, satu Flask, dan dua Pas Hujung Minggu AOS 2025. Pereka Produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey, turut hadir sebagai tetamu khas. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengannya di majlis makan malam eksklusif ini.



Kami dengar permintaan anda dan Show & Shine kembali ke Dewan A dengan lebih banyak kereta dan motosikal untuk AOS 2025! Tahun ini, pelbagai jenis kenderaan dan kelab akan dipamerkan dari klasik hingga kontemporari, termasuk penyertaan antarabangsa dari negara luar. Pemenang “Best of Show” bagi kategori kereta dan motosikal masing-masing akan memenangi perjalanan ke The 33rd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2025.
AOS akan meneruskan ThunderCircus “Brotherhood Rally” di kawasan terbuka khas untuk para penunggang dan peminat motosikal, yang bakal menghimpunkan pelbagai jenama motosikal dan komuniti dari seluruh negara. Antara tarikan utama ThunderCircus termasuklah mega ride-in serta penyertaan kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan rantau ini.


Dengan kerjasama NoEqual.co, AOS 2025 membawakan Project Car Invitational Showcase, yang menampilkan pameran khas kereta-kereta ubah suai dan peribadi pilihan, merangkumi pelbagai genre termasuk jenama tempatan, Jepun dan Eropah.
Gaya hidup dan suasana Kulture Kartel di Dewan D untuk AOS 2025 dengan lebih banyak vendor menampilkan barangan vintaj, pakaian terpakai, fesyen dan streetwear. Tahun ini juga menyaksikan pertandingan B-Boy, Respect Culture South East Asia Qualification, di mana pemenang akan layak ke Respect Culture Taiwan World Finals.
Amirul Azrene dari Mekanika akan menjadi hos bagi sesi tahunan Kustom & Koffee Talk tahun ini yang akan berlangsung di Dewan A pada jam 11.00 pagi hari Sabtu, bersama panelis jemputan dari luar negara. Forum ini akan membincangkan arah aliran terkini dalam industri motosikal dan automotif.
Tahun 2025 menyaksikan kerjasama baharu dengan Kopi Saigon sebagai Rakan Kopi Rasmi, manakala Hausboom kekal sebagai Minuman Rasmi.
Aktiviti Tambahan AOS 2025:
* Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter
* Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.
* Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania.
* Medan Selera – Barisan vendor makanan dan trak makanan kekal di kawasan luar dewan!
* Payung Kopi – Zon santai dengan kopi dan pastri, terletak berdekatan pintu masuk Dewan D.
* Flea Market Automotif
* Pelancaran produk atas pentas utama
* Sampel makanan percuma oleh Corntoz Mamee
* Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.
* Moto4sale, platform komuniti untuk membeli, menjual dan menukar motosikal di bawah 500cc, secara langsung di AOS 2025.
* Backdoor Soundsystem Collective – Kini ditempatkan di luar, bertentangan dengan Payung Kopi untuk menghiburkan pengunjung sepanjang hujung minggu.
* Zon Uji Tunggang – Sertai sesi test ride daripada jenama hebat seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi.
Kami tampil dengan suasana baharu untuk SoundCircus Takeover 2025 yang menampilkan barisan artis hebat seperti Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada dan ramai lagi.


Datanglah bersantai dan nikmati muzik di dalam Dewan A bersama SoundCircus Takeover! SoundCircus Takeover akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2025, di MAEPS Serdang, dari 2:00 petang hingga 7:00 malam. PERINGATAN: Oleh kerana ini adalah acara tertutup di dalam dewan, ibu bapa perlu memantau anak-anak dan remaja yang hadir.
AOS 2025 memperkenalkan Pasport Pelawat – lawati booth jenama, lengkapkan tugasan ringkas, kumpul 6 cop dan berpeluang memenangi hadiah di Wheel of Speed! Hadiah termasuk tiket perjalanan ke Jepun, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.
Tiket boleh didapati di www.artofspeedmy.com. Untuk masa terhad sahaja, Art of Speed (AOS) menawarkan tawaran istimewa Early Bird secara dalam talian untuk Weekend Pass (RM35.00)* dan Sunday Pass (RM40.00)* – sementara stok masih ada. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan Pemegang Kad OKU boleh masuk secara PERCUMA. Semua dewan akan dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Baharu untuk 2025, AOS memperkenalkan Tiket Valet VIP Parking – dengan RM30.00 sahaja (tunai atau QR pada hari acara), pengunjung boleh meletakkan kereta di Aras Bumi, Dewan D, sah untuk satu hari kemasukan. (*Tidak termasuk caj pemprosesan RM3. Maklumat lanjut tersedia di laman web rasmi AOS).
“Kami amat berbesar hati untuk terus menjadi tuan rumah kepada Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut di Art of Speed 2025. Kami telah bekerjasama dengan jenama Hot Wheels sejak awal penganjuran Art of Speed, dan jenama ini sangat dekat di hati para pengumpul dan peminat tempatan,” kata Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
“Tahun ini, kami juga berasa amat teruja untuk menyambut kehadiran dua pembina motosikal hebat dari Jepun. Pertama, Yuichi Yoshizawa daripada Custom Works Zon akan mempamerkan BMW R18 ubah suainya yang dinamakan ‘Ground 0’. Turut serta ialah Masa Sugihara daripada Luck MC, yang akan mempersembahkan chopper Harley-Davidson Knucklehead versi kustom terbaharunya. Kami juga berbangga untuk turut meraikan ulang tahun ke-25 Luck MC bersama mereka.”

“Terima kasih kerana terus menyokong dan menyertai Art of Speed 2025. Kami tidak sabar untuk meraikannya bersama anda semua!”
Permohonan untuk Vendor & Korporat kini dibuka! Sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan.
Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
Instagram: https://www.instagram.com/artofspeedmy/
Facebook: https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY
TikTok: https://www.tiktok.com/@artofspeedmy
YouTube: https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia