Recent comments

Terbaru

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan melancarkan Program Bantuan Red Bean untuk pesakit yang memerlukan bantuan.

Bantuan untuk Pesakit Buah Pinggang Kronik dengan Anemia

Tahniah! Kalau anda nak tahu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan telah melancarkan Program Bantuan Red Bean untuk pesakit yang memerlukan bantuan.



Sepanjang tahun di Malaysia peningkatan bilangan pesakit buah pinggang kronik semakin meningkat dan mereka berkemungkinan akan menjalani rawatan dialisis yang mahal seumur hidup. Antara masalah yang sering kali melanda pesakit buah pinggang kronik adalah anemia, oleh itu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) mengumumkan Program Bantuan Red Bean untuk membantu mengurangkan beban kewangan para individu yang terjejas terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.



Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Minister of Health Malaysia), Dato Dr. Zaki Morad (Chairman of National Kidney Foundation) and Mr. Lance Duan (General Manager of Roche Malaysia) at the media launch of Red Bean Assistance Program.



Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia bekerjasama dengan Roche Malaysia, pelopor dalam pasaran anemia buah pinggang untuk membantu mereka yang memerlukannya. Program ini akan bermula di Lembah Klang mulai 1 Ogos 2019, dan seterusnya di seluruh negara mulai 1 Januari 2020.



Kebiasaan penyakit buah pinggang kronik di Malaysia meningkat dari 9.07%  kepada 15.5%  dan hampir 40,000 pesakit menjalani rawatan dialisis pada 2016 . Anemia ditemui dalam 75.8% pesakit pra-dialisis di Malaysia dan ianya semakin ketara apabila jangkitan merebak. Anemia adalah keadaan di mana hemoglobin, atau sel darah merah, kurang di dalam darah. Buah pinggang kita sebenarnya menghasilkan hormon penting yang disebut eritropoietin (EPO) yang memberitahu badan kita untuk menghasilkan sel darah merah.

Walau bagaimanapun, paras EPO akan menurun apabila buah pinggang kita berpenyakit atau rosak. Paras EPO yang rendah seterusnya boleh menyebabkan anemia. Yang lebih buruk lagi ialah pesakit buah pinggang kronik juga kehilangan darah sewaktu rawatan hemodialisis yang seterusnya mengurangkan tahap hemoglobin .



Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia mengalu-alukan inisiatif tanggungjawab korporat oleh NKF dan Roche Malaysia. “Kesejahteraan pesakit buah pinggang tidak boleh dipandang ringan. Program Bantuan Red Bean akan membantu memenuhi keperluan pesakit buah pinggang kerana ini merupakan isu yang semakin meningkat di seluruh dunia, termasuk Malaysia,” katanya.

“Saya gembira melihat program pembayaran bersama Roche Cares yang inovatif kini telah diperluaskan untuk pesakit buah pinggang,” kata Dzulkefly. Beliau berkata lebih banyak perkongsian antara pembiaya dan syarikat farmaseutikal di sektor swasta diperlukan untuk mengurangkan beban penjagaan kesihatan sektor awam.



“Pesakit buah pinggang memerlukan rawatan jangka panjang dan kos untuk mengekalkan rawatan dialisis adalah tinggi, terutama bagi mereka yang mempunyai anemia buah pinggang. Walaupun tanggungan ini membebankan buat kebanyakan pesakit, yang paling di rasai adalah mereka dari golongan berpendapatan rendah. NKF menyediakan sokongan dan rawatan di 28 pusat kami di seluruh negara dengan lebih daripada 1,700 pesakit dialisis yang diuruskan. Kami gembira kerana mempunyai Roche Malaysia sebagai rakan kami untuk menjangkau lebih ramai pesakit berbanding yang sedang menerima rawatan di NKF,” Dato Dr Zaki Morad, Pengerusi NKF.

Bagi menguruskan komplikasi kesihatan akibat penyakit buah pinggang kronik, setiap pesakit secara purata membayar lebih daripada RM25,000 setahun untuk rawatan di Malaysia, menurut NKF.

Dato Dr. Zaki seterusnya mengulas, “Melalui program bayaran bersama yang inovatif ini, kos rawatan ESA pesakit dikongsi bersama antara pesakit, NKF dan Roche.”




 “Di Malaysia, Roche mempunyai reputasi yang kukuh sebagai pelopor dalam pasaran bukan sahaja dalam rawatan onkologi tetapi juga untuk keadaan kronik, seperti anemia buah pinggang.” Beliau seterusnya menjelaskan bahawa program Roche Cares adalah model pendanaan bersama yang diperkenalkan pada akhir 2018 untuk mengurangkan masalah kewangan pesakit kanser payudara dalam mengakses ubat-ubatan inovatif. “Pada dasarnya, model itu menyatukan pelbagai pembiaya dan Roche untuk berkongsi beban pesakit terhadap kos rawatan,” Encik Lance Duan, Pengurus Besar Roche Malaysia




Di bawah Program Bantuan Red Bean, Roche Malaysia dan NKF akan mengurangkan beban kewangan pesakit buah pinggang kronik dengan menyediakan mereka dengan rawatan agen perangsang erythropoietin (ESA) yang memberi isyarat kepada sumsum tulang untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah. Ubat inovatif yang diambil sekali sebulan ini memudahkan pengurusan anemia buah pinggang untuk pesakit .

Nama ‘Red Bean’ telah dipilih kerena kerana persamaan visualnya dalam bentuk dan warna seperti buah pinggang. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 600 orang pesakit untuk tahun pertama dan 1,000 orang pesakit untuk dua tahun berikutnya, menjadikannya lebih dari 1,600 pesakit dalam tempoh tiga tahun pertama. Pesakit yang sedang menerima rawatan di luar NKF dan yang memerlukan tambahan (ESA) untuk mengoptimumkan rawatan layak untuk memohon program bantuan ini.

Pesakit penyakit buah pinggang kronik (dialisis dan bukan dialisis) dari pusat rawatan swasta atau awam boleh memohon Program Bantuan Red Bean melalui mana-mana pusat NKF di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang proses permohonan/Untuk maklumat lanjut sila layari
www.nkf.org.my atau hubungi NKF di 03-79540052 / 03-79540119.




No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)