Recent comments

Terbaru

Cara Mencari Lokan, Kepah, Lala Dan Melawat Kolam Ikan Kerapu Hybrid Sungai Gong Batu, Terengganu

Kami berpeluang bersama-sama melakukan aktivit mencari lokan, kepah dan lala di Sugai Gong Batu, Terengganu. Apa yang menarik dan kami berpeluang mempelajari teknik mencari lokan.


Peluang terbaik untuk mereka yang belum merasai pengalaman ini untuk turut sama mencuba. Bagi yang ingin mencari lokan menggunakan pisau kecil bagi mengais tanah sehinggakan ada bunyi ketukan cengkerang lokan. Memang penat dan berbaloi.

Sebelum mencari lokan haruslah mempunyai pakaian yang sesuai dan memakai stokin bagi melancarkan perjalanan supaya kasut tidak terbenam di dalam paya atau lumpur.


Menggunakan pisau kecil kami di ajar membuat torehan silang bagi mengenal pasti lokan yang berada 5-20cm di dalam paya bakau ini. Memang seronok walau pun sedikit penat membongkokkan badan.






Bagi mencari kepah dan lala pula kami harus menuju ke sungai dan tidak pula menggunakan pisau tetapi menggunkan tangan. Aktiviti begini memang seronok dan meriah jika bersama keluarga dan kawan-kawan.





Antara hasil lokan yang di perolehi dan memang agak sukar untuk mencarinya tetapi hasilnya memuaskan. Memang sedap bila di bakar dan di makan panas-panas bersama nasi. 

Itu adalah salah satu mata pencarian penduduk kampung selain menjadi nelayan. Jika anda yang menjual pastikan anda tidak tawar-menawar kerana mencarinya agak susah.





Perjalanan menyelusuri Setiu Wetlands kami sempat membuat lawatan ke kolam ikan kerapu hybrid, siakap dan tiram di Sugai Gong Batu, Terengganu.



Siapa sangka kolam yang besar ini menghasilkan ikan yang bermutu tinggi dan harga yang terbaik. Kesemua ikan yang di ternak di jual hidup-hidup kepada hotel dan kolam memancing ikan.




Ikan kerapu yang mempunyai permintaan tinggi dan berkualiti memerlukan air yang bersih dan persekitaran yang terbaik memastikan ternakan yang berjaya. kami sempat melihat ikan kerapu yang cukup besar dan sihat yang berada di setiap kolam.







Pelbagai jenis ternakan berjaya di lakukan di Setiu Wetlands yang memastikan kawasan tersebut bersih dan di jaga rapi untuk anak-anak kita di masa hadapan. Anda juga berpeluang merasa sendiri meenaiki boat untuk menyelusuri sungai dan membuat team building di kawasan ini.


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)