Terkini | New

Wira Janjikan Filem Aksi Terbaik Bagi Penutup Tahun 2019

Wira Janjikan Filem Aksi Terbaik Bagi Penutup Tahun 2019

Sejak akhir-akhir ini genre aksi menjadi pilihan utama peminat  penonton wayang dengan kutipan filem tempatan yang agak memberangsangkan maka filem aksi menjadi pilihan pihak produksi.



Wira merupakan projek mega kerjasama sulung antara lima buah syarikat Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinema, Astro Shaw dan Primeworks Studios.



Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada Asia Herba Biotech, Muchico Bakery, G-Shock dan SunLife Malaysia Assurance.



Filem WIRA menjanjikan lebih aksi, lebih mendebarkan dan yang paling penting ia menggunakan tenaga kerja yang sama dengan filem Paskal The Movie. Filem ini diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Adrian Teh dan dibintangi oleh gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian, Henley Hii dan Josiah Hogan.



Sebagai Pengarah dan Penerbit Eksekutif, Adrian Teh amat berpuas hati dan berharap penonton akan terhibur dengan hasil usaha yang diberikan. Bcliau yang mewakili ACT 2 Pictures Sdn Bhd juga berharap kerjasama yang baik dapat diteruskan oleh pihak produksi dan penerbit.

WIRA juga menampilkan sudut lain yang hebat dengan hasil sentuhan pengarah lagak aksi tersohor dari Indonesia, Yayan Ruhian yang memaparkan aksi tanpa henti dan sekaligus mampu menjadi penanda aras bagi aksi filem tempatan terbaik pada tahun ini.



Penerbit Eksekutif Datuk Steven Lim, Pengarah Urusan, Multimedia Entertainment berkata

"Kami mengharapkan filem WIRA akan menjadi satu penanda aras baharu bagi filem genre aksi tempatan untuk terus maju dan melonjakkan produksi Malaysia seanding dengan filem aksi dari Hollyword, Hong Kong dan China."
" Sementara itu, Penerbit Eksekutif merangkap Pengurus Kanan Golden Screen Cinemas, En Tung Yow Kong, amat berbangga kerana filem WIRA kerana menjadi filem tempatan pertama yang menggunakan format D-Box dan 4DX.



Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh menyatakan, Filem WIRA menyaksikan gabungan komitmen lima penerbit gergasi dalam usaha menghasilkan sebuah filem yang segar kepada penonton dan sekali gus memacu industri filem tempatan ke satu tanda aras yang lebih tinggi. Sebagai penutup tahun 2019, kami berharap kombinasi naratif penceritaan dan suntingan filem mampu memenuhi cita rasa penonton bukan sahaja di Malaysia malah penonton dari negara-negara jiran juga."



Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Dato' Iskandar Mizal Mahmood berkata., "WIRA adalah sebuah filem yang mempunyai jiwa dan semangat yang sangat tinggi. Filem ini semestinya dapat memberi kepuasan bukan sahaja dari sudut komersial malah dari segi kekuatan penceritaan seterusnya membuat penonton jatuh cinta kepada filem ini. Dengan tayangan yang melebihi 100 pawagam di Malaysia dan negara serantau, kami juga berharap filem ini dapat menambat hati penonton antarabangsa dengan nilai penceritaan yang universal berdasarkan kekeluargaan, pengorbanan, persahabatan dan perjuangan."



Filem WIRA turut diiringi dengan lagu tema utama bertajuk Penindas' nyanyian Ara Johari dan Waris. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik Zimi dan diterbitkan olch Rocketfuel Entertainment.

 Lagu ini berada di semua pelantar digital mulai 15 November 2019 ini. Filem Wira akan di tayangkan di seluruh pawagam berhampiran anda pada 21 November 2019.

#WIRA2019 #FilemWira