Terkini | New

Rumah Botol Terengganu Menjadi Tarikan

Kami berkesempatan berkunjung ke salah satu tarikan baru yang ada di negeri Terengganu iaitu Rumah Botol yang telah diusahakan oleh Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku yang berusia 74 tahun.


Terdapat lebih daripada 40000 botol kaca yang mempunyai pelbagai bentuk serta warna unik yang menarik di pungut di tepi pantai semenjak 2005 lagi. Kebanyakan botol datang dari pelbagai negara seperti Mexico, Amerika Syarikat, Perancis dan Filipina.







Apa yang menjadi tarikan adalah terdapat surat di dalam botol yang berbahasa asing yang di jumpai menjadi tanda tanya dan kepada siapa ia di hantar. Botol itu telah di jumpai 8 tahun lepas dan menjadi tarikan kepada sesiapa yang datang.







Minat mengumpul tercetus apabila rasa bimbang botol-botol kaca akan pecah dan terkena pada kaki pengunjung. Kini terdapat lagi 2 bekas besar koleksi botol yang belum di cuci untuk hiasan.







Kepada yang berminat untuk melihat koleksi botol jangan lupa datang ke Kampung Penarik Baru, Setiu Terengganu.

#Terrapuri #Terrapuriheritagevillage #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Travel #Malaysiatravelblog #Travelblogger