Terkini | New

Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019

Terengganu Homestay Food &Culture Festival adalah satu Program Visit My Kampung (VMK) yang menjadi inisiatif penting kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi memperkasakan ekonomi penduduk kampung dengan menceburi bidang pelancongan.



Melalui program ini ianya dapat mengekalkan budaya, gaya hidup, adat resam serta warisan masyarakat setempat.



Sempena Terengganu Homestay food & culture festival 2019 kami berpeluang menikmati masakan tradisi serta makanan yang jarang di temui adalah pengalaman yang tak dapat di lupakan.
Makanan-makanan di setiap homestay jujur katakan tidak menngecewakan dengan masakan yang menarik dan sedap.





Program ini melibatkan dari 7 Buah Homestay di Negeri Terengganu yang mendaftar dengan Kementeran Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitu Homestay Felda Selasih, Homestay Felcra Keruak, Homestay Kg Kubang Depu, Homestay Kg.Rhu, Homestay Kg.Teluk Ketapang, homestay 10 Setiu, Homestay Kg.Pasir Raja, Dungun dan Homestay Felcra Seri Bandi, Kemaman.





Objektif penganjuran program adalah memberi pengalaman kepada peserta program dan media  merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat di homestay dan juga menikmati pengalaman produk-produk yang ditawarkan di Homestay Kampung Kubang Depu.



Keunikan produk pelancongan yang terdapat di sekitar kampung ini antaranya, Besut Cruise menyusun Sungai Besut, Zon Sate Jabi, Desa Ukiran Kayu, Air Terjun Lata Belatan dan Pantai Air Tawar. Seni dan kebudayaan juga tidak kurang hebatnya seperti dikir barat dan tarian turut di persembahkan kepada pengunjung dan peserta.



Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Terengganu, Cik Zanariah binti Zakaria berkata, program ini juga bertujuan untuk mempergiatkan kempen Wawasan 2020 dan memberi fokus kepada kelestarian pelancongan, seni dan kebudayaan (The Sustainability of Tourism, Arts and Culture).



Program ini juga dilihat dapat merancakkan lagi industri pelancongan setempat secara maksima melalui aktiviti promosi dan kehadiran pelancong yang hadir ke Kuala Terengganu. lanya juga mampu memberi manfaat untuk mengetengahkan adat, budaya dan tradisi sesebuah kampung kepada masyarakat di seluruh negara.


Program in juga diharapkan agensi-agensi pelancongan dan hotel/resort menjadikan Program Visit My Kampung (VMK) ini sebagai salah satu pakej pelancongan yang menawarkan pengalaman tinggal bersama orang kampung, mempelajari budaya, masakan dan tarian tradisi masyarakat tempatan di Negeri Terengganu.





Pengalaman manis kami sempat merasai sendiri makanan popular di setiap homestay yang mengambil bahagian kali ini. Pelbagai jenis makanan yang lazat dan menarik turut di sediakan dan dihidang kepada pengujung dan peserta.





Makanan yang di sediakan memang memikat hati kami semua dan ada di antaranya kami tidak pernah merasai makanan tersebut.





















Semua pihak haruslah bekerjasama dalam membina asas dan perpaduan yang kukuh, menjaga alam sekitar dengan baik, menyokong dan membina lagi banyak industri pelancongan tempatan bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia. Jom ke Terengganu!

Untuk maklumat lanjut layari laman web dan laman sosial mereka di :
Homestay Warisan Kubang DEPU
https://www.facebook.com/Homestay-Warisan-Kubang-DEPU-979963755433679/

Homestay Warisan Kubang DEPU
JALAN GURI MAS, KG. KUBANG DEPU
Jerteh 22000 TERENGGANU.